Saturday, 15 December 2018

Apa Beza Dalam Jagaan Allah Dan Tawanan Syaitan?

ANTARA PENJAGAAN ALLAH DAN TAWANAN SYAITAN

⚡️Barangsiapa berpaling dari Allah, maka Allah juga akan berpaling darinya hingga tidak ada lagi penjagaan Allah padanya, lalu Syaitan dengan mudah akan menerkamnya dan dia menjadi tawanan Syaitan

⚡️Namun siapa yang menjaga hak-hak Allah pada dirinya, nescaya Allah akan menjaganya hingga Syaitan tidak mampu untuk menguasainya

Sebahagian Salaf berkata:

رأيت العبد ملقى بين الله سبحانه وبين الشيطان، فإن أعرض الله عنه تولاه الشيطان، وإن تولاه الله لم يقدر عليه الشيطان

“Aku melihat seorang hamba berada diantara Allah subhanahu wa ta’ala dan Syaitan. Apabila Allah berpaling darinya, maka Syaitan pun menguasainya, namun jika Allah menjaganya, nescaya Syaitan tidak mampu menguasainya”

Sumber: Ibnu Qayyim, Ad-Da’ Wad Dawa’

- Abu Sofiyyah Al Bahari


Jauhi UJUB dan Banyakkan ISTIGHFAR

Jauhi ‘ujub dan banyakkan istighfar.

Berkata sebahagian salaf, yang antaranya adalah Sa’id bin Jubair rahimahullah (dari kalangan Tabi’in):

إنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ الْحَسَنَةَ فَيَدْخُلُ بِهَا النَّارَ وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ السَّيِّئَةَ فَيَدْخُلُ بِهَا الْجَنَّةَ يَعْمَلُ الْحَسَنَةَ فَيُعْجَبُ بِهَا وَيَفْتَخِرُ بِهَا حَتَّى تُدْخِلَهُ النَّارَ وَيَعْمَلُ السَّيِّئَةَ فَلَا يَزَالُ خَوْفُهُ مِنْهَا وَتَوْبَتُهُ مِنْهَا حَتَّى تُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ

“Sesungguhnya ada hamba yang beramal kebaikan namun dia masuk Neraka. Sebaliknya ada pula yang beramal buruk namun dia masuk Syurga.

Yang beramal kebaikan tersebut, dia merasa ‘ujub (bangga dengan amalnya), dan dia berbangga diri (perasan bagus), hinggalah dengan sebab itu dia pun masuk Neraka.

Sedangkan yang beramal buruk, dia sentiasa merasa takut (akan azab Allah) dan dia iringinya pula dengan taubat, sampai dia pun masuk Syurga dengan sebab tersebut.”

[Majmu’ Al-Fatawa, 10/45. 10/294]

Mulia Dengan Manhaj Salaf

-Amira Humaira


Friday, 14 December 2018

”Ingat hadith, ingat Darul Kautsar” JOM Infaq

”Ingat hadith,ingat Darul Kautsar”

Bersama jadikannya ’Deobandi Nusantara’ ...insya Allah.

- Cikgu Nasser Long


Saturday, 8 December 2018

Kemuliaan Hidup: Pada Harta? Kuasa? Ilmu? Jawapannya?

Kemuliaan hidup

Kemuliaan tidak diperolehi dengan harta kerana Qarun tetap hina. Kemuliaan tidak didapati dengan kuasa kerana Firaun masih tetap tercela. Kemuliaan tidak diperolehi dengan ilmu semata-mata kerana kaum ahli kitab dan golongan munafik yang berilmu tetap mengisi neraka yang terbawah.

Kemuliaan diperolehi dengan mengikuti sunnah nabi salallahualaihiwassalam dan berpegang teguh kepada Islam.

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali-Imran:139)

Umar Al-Khattab RA (wafat 23 H) pernah menyebut:

إنا قوم أعزنا الله بالإسلام ، فلن نبتغي العزة بغيره

'Sesungguhnya kami merupakan kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam dan kami tidak memerlukan kemulian selain daripadanya (Islam).'

[HR Al-Hakim dalam Al-Mustadrak]

- Ustaz Emran Ahmad


Hidup In Singkat, Semalam Gelak Ketawa, Hari ini Menangis Duka

Hidup ini singkat, semalam bergelak ketawa hari ini menangis duka

وَتِلْكَ الأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
"Dan demikianlah hari-hari itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran).." (Ali-Imran:140)

Semalam hidup dan hari ini pula sudah meninggal dunia.

Rugilah mereka yang masih belum sedar dan beruntunglah bagi yang sempat mendapat kesedaran sebelum kerandanya diusung..

Dua hari lepas nenek saya meninggal dunia, hari ini sepupu saya pula yang kembali menghadap Allah. Usianya masih muda belum pun mencapai umur 40 tahun...

Ke Klinik doktor kata tidak ada apa-apa, dua-tiga kali ke klinik ulang-alik semuanya mengatakan tidak ada apa-apa.

Sakit tidak hilang, balik kampung lalu sesak nafas, dibawa ke hospital lantas terus masuk ke ICU kerana jangkitan kuman dalam paru-paru.

Hari ini sudah tiada.

Semuanya ini peringatan, bahawa hidup hanya sementara.

Yang abadi itu adalah di sana!

-Ustaz Emran Ahmad


Monday, 3 December 2018

Bagaimana Kita Melihat Nikmat?

Bagaimana kita melihat nikmat?

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

فَإِنَّ مَنْ لَمْ يَرَ نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْهِ إِلَّا فِي مَأْكَلِهِ وَمَلْبَسِهِ، وَعَافِيَةِ بَدَنِهِ، وَقِيَامِ وَجْهِهِ بَيْنَ النَّاسِ، فَلَيْسَ لَهُ نَصِيبٌ مِنْ هَذَا النُّورِ الْبَتَّةَ، فَنِعْمَةُ اللَّهِ بِالْإِسْلَامِ وَالْإِيمَانِ، وَجَذْبِ عَبْدِهِ إِلَى الْإِقْبَالِ عَلَيْهِ، وَالتَّنَعُّمِ بِذِكْرِهِ، وَالتَّلَذُّذِ بِطَاعَتِهِ هُوَ أَعْظَمُ النِّعَمِ، وَهَذَا إِنَّمَا يُدْرَكُ بِنُورِ الْعَقْلِ، وَهِدَايَةِ التَّوْفِيقِ..

“Siapa yang tidak melihat nikmat Allah pada dirinya melainkan hanya pada makanannya, pakaiannya, kesihatan tubuh-badannya, dan kedudukannya di antara manusia (semata); sungguh dia tak punya bahagian dari cahaya sama sekali.

. .. Kerana nikmat Allah berupa islam dan iman,

(nikmat-Nya berupa) dorongan kepada hamba-Nya untuk tunduk (beribadah) kepada-Nya,

merasa nikmat dengan berdzikir (mengingat)-Nya,

dan merasa lazat dengan mentaati-Nya;

ia merupakan sebesar-besar nikmat,

dan ini hanya dapat diraih dengan akal yang bercahaya, dan hidayah serta taufiq dari-Nya.” [Madarij As-Salikin, 1/164]

Ada ibu bapa melihat anak cemerlang dalam spm merupakan satu nikmat, ada pula ibu dan bapa yang melihat anak pandai baca al Quran sebagai satu nikmat.

Kita dizaman manusia malu apabila anak tidak pandai berbahasa inggeris tetapi kita tidak merasa bersalah anak tidak pandai membaca al Quran.

Semoga bermanfaat bagi inginkan nasihat!

#adminUAH - Ustaz Ahmad Hasyimi


Saturday, 1 December 2018

Tak Payah Doa, Bukan Allah Maqbul Pun, Kau Banyak Dosa, Benarkah?

Ketika mana kita berdoa, syaitan akan bisikkan pada jantung hati kita "Tak payah la berdoa, bukan Allah akan makbulkan, engkau itu sudah la banyak dosa, macam mana nak mustajab".  Akhirnya insan malas untuk berdoa dan berharap pada tuhan, kerana jiwa telah rebah ditipu syaitan.

Jika kita berdoa, itu pun sudah mendapat pahala, kerana dalam hadis riwayat abu daud الدعاء هو العبادة Doa itu adalah ibadah. Syaitan benci anak Adam mendapat pahala dan dimasukkan ke syurga, sebab itu lah dia membisikkan keraguan pada insan ketika berdoa. Agar manusia meninggalkan ibadah yang mulia ini. Dalam hadith Ibn Majah, doa adalah ibadah yang teramat mulia أكرم di sisi Allah.

Berdoalah dengan penuh pengharapan, seolah-olah sedang meronta meminta tolong ketika kelemasan di tengah lautan dalam yang tiada tepian.

- Ustaz Amir Farhan