Friday 18 June 2021

Nasihat Dan Ingatan Pada Yang Belum Dapat Zuriat Anak

 

Nasihat Dan Ingatan Pada Yang Belum Dapat Zuriat Anak

BELUM MENDAPAT ZURIAT ?

Saya baru mendapat tahu bahawa salah seorang teman yang sudah bernikah lebih 10 tahun baru sahaja menimang cahaya mata mereka yang pertama.

Padahal pasangan ini sama-sama sihat lagi masih muda dan menurut pandangan umum, sudah tentulah mereka ini tidak ada masalah untuk melahirkan zuriat.

Namun di sini jelas menunjukkan bahawa faktor kesihatan semata-mata bukanlah penentu sesebuah pasangan suami isteri pasti beroleh zuriat. 

Hakikatnya, sebagaimana urusan ajal maut, jodoh dan rezeki, memiliki zuriat juga adalah ketentuan Allah s.w.t.

Kepada pasangan yang belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata, jadikanlah ini sebagai salah satu inspirasi dan motivasi untuk anda agar sentiasa optimis dalam menghadapi ketentuan Allah s.w.t.

Anggaplah kelewatan menimang cahaya mata merupakan kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk menguatkan lagi ikatan kasih di antara anda dengan pasangan anda, peluang untuk anda lebih banyak masa bersama dan berbakti kepada keluarga khususnya ibu bapa, ruang untuk anda menambahkan ilmu pengetahuan serta menikmati pelbagai kegiatan atau hobi anda.

Sekiranya ditakdirkan anda tidak memiliki zuriat sama sekali, tetaplah bersangka baik bahawa itu merupakan antara sebab yang mengurangkan bebanan anda di akhirat kerana anda telah terlepas daripada penghisaban tanggungjawab terhadap anak-anak.

Ingatlah, selain nikmat, anak-anak juga merupakan fitnah / ujian kepada para ibu bapa.

Kredit 

#CikguHairiNonchi

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment