Cuba perhatikan fadhilat malam ke 8 dan 9. Ini petanda jelas bahawa hadis ini palsu. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah ketika menghuraikan kepalsuan hadis solat Dhuha dengan kaifiat tertentu pahala 70 ORANG NABI:
وكأن هذا الكذاب الخبيث لم يعلم أن غير النبي لو صلى عمر نوح عليه السلام لم يعط ثواب نبي واحد
Maksudnya: Seolah-olah si pendusta yang jijik ini tidak tahu bahawa individu selain dari Nabi jika solat selama umur Nabi Nuh alaih al-salam tidak sekali-kali akan diberi pahala seorang Nabi pun. (Rujuk: al-Manar al-Munif, hlm. 50, no. hadis: 51)
Saya katakan: jika dalam hidup kita bertarawih 50 kali adakah kita dapat pahala seperti 50 pahala Nabi Ibrahim? Demi Allah hadis ini satu penghinaan kepada Khalilullah Ibrahim alaih al-Salam.
Sumber : Here
No comments:
Post a Comment