Friday 24 March 2023

Perkahwinan, Kunci Kebahagiaan Ialah Iman Dan Taqwa Kepada Allah


Perkahwinan, Kunci Kebahagiaan Ialah Iman Dan Taqwa Kepada Allah

Perkahwinan


Poligami atau tidak, gagal atau berjaya perkahwinan ialah rezeki daripada Allah.


Penjahat dan pemakan rasuah yang paling keji pun silap-silap boleh kekal perkahwinan mereka.


Ustaz dan agamawan yang paling baik pula boleh bercerai berai...


Tetapi Allah Maha Adil, Dia sediakan panduan untuk kita mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, bukan kahwin sekadar untuk hidup bersama.


Bahagia bukan gembira.


Gembira tidak semestinya bahagia.


Gembira maksudnya seronok. 


Bahagia ialah ketenangan hati dan jiwa.


Kunci seronok dan gembira ialah duit dan kekayaan.


Ada duit dan kaya barulah seronok dan gembira.


Tetapi kunci kebahagiaan bukan duit dan kekayaan.


Kunci kebahagiaan ialah Iman dan taqwa kepada Allah.


Sebab itu rumahtangga Nabi salallahualaihiwassalam miskin, tidak kaya tetapi bahagia.


Realiti rumahtangga hari ini berkisar soal gembira atau tidak, seronok atau sedih, duit tidak cukup, nafkah tidak diberi, nafkah tidak cukup, duit itu dan duit ini.


Sejak daripada mula berkahwin, kena keluar duit biayai hantaran, mas kahwin, belanja itu ini sehinggalah selepas bercerai kena tanggung harta sepencarian, nafkah tertunggak, tuntutan belanja itu ini.


Kiranya perkahwinan adalah soal duit dan biaya.


Jangan bernikah jika tiada duit.


Ianya bukan lagi ibadah yang mahu didirikan secara kerjasama oleh seorang lelaki dan wanita yang beriman. 


Disaksikan oleh orang yang beriman.


Ianya bukan lagi akad orang beriman untuk menghalalkan hubungan agar tidak berzina, supaya masing-masing dapat memainkan peranan sebagai suami dan isteri, bapa dan ibu bagi melahirkan generasi orang beriman.


Ianya adalah kini adalah akad syarikat perniagaan yang mementingkan untung dan rugi. Jika untung dan mengembirakan maka perkahwinan diteruskan dan jika rugi dan tidak gembira maka perkahwinan ditamatkan.


Orang tidak lagi berkata saya perlu ilmu dan Iman untuk membina rumahtangga tetapi saya perlu wang dan harta untuk berkahwin.


Ramai orang masuk ke dalam rumahtangga mencari seronok.


Namun mereka kerap keluar kerana tidak menemuinya atau apabila sudah kehilangannya.


Lahirlah generasi 'masuk, cari, selak sana sini, tidak jumpa, lalu keluar.'


Hilang sudah generasi, 'Masuk, tanam, siram, tunggu, tuai dan menjadi teladan buat yang kemudian.'


Kredit

#UstazEmranAhmad

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment