Saturday, 8 December 2018

Kemuliaan Hidup: Pada Harta? Kuasa? Ilmu? Jawapannya?

Kemuliaan hidup

Kemuliaan tidak diperolehi dengan harta kerana Qarun tetap hina. Kemuliaan tidak didapati dengan kuasa kerana Firaun masih tetap tercela. Kemuliaan tidak diperolehi dengan ilmu semata-mata kerana kaum ahli kitab dan golongan munafik yang berilmu tetap mengisi neraka yang terbawah.

Kemuliaan diperolehi dengan mengikuti sunnah nabi salallahualaihiwassalam dan berpegang teguh kepada Islam.

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali-Imran:139)

Umar Al-Khattab RA (wafat 23 H) pernah menyebut:

إنا قوم أعزنا الله بالإسلام ، فلن نبتغي العزة بغيره

'Sesungguhnya kami merupakan kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam dan kami tidak memerlukan kemulian selain daripadanya (Islam).'

[HR Al-Hakim dalam Al-Mustadrak]

- Ustaz Emran Ahmad


No comments:

Post a Comment