Monday 23 October 2023

Motivasi Terbaik Istiqamah Menuntut Ilmu Ialah Menghayati Ianya Sebuah Ibadah


Motivasi Terbaik Istiqamah Menuntut Ilmu Ialah Menghayati Ianya Sebuah Ibadah

Motivasi terbaik untuk istiqamah di atas jalan menuntut ilmu ialah menghayati bahawa ianya sebuah ibadah.

Belajar itu sendiri, baca buku itu sendiri, menghafal itu sendiri, menulis itu sendiri kesemuanya adalah ibadah.

Kalau kita belajar ilmu agama dengan harapan ingin mengajar, ingin membuka kuliah dan kelas, ingin dijadikan rujukan di dalam masyarakat, ingin memberi manfaat ilmu kepada komuniti, ingin melihat kesan baik ilmu kita dimanfaatkan, maka ini semua adalah pendorong semangat yang lemah.

Kerana kita akan sedar juga satu hari nanti, hanyasanya yang betul-betul ambil manfaat dari ilmu kita ialah diri kita sendiri. Adapun orang lain, jika Allah takdirkan kita mendapat penerimaan di kalangan masyarakat atau ummat maka itu ialah rezeki yang Allah berikan kepada siapa yang Dia kehendaki.

Dan jika Allah takdirkan yang kewujudan kita di dalam masyarakat sebagai pelajar ilmu agama itu tidak diambil endah dan tidak dihiraukan, maka itu juga Qadar Allah yang Allah tentukan kerana hikmah-hikmah tertentu.


Diantara masyaikh Imam Ibn Hajar Al-asqalani ialah seorang penuntut ilmu berumur 18 tahun yang wafat di usia muda dalam keadaan belum sempat manusia mengambil faedah darinya. Anak perempuan Al-imam Al-birzali dikatakan menghafal hadith yang banyak, menguasai ilmu bahasa arab, fiqh dan sejarah. Menyalin kitab-kitab hadith dengan tangannya sendiri, juga wafat di usia muda tanpa ada siapa-siapa menjadi anak murid beliau.

Begitulah, kesemuanya ialah rezeki yang Allah telah kadarkan dan tentukan sejak azali.

Wallahu a'lam


#AbdulAziz

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment