Friday 23 June 2023

Kelebihan Menggunakan Servis Dari Google


Kelebihan Menggunakan Servis Dari Google

Google ada banyak aplikasi yang mungkin kita semua tak pernah jumpa pun.


Yelah, buat apa nak guna semua kalau perlu satu atau dua je kan?


Paling sedap sekali, Google Drive.


Guna Google Drive ni boleh kata rahmat besar lah buat pengguna Internet. Lagi awal guna, lagi bagus.


5 sebab saya guna Google Drive dan kenapa kalian kena mula guna juga:


1/ Mudah #simpan semua files dalam satu tempat.


Saya mula simpan files sejak 8 tahun lepas. Bayangkan semua nota semasa asasi hingga tahun akhir.


Senang nak refer semula sekiranya ada files yang perlu dicari semula setelah sekian lama.


2/ #Familiar dengan penggunaan Windows.


Bagi kebanyakan orang, tak perlu risau dengan 'wajah' Google Drive. Sebab tak banyak beza macam kita guna Windows dan Microsoft Office dalam komputer.


Nak create 'Folder', pindahkan untuk susun, create file baru dan macam-macam lagi.


Bezanya mungkin software yang digunakan,

Microsoft Word > Google Docs

Microsoft Excel > Google Sheets

Microsoft PowerPoint > Google Slides


3/ #Free 15GB cloud storage.


Hat ni paling syok sekali. Kita boleh guna 15GB free tanpa sebarang bayaran. Semua files boleh simpan online.


Jadi tak perlu risau hilang ke, tak back-up ke. Bila-bila masa boleh buka guna pelbagai device, asalkan ada Internet.


4/ Guna #akaun Google yang sama.


Asalkan anda ada akaun Google, just perlu guna akaun yang sama untuk semua produk Google termasuk Google Drive.


5/ Boleh #share files dengan pelbagai cara.


Part ni kalau tak biasa mungkin pening sikit. Tapi lepas dah tahu, simple je. Kita boleh share file atau folder kepada orang lain — sama ada view sahaja atau boleh edit.


Actually ada je apps atau software lain yang mungkin lebih bagus daripada Google Drive. Tapi saya sendiri prefer guna Google Drive berbanding alternatif lain.


Kalian yang minat nak explore more, boleh cuba:

-Microsoft OneDrive

-Dropbox

-MEGA

-iCloud Drive


Dan banyak lagi.


Kalau ada soalan pasal Google Drive boleh drop di ruangan komen. Kita bincang sama-sama.


Sekian, terima kasih.


Silakan share.


Kredit

#AjwadShafie 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment