Ketika mana kita berdoa, syaitan akan bisikkan pada jantung hati kita "Tak payah la berdoa, bukan Allah akan makbulkan, engkau itu sudah la banyak dosa, macam mana nak mustajab". Akhirnya insan malas untuk berdoa dan berharap pada tuhan, kerana jiwa telah rebah ditipu syaitan.
Jika kita berdoa, itu pun sudah mendapat pahala, kerana dalam hadis riwayat abu daud الدعاء هو العبادة Doa itu adalah ibadah. Syaitan benci anak Adam mendapat pahala dan dimasukkan ke syurga, sebab itu lah dia membisikkan keraguan pada insan ketika berdoa. Agar manusia meninggalkan ibadah yang mulia ini. Dalam hadith Ibn Majah, doa adalah ibadah yang teramat mulia أكرم di sisi Allah.
Berdoalah dengan penuh pengharapan, seolah-olah sedang meronta meminta tolong ketika kelemasan di tengah lautan dalam yang tiada tepian.
- Ustaz Amir Farhan
Saturday, 1 December 2018
Tak Payah Doa, Bukan Allah Maqbul Pun, Kau Banyak Dosa, Benarkah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment