Monday, 23 October 2023

Rupanya Ni 10 Rahsia Supaya Dosa Seorang Mukmin Itu Terhapus


Rupanya Ni 10 Rahsia Supaya Dosa Seorang Mukmin Itu Terhapus


DENGAN 10 SEBAB INI, DOSA SEORANG MUKMIN ITU TERHAPUS DAN DAPAT MENOLAK AZAB NERAKA: 


A- Dengan sebab amalannya sendiri, ada 3:

 1. Taubat.

2. Istighfar.

3. Melakukan kebaikan yang dapat menghapuskan dosanya.


B- Dengan sebab orang lain ada 3 juga:

4. Doa orang mukmin amnya atau khas dari anak cucu, zuriat.

5. Sedekah amalan, ada yang buat kebaikan amalan soleh yang disyariatkan dan sedekah pahala itu kepada si mati seperti waqaf, sedekah atas nama ibubapa dll.

6. Syafaat Nabi s.a.w  di Mahsyar kelak.


C- Dengan  limpah kurnia dari Allah s.w.t, 

ada 4 keadaan pula:

7- Dikenakan ujian atau musibah di dunia ini samada sakit, bencana dan lain-lain, lalu dia bersabar, akan menjadi kaffarah, penghapus dosa kepadanya.

8- Keampunan Allah ketika di alam Barzakh.

9- Keampunan Allah ketika Pengadilan pada hari Kiamat.

10- Semata-mata keampunan, maghfirah Allah s.w.t dengan limpahan rahmat-Nya.


اللهم اجعلنا من التوابين ومن المستغفرين.

#UAM, Catatan Tafsir Surah An-Nahli AAM Subuh Isnin 8/2/202.

No comments:

Post a Comment