Wednesday 8 February 2017

Tips Percuma Gandakan Jualan Dua Kali Ganda Dengan Pantas

Ini merupakan  satu latihan yang hebat, untuk menggandakan jualan kita 2 kali ganda dalam masa yang pantas.

1) Senaraikan pelanggan yang pernah berurusan dengan kita.

2) Telifon  setiap mereka dan cakap

"Saya hubungi tuan cuma nak ucap terima kasih kerana tuan sudi membeli produk/servis kami,"

Tanyakan bagaimana pengunaan produk kita dalam membantu memudahkan kehidupan pelanggan kita .

Tanyakan juga, "ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?".

Pelanggan mungkin tidak akan ada apa apa permintaan ,tapi jika ada, cepat -cepat kita selesaikan.

Kemudian tanyakan soalan hebat ini,

"Tuan boleh sahaja membeli produk/servis dari peniaga lain, tetapi  tuan tetap memilih kami, boleh Tuan beritahu mengapa Tuan memilih untuk membeli dari kami".?

Diam beberapa saat, dan jangan ganggu(interupt) semasa pelanggan kita menjawab.

Jawapan pelanggan inilah yang kita akan gunakan kepada prospek baru.

Boleh juga kita minta pelanggan  perkenalkan kita kepada rakan rakanya.

.

Like, share dan amalkan

- Noor Mohammad Akhbar

No comments:

Post a Comment