Friday 18 June 2021

Ilmu Lebih Mahal Dari Harta, Apa Kelebihan Ilmu?

 

Ilmu Lebih Mahal Dari Harta, Apa Kelebihan Ilmu?

10 KELEBIHAN ILMU BERBANDING HARTA MENURUT MMAY 

1- Ilmu mendatangkan harta, harta tidak mendatangkan ilmu. Tak kira ilmu apa sekalipun. Dengan ilmu lah manusia meraih kebaikan kehidupan berupa harta yang bermanfaat. 

2- Harta mengambil ruang apabila disimpan, tetapi ilmu tidak mengambil ruang. Semakin banyak ilmu, semakin melapangkan hati dan meluaskan fikiran. Harta pula makin dikumpul, makin menyempitkan ruang dan hati dengan banyak tanggungjawab. 

3- Ilmu dituntut oleh para anbiya dan para hukamak. Sepertimana Allah SWT pernah menyuruh nabi Musa a.s menuntut ilmu dengan orang yang lebih alim darinya. 

4- Ilmu yang banyak pasti akan membahagiakan seseorang. Harta yang banyak belum tentu membahagiakan. Kadang-kadang dengan banyaknya harta, makin sengsara hidup manusia. 

5- Ilmu hanya boleh didapati dengan hati yang ikhlas. Berbeza dengan harta yang tidak memerlukan keikhlasan. Ilmu tidak akan diperoleh dengan sambil lewa. Adapun harta, kadang-kadang duduk dirumah sahaja pun boleh berharta. 

6- Ilmu tetap berguna walaupun selepas mati. Manakala harta pula selalunya berguna hanya ketika hidup sahaja. Kalau ada yang kata harta berguna kerana adanya sedekah jariah, namun tetap juga semua itu kerana adanya ilmu di dada. 

7- Orang berilmu disayangi oleh Allah SWT. Orang-orang soleh dan orang-orang baik akan mendekati ahli ilmu. Orang baik bersahabat dengan ahli ilmu kerana ilmu yang ada padanya, jauh dari segala kepentingan diri. Berbeza dengan harta, kadang-kadang didekati kerana kepentingan peribadi. 

8- Ilmu adalah pencetus kemajuan dan tamadun, harta hanyalah alat semata-mata. Kalau harta yang menjadi pencetus, nescaya akan porak-perandalah dunia ini. Hanya ilmu yang mendorong kemajuan dan tamadun. 

9- Ilmu itu bersifat abstrak dan rohani. Walau tidak dapat dilihat, namun ia sangat penting. Harta pula bersifat benda dan material. Kita semua maklum, tidak ada erti benda tanpa roh. Sepertimana tiada makna tubuh seseorang tanpa roh, kerana itulah tubuh yang tiada roh akan diletakkan dikubur. 

Begitu juga suatu lafaz jika tiada apa-apa makna, ianya sia-sia. Tetapi berbeza jika adanya makna, walaupun tiada lafaz, ia tetap juga bermakna. 

10- Ilmu adalah senjata para anbiya’. Sedangkan harta pula adalah senjata orang jahat. Para anbiya’ nak menarik manusia, mereka menggunakan ilmu sebagai tarikan. Berbeza dengan harta, selalunya orang jahat menggunakan harta sebagai tarikan untuk menipu manusia.

Kredit 

#AmirFathy 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment