Wednesday 23 November 2016

Teguran buat Ibu Bapa yang ingin Hantar Anak ke Pusat Tahfiz

Sedikit teguran buat Ibu Bapa yang berhajat untuk menghantar anak-anak ke Maahad Tahfiz pada sesi persekolahan akan datang.

Hadam & share !

1. Jika anak tidak berminat utk menjadi penghafaz al-Quran, usahlah dia dipaksa utk melakukannya. Beri peluang untuk anak memilih bidang pengajian yg disukai dan serasi dgn kebolehan dan kecenderungannya.

2. Jika anak berminat utk menghafaz al-Quran, pastikan pusat tahfiz yg dipilih turut menawarkan pengajian bahasa Arab, tafsir dan hadis kerana hafazan al-Quran tanpa penguasaan bahasa dan ilmu yg berkaitan dengannya, hafazan menjadi hambar.

3. Pastikan pusat tahfiz yg dipilih menyediakan peluang utk menyambung pengajian dlm bidang pengajian Islam ke peringkat yg lebih tinggi sehingga anak itu berupaya lahir sebagai ulama pewaris nabi. Bukan sekadar hafaz al-Quran dan boleh jadi imam solat saja.

4. Syurga Allah yang seluas langit dan bumi boleh dimasuki oleh sesiapa saja dgn rahmat pemilik syurga itu walaupun seseorang bukan penghafaz al-Quran.

5. Ada ibubapa berkata, biarlah anak saya hafaz al-Quran, Tuhan menjamin rezekinya. Saya katakan, Tuhan bukan sekadar menjamin rezeki penghafaz al-Quran bahkan Tuhan menjamin rezeki sesiapa saja termasuk orang gila dan orang kafir.

- Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi, Perlis.

Gambar: Hari Ini, Ustaz Zol menerima Tauliah Mengajar Agama Islam daripada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Tahniah ustaz !

- Hikam Abu Bakar


No comments:

Post a Comment