Friday, 23 June 2023

Mudahkan Urusan Dengan Membaca Al-Quran


Mudahkan Urusan Dengan Membaca Al-Quran

Dalam kehidupan dunia ini, sekiranya ada banyak perkara yang kita hajati, dan kita ingin dipermudahkan untuk mendapatkannya, maka hendaklah kita membaca Al-Quran Al-Karim.


Al-Syaikh Dhiyā Al-Maqdisi berkata : Al Syeikh ‘Imād Al-Maqdisi berpesan kepadaku :


أَكْثِر من قراءة الْقُرْآن، ولا تتركه فَإِنَّهُ يتيسر لَك الَّذِي تطلبه عَلَى قدر مَا تقرأ، 


Perbanyakkanlah membaca Al-Quran. Jangan sesekali kamu meninggalkan pembacaannya. Ini kerana, akan menjadi mudah apa yang kamu hajati bergantung kepada berapa banyak yang kamu baca daripada Al-Quran.


Lalu kata Al-Dhiyā’ Al-Maqdisi ;


وجربته كثيرا، فكنت إِذَا قرأت كثيرا تيسر لي من سماع الْحَدِيث وكتابته الكثير، وإذا لَمْ أقرأ لَمْ يتيسر لي.


Aku pun melakukannya (yakni memperbanyak bacaan Al-Quran). Sekiranya aku banyak membaca Al-Quran, maka menjadi mudah bagiku untuk mendengar hadis dan menulis hadis dengan jumlah yang banyak. Sekiranya aku tidak membaca Al-Quran pula, tidak akan dipermudahkan urusanku (untuk melakukannya).


Rujuk Zail Tabaqāt Al-Hanābilah, Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali (3/205)


Kredit 

#UstazFahmiRusli

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment