Sunday, 23 December 2018

Apa Tiga Perkara Kekal Pahala Setelah Meninggal?

TIGA PERKARA YANG KEKAL PAHALANYA PERLU DIUSAHAKAN SEMASA HIDUP.

Dalam hadisnya, Nabi s.a.w menyebutkan ada 3 perkara yang menyebabkan seseorang akan mendapat manfaat daripadanya meskipun dia telah meninggal dunia (Sahih Muslim, No: 4310, Sunan Abu Daud, No: 2882 dan lain-lain).

Tiga perkara tersebut adalah:

(1) Sedekah jariah, iaitu sedekah yang manfaatnya berpanjangan.

(2) Ilmu yang dimanfaatkan, iaitu ilmu yang berguna kepada orang lain sama ada berkaitan urusan duniawi mahupun ukhrawi.

(3) Doa daripada anak yang soleh / solehah.

Walau bagaimanapun, semua ini perlulah diusahakan semasa seseorang itu masih hidup. Ia tidak wujud secara serta merta atau percuma begitu sahaja.

Penjelasannya begini:

(1) Tidak mungkin seseorang itu mampu bersedekah jariah melainkan dia perlulah terlebih dahulu bekerja mencari rezeki / wang yang halal yang dapat digunakan untuk tujuan sedekah tersebut.

(2) Tidak mungkin seseorang itu mampu memberikan ilmu yang berguna kepada orang lain melainkan dia perlulah terlebih dahulu berusaha mencari ilmu, memahami ilmu itu dengan baik dan menyampaikannya pula pada orang lain baik secara lisan mahupun tulisan.

(3) Tidak mungkin seseorang itu mampu melahirkan anak yang soleh melainkan dia perlulah terlebih dahulu bernikah, kemudian melahirkan zuriat dan mendidik anak itu dengan ajaran agama yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.

Ringkasnya, tiada isitilah pahala free dalam ajaran Islam. Setiap orang mestilah beramal semaksima yang mungkin. Sebagaimana di dunia setiap orang perlu berusaha mencari bekalan hidup masing-masing, maka demikianlah juga akhirat. Firman Allah s.w.t:

الْيَوْمَ تُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ ۚ لَا ظُلْمَ الْيَوْمَ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

"Pada hari ini, tiap-tiap jiwa diberi balasan (sesuai) dengan apa yang diusahakannya. Tidak ada yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hisabnya." (Surah al- Mu’min ayat 17)


Bertaubat Lepas Bermaksiat: Iman Semakin Naik Atau Turun?

Iman sesorang itu akan menurun selepas bermaksiat, namun adakah setelah bertaubat imannya akan kembali ke asal?

Ulama’ berbeza kpd 3 pendapat.

Pendapat pertama: Iman nya menaik tp tetap lebih rendah dari sblmnya, alasannya adalah waktu yg digunakan utk bermaksiat utk seharusnya digunakan untuk membuat ketaatan kpd Allah, lalu dibazirkan untuk bermaksiat, sekiranya dia gunakan waktu tersebut utk melakukan ketaatan kpd Allah sudah pasti imannya akan lebih tinggi.

Pendapat kedua: Imannya naik lebih tinggi dari sblmnya, asalannya kerana taubat yang tadi telah menghapuskan dosa yang lalu hingga iman dia naik lebih tinggi dari iman sebelumnya. Ini adalah kerana besar nya amalan taubat tersebut.

Pendapat ketiga. Imannya akan naik tetapi berdasarkan kepada berapa kuatnya taubat seseorang, lemahnya taubat maka menaiknya iman akan lebih rendah dari sebelumnya, namun jika taubat nya nasuha dan kuat, maka boleh jadi kedudukan imannya jauh lebih tinggi dari imannya sblm bermaksiat.

Pendapat yang ketiga inilah yang benar. Allahu’alam. Pendapat ini juga dipegang oleh Ibnu Taimiyyah rahimahullah dan anak muridnya Ibnu Qayyim al-Jauziyyah.

- Abu Sofiyyah Al Bahari


Kisah Hasan al-Basri Dan Apa Kelebihan Istighfar?

KELEBIHAN ISTIGHFAR
.
Firman Allah:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12 (
Maka aku (Nabi Nuh) berkata kepada mereka: Istighfar (mohonlah ampun) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun (10) Dia akan menghantar hujan kepadamu dengan lebat , dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan Dia membuat untukmu kebun-kebun dan sungai-sungai.” (Nuh: 10-12)
.
Dalam Fathul Bari disebutkan:
ان رجلا شكى إليه الجدب فقال استغفر الله وشكى إليه آخر الفقر فقال استغفر الله
Seorang lelaki datang kepada Hasan al-Basri rahimahullah tentang kemarau yang melanda. Lalu Hasan al-Basri menjawab: Istighfarlah kepada Allah. Datang orang yang lain pula dan mengadu tentang kemiskinan. Hasan al-Basri menjawab: Istighfarlah kepada Allah.
.
وشكى إليه آخر جفاف بستانه فقال استغفر الله وشكى إليه آخر عدم الولد فقال استغفر الله ثم تلا عليهم هذه الآية وفي الآية
Orang yang mengadu pula tentang kebunnya yang tidak subuh. Hasan al-Basri menjawab: Istighfarlah kepada Allah. Datang lagi orang yang lain mengadu dia tiada anak. Hasan al-Basri menjawab: Istighfarlah kepada Allah. Kemudian Hasan al-Basri membacakan ayat di atas. (Nuh 10-12)
.
#alkahficenter

- Ustaz Masri Ramli


Saturday, 15 December 2018

Formula Cara Semak Ibadah Diterima Atau Ditolak?

FORMULA IBADAH DITERIMA / DITOLAK

Ikhlas + cara pelaksanaan ibadah tidak menepati sunnah Nabi s.a.w yang sahih = Ditolak.

Tidak ikhlas + cara pelaksanaan ibadah menepati sunnah Nabi s.a.w yang sahih = Ditolak.

Ikhlas + cara pelaksanaan ibadah menepati sunnah Nabi s.a.w yang sahih = Diterima.

Catatan:

Ikhlas maksudnya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Lawan kepada ikhlas adalah riyak iaitu mengharapkan pujian dan sanjungan manusia.

Termasuk unsur yang merosakkan keikhlasan adalah mengharapkan habuan duniawi di sebalik amalan seperti harta, pangkat dan populariti.

- Cikgu Hairi Nonchi


Doa Apakah Yang Paling Kerap Dibaca Nabi?

Doa apakah yang paling kerap kita baca?

Doa apakah yang paling kerap dibaca oleh Baginda Nabi s.a.w?

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ أَنَسٍ قَالَ
كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abdul Warits dari Abdul Aziz dari Anas dia berkata;

"Doa yang paling banyak dipanjatkan Nabi s.a.w adalah: 'RABBANAA AATINAA FID DUN-YAA HASANAH WAFIL AAKHIRATI HASANAH WAQINAA 'ADZAABAN NAAR Wahai Rabb kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan akhirat, dan hindarkanlah kami dari siksa api neraka.'" (HR Sahih Bukhari, hadis no. 5910)

Hari ini ramai antara kita yang berpuasa. Jom kita gunakan waktu mustajab doa sebelum berbuka puasa dengan memperbanyakkan doa!

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat! #ustazahmadhasyimi


Urusan Dunia Nak Ori, Akhirat Biar Palsu?

URUSAN DUNIA NAK ORI, AKHIRAT BIAR PALSU.

Dalam urusan dunia, kita nak semuanya original. Tak nak yang palsu.

Seluar, duit, emas, kasut dan sebagainya kita nak yang original.

Bila didapati ia palsu, kita melenting dan memaki hamun pihak yang memberinya.

Tapi dalam urusan agama, kita terima dan reda apa sahaja yang diajar dan disampaikan.

Meskipun ajaran atau maklumat yang diberikan adalah palsu dan penyampainya jelas tukang karut, merapu dan asyik memaki di dalam masjid.

Apa sebabnya?

Sebabnya kebanyakan kita mengukur tahap keilmuan dan kejujuran seseorang itu berdasarkan populariti, title dan jawatan, jumlah pengikut dan penampilan luarannya.

Bukan hujah dan fakta.

- Cikgu Hairi Nonchi


Jangan Merendahkan Sesiapapun Dalam Hidup, Kenapa?

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar.

Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat, Ketika burung mati, ulat makan burung.

Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku.

Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan... dan setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat....

#Repostcopypaste
#NotaLA

-Lynnda Abbas