Friday, 23 June 2023

28 Nasihat Adab Kepada Ibu Bapa


 28 Nasihat Adab Kepada Ibu Bapa 

28 Nasihat Syeikh Muhammad Said Ruslan


 Ini adalah Nasihat untuk anak-anak, jika mereka istiqamah mengamalkannya,  mereka berada di daerah keselamatan di dunia dan di akhirat:

1. Taatlah ibu dan ayah pada semua perintahnya, selagi mereka tak menyuruh melakukan maksiat.

2. Berbicaralah dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.

3. Bangun dan sambut mereka apabila mereka datang.

4. Jagalah maruah, kemuliaan, harta serta pandangan manusia terhadap mereka.

5. Muliakan serta Bersifat pemurah pada mereka, berikan apa yang mereka minta.

6. Berbincanglah dan mintalah pendapat mereka tentang urusan kehidupanmu.

7. Perbanyakkan doa dan memohon ampun bagi mereka.

8. Apabila ada tetamu datang, duduk dekat dengan pintu, dan perhatikan mata mereka, kemungkinan ada perkara yang mereka ingin perintahkan secara tersembunyi.

9. Lakukanlah perkara yang menggembirakan mereka tanpa perlu mereka menyuruh kamu dahulu. Kerana apabila disuruh,maka kuranglah nilai kegembiraan.

10. Jangan tinggikan suaramu dihadapan mereka, dan jangan potong ucapan mereka.

11. Jangan berdebat dengan mereka, jika kamu yakin kamu di atas kebenaran, cuba yakinkan mereka dengan cara yang terbaik. Jika mereka berdegil juga, biarkan sahaja, dan ini adalah berkenaan perkara dunia, jika agama, teruskan nasihati mereka dengan baik.

12. Jangan menipu ibu bapa kami untuk dapatkan sesuatu daripada mereka.

13. Jangan musafir jika mereka tak izinkan.

14. Jika kamu ingin melakukan maksiat seperti merokok,jangan lakukan depan mereka.

15. Jangan ganggu mereka semasa mereka tidur, dan ingatlah hadith 3 orang yang diselamatkan daripada terperangkap di dalam gua, salah seorang daripadanya terlambat membawa susu untuk ibubapanya sehingga mereka tidur, lalu dia menunggu di sisi mereka sampai pagi.

16. Jangan utamakan isteri dan anak kamu ke atas mereka.

17. Jangan herdik/perli/kritik mereka,jika mereka lakukan perbuatan yang kami tak sukai.

18. Jangan paksa mereka berfikir cara kamu, kemungkinan kami berpelajaran tinggi, sedangkan  mereka tidak berpelajaran tinggi. Lalu manusia mentertawakan mereka.

19. Jangan ketawa dihadapan mereka tanpa sebab .

20. Jangan ambil makanan yang dekat dengan mereka.

21. Jangan kamu ambil makanan sebelum mereka ambil dahulu.

22. Jangan kamu berbaring sedangkan mereka sedang duduk.

23. Jangan duduk depan mereka,berjalan depan mereka, dan panggil mereka dengan nama mereka.

24. Jangan lunjurkan kaki anda depan mereka.

25. Jangan kamu duduk di tempat tinggi, dan mereka di tempat rendah.

26. Jangan jalan sebelahnya, tetapi belakang sedikit, melainkan jika kamu takut sesuatu yang buruk, maka kamu jalanlah depan mereka dengan tujuan melindungi mereka.

27. Sahut panggilan mereka dengan segera.

28. Janganlah kamu berkawan melainkan dengan orang yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya, dan jauhilah kamu daripada teman-teman yang menderhaka kepada ibu bapa mereka.


Syarah Adabul Mufrad.

Syaikh Muhammad Said Ruslan hafizahullah.


Kredit 

#AbuAsmaYunusZainal 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment