Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati, Setiap Derita Pasti Akan Berhenti
Selalunya kita apabila mendengar berita buruk atau musibah yang menimpa orang lain sering kali kita tidak menyangka bahawa kita pun akan turut terkena hal yang sama.
Ketika Iraq diserang oleh Amerika, maka penduduk Syria pun tidak menyangka bahawa negara mereka juga akan turut binasa sebab perang kemudian hari.
Apabila Covid-19 menyerang Wuhan di China, kita juga tidak menyangka bahawa ianya akan mengenai Malaysia. Apabila kes Covid-19 telah meningkat di sabah. Kita juga tidak menyangka ianya akan turut meningkat di Semenanjung Malaysia.
Hari ini apa yang kita tidak sangka sudah pun terjadi.
Apabila membaca berita tentang rakan-rakan yang dibuang kerja, kehilangan mata pencarian. Kitapun tidak pernah menyangka bahawa kita juga akan terlibat sama.
Tetapi apabila tiba giliran kita, maka dunia pun terasa gelap. Buntu dan kecewa serta tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Sebab itu Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;
إِنَّمَا الصَّبرُ عند الصَّدمة الأُولَى
`Kesabaran itu adalah pada pukulan atau hentakan yang pertama.'
[HR Al-Bukhari]
Setiap yang terjadi pasti akan ada hikmahnya, carilah apa jua alasan dan sebab untuk kita dapat terus tabah, kuat dan tidak berputus asa.
Memang tidak mudah, abaikan manusia lain yang menghina atau tidak membantu tetapi merayu dan memohonlah pada Tuhan yang menguji Kita.
Setiap yang hidup pasti akan mati
Setiap derita pasti akan berhenti
Kredit
#UstazEmranAhmad
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
No comments:
Post a Comment