Monday, 23 October 2023

Inilah 5 Rahsia Hati Kekal Sejahtera

Inilah 5 Rahsia Hati Kekal Sejahtera
Inilah 5 Rahsia Hati Kekal Sejahtera

 *Kesejahteraan hati terletak pada 5 perkara:*

1. Bacaan al-Quran dengan tadabbur, faham dan amalkannya.

2. Perut kosong yakni banyak berpuasa maksudnya. Tidak selalu kenyang dan makan banyak.

3. Qiyamullalil- berjaga malam untuk melakukan ibadat, bukan maksiat ya.

4. Beribadat merendah diri kepada Allah, bemunajat pada waktu sahur.

5. Mujalasatus-solihin. Iaitu duduk dalam majlis orang-orang soleh. Jika ada ada ustaz pengajar yang  kita dapat manfaat maka ikutilah dia.

Kata syeikh lagi:

6. Makan makanan yang halal adalah punca kepada kebaikan hati.


*Makanan umpama biji benih, apa yang kita makan akan mencorakkan kita:*

1-Jika masuk ke dalam perut yang halal, maka akan keluarlah dari tuannya perbuatan yang halal,

2-Jika masuk ke dalam perut makanan yang haram, maka akan keluarlah dari tuannya perbuatan yang haram,

3- Jika masuk ke dalam perut yang syubhah, maka akan keluarlah dari tuannya perbuatan yang syubhah juga.


#UAM, Catatan Kuliah Maghrib Dr Abu Anas Madani, Khamis, 25/02/2021

No comments:

Post a Comment