Wednesday, 19 August 2020

Apa Tanda Seseorang Dicintai Oleh Allah?

 

Tanda seseorang dicintai oleh Allah

Kita bukan rasul, dapat langsung berbicara dan berkomunikasi dengan Allah. Tetapi kita sudah diberikan Al-Quran dan Al-sunnah yang sudah mencukupi untuk menjadi petunjuk.
✍️ Petanda seseorang itu dicintai oleh Allah sudah dinyatakan di dalam Al-Quran dan Al-sunnah.
Antaranya melalui firman Allah;

فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ

"... maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.." (Al-Ma'idah: 54)

Kemudian turut diriwayatkan bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;

وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُعْطِي الدُّنْيَا مَنْ يُحِبُّ وَمَنْ لا يُحِبُّ وَلا يُعْطِي الدِّينَ إِلا لِمَنْ أَحَبَّ فَمَنْ أَعْطَاهُ اللَّهُ الدِّينَ فَقَدْ أَحَبَّهُ

`Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada sesiapa saja baik oran yang dicintai-Nya atau orang yang tidak dicintai-Nya. Namun Allah tidak akan memberikan agama kecuali kepada orang yang dicintai-Nya. Sesiapa yang diberi agama oleh Allah, maka itu petanda Allah benar-benar mencintainya.'
[HR. Ahmad, dinilai sahih oleh Al-Albani] 

☝️Dan banyak lagi ciri-ciri lain yang disebut oleh dalil-dalil Al-Qur’an dan Al-sunnah.
Terpulang, sama ada kita mahu membacanya atau tidak!

Kredit 
#UstazEmranAhmad
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

9 Idea Bisnes Wajib Tahu dalam Musim Ekonomi Gawat!

 Tahu tak ada banyak cara kita boleh tambah pendapatan dalam kehidupan seharian kita . Dan sekarang pun kebanyakan rakyat Malaysia ramai yang dah sedar tentang kelebihan cari pendapatan tambahan ni . 

Ada yang mencari pendapatan tambahan ni bertujuan menampung kelangsungan hidup , ada yang ingin memberi keselesaan untuk anak dan keluarga , dan ada yang mungkin buat secara suka suka . 

Jom sis share  antara cara bagaimana kita boleh dapat pendapatan sampingan . 

1. Buat bisnes online 

🌹Contohnya menjual tudung , jual kek , dan jual baju . 

2.Menjual perkhidmatan atau kemahiran

🌹Contohnya anda seorang yang pandai dalam mengambil gambar. Anda boleh menawarkan pekhidmatan part time photographer perkahwinan  , majlis sambutan istimewa dan lain lain.

3.Buat sublet 

🌹Sublet ni adalah sewa atas sewa. Maksudnya anda menyewa sebuah rumah dan kemudian sewa kan ke atas orang lain pula. Tapi anda perlu dapatkan kebenaran dari tuan rumah dulu ya. Dan yang penting kena ada ilmu . Baru lah menjadi . 

4. Mengajar tuisyen

🌹Yang ni sis pernah buat dulu . Masa kerja makan gaji. Selepas waktu kerja sis pernah berpengalaman mengajar tuisyen di pusat tuisyen kanak kanak . Masa tu sis Dapat lah pendapatan yang boleh tanggung kos makan minum sebulan tau  . best ke best . 

5. Jadi agen jualan / dropship 

🌹Yang ni biasanya memerlukan modal yang rendah . Ada juga yang tidak memerlukan modal . Contohnya jadi agen atau dropship kuih raya , tudung , jubah dan perfume . 

6. Uber / Grab 

🌹Kalau kita rajin , Jangan terkejut anda boleh sehingga tahap tak perlu usik duit gaji hakiki untuk tampung kehidupan. 

7. Jadi agen Unit Amanah / Takaful / Hartanah 

🌹Yang ni memerlukan ilmu .  Pekerjaan ini juga boleh dijadikan sebagai kerjaya sepenuh masa . Dan pendapatan melalui kerjaya ini juga boleh tahan lumayan sekiranya betul betul fokus . 

8.Jadi runner 

🌹Contohnya runner Food Panda , Grabfood ataupun mengambil upah sebagai runner untuk menghantar bungkusan atau parcel , dokumen dan sebagainya . 

9.Menjual barang terpakai

🌹Yang ni biasa kita dengar sebagi preloved item . Contoh pakaian lama yang masih dalam keadaan cantik dan elok , jangan buang . Anda boleh menjul melalui online seperti Facebook, Instagram dan Shopee

Ini adalah antara pilihan . Kalau diikutkan banyak lagi .

Semoga bermanfaat . Di izinkan SHARE .

#kongsirezekibersama

Kredit

#DiyanaPuteri

#NotaIlmuPilihan

#MalaysiaMembaca

Join Channel Telegram 👇

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Al-Quran Mukjizat yang tak akan pernah pupus

🌹AL QURAN ADALAH MUKJIZAT🌹

Renungkan sejenak...

Kebiasaannya sesuatu benda itu jika tidak digunakan, lama kelamaan ianya akan pupus. Sampai masanya nanti akan dilupakan terus akan kewujudannya.

Al Quran?

Walaupun disudut pengamalan umat terhadap ajaran Al Quran semakin berkurangan, semakin lemah dan dilupakan, apa yang terjadi adalah sebaliknya pula. Bukan semakin pupus, bahkan semakin kuat pula disegi pemeliharaannya.

Al Quran boleh didapati dimana-mana sahaja. Di masjid-masjid dan surau-surau, di rumah, di pejabat,di gantung di merata-rata samada didinding dan kedai-kedai makan. Tumbuh pula pusat-pusat tahfiz di segenap ceruk negara bagaikan cendawan dikayu yang reput. Mampu dihafal oleh pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak yang umurnya baru setahun jagung.

Hairan? Kenapa bertentangan dengan fitrah dunia?

Tiada apa yang hendak dihairankan. Janji Allah itu pasti benar. Allah yang menurunkan Al Quran untuk manusia dan DIA yang akan menjaganya sehingga ke hari PEMBALASAN.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Al Hijr,15:9)

Inilah salah satu dari banyaknya tanda-tanda Al Quran sebagai mukjizat.

Kredit 

#MhdNasserLong

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Syurga dan Neraka juga Berdoa kepada Manusia?

 *APABILA SYURGA DAN NERAKA BERDOA*

Tahukah kita bahawa syurga dan doa pun turut berdoa kepada Allah.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏

Daripada Anas bin Malik radiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"‏ مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ قَالَتِ الْجَنَّةُ

Sesiapa yang memohon kepada Allah sebanyak tiga kali untuk memperolehi dalam syurga, syurga akan berkata:

اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ

Ya Allah, masukkan dia ke dalam syurga.

وَمَنِ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

Sesiapa yang memohon perlindungan (kepada Allah) daripada neraka sebanyak tiga kali,

قَالَتِ النَّارُ اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ ‏"‏ ‏.

neraka akan berkata: Ya Allah, selamatkan dia daripada neraka.

[Sunan an-Nasaie, Kitab al-Isti'azah, no: 5521].

Sudahkah kita meminta kepada Allah untuk memperolehi syurga dan meminta dijauhkan daripada neraka‏ hari ini?

Sudahkah kita meminta kepada Allah syurga dan keselamatan daripada neraka untuk ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga dan sahabat-sahabat kita?

Adakah kita insan yang didoakan oleh syurga dan neraka?

#MMMR

Kredit 

#UstazMohdMasriMohdRamli 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Pelacur di Arab pakai Hijab! baca apa respon Hamka?

 
Seseorang berkata kpd Hamka:

“Pelacur di Arab itu memakai cadar dan hijab” dgn niat agar org memandang serong terhadap Islam & org beriman ?!

 Jawaban Buya Hamka ini tak terduga!

Lalu HAMKA menjawab, “Oh ya? Saya barusan dari Los Angeles dan New York, Masya Allah, ternyata disana tidak ada pelacur,” jawab Buya.. “Ah mana mungkin Buya, di Mekkah saja ada kok. Apalagi di Amerika, pasti banyak lagi,” kata seseorang tadi... Maka kata Buya Hamka, “Kita ini memang hanya akan dipertemukan dengan apa-apa yang kita cari”

Meskipun kita ke Mekkah, tetapi jika yang diburu oleh hati adalah hal-hal yang buruk, maka Syaitan dari golongan jin dan manusia akan berusaha membantu kita untuk mendapatkannya... “Tetapi sebaliknya, sejauh perjalanan ke New York, Los Angeles, bila yang dicari adalah kebajikan dan kebaikan, maka segala kejelekan akan enggan dan bersembunyi” tutupnya. 

Hati kita kalo sudah busuk, maka seringkali dipertemukan pada hal2 yang busuk pula, walaupun di tempat kebaikan sekalipun!
BUYA HAMKA

Kredit 
#AyobHussinPulauKeramat
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 
Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

How To Succeed In Life


 How to succeed in life. 

Wake up 20 minutes before Fajar prayer. 

Read Tahajjud prayer and sincerely make du'aa for what you want and need. 

Ask Allah Subhanahu Wa Ta'ala for forgiveness, ask Him for what your heart truly wants and desires. 

Cry if you feel like it, pour your heart out in such a way that Allah Subhanahu Wa Ta'ala sees His servant coming back to Him, no matter how much you have been led astray by this Dun'yaa[world], Allah is always with you, that is His promise. 

Ask Allah Subhanahu Wa Ta'ala for mercy, wholeheartedly and sincerely pray to Him and watch how your life changes.

Kredit 

#islamicInformation

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

KITA JURUJUAL atau PAKAR?


KITA JURUJUAL atau PAKAR?

Situasi 1:

Prospek : Hai Puan, saya nak tahu tentang promosi kasut tu.

Kita : Kasut ini paling terbaru. Desain terkini buatan Itali. Tuan tidak akan dapat di mana-mana kerana kami pengedar tunggal. Harganya RM100. Jika beli sekarang harganya RM50 saja.

** Tuan & Puan adalah JURUJUAL.

Situasi 2:

Prospek : Hai Puan, saya nak tahu tentang promosi kasut tu.

Kita : Terima kasih Tuan kerana berminat dengan promosi kasut terbaru kami. Boleh saya tahu apa keinginan dan keperluan Tuan dalam mencari kasut yang sesuai?

*** Tuan & Puan adalah Pakar/Konsultan.

Orang takut dengan jurujual. Bila kita tanya, mereka takut nak dedah rahsia sebab tahu akhirnya kena beli.

Lain pula dengan konsultan/pakar. Mereka menyelesaikan masalah. Prospek lebih terbuka beritau masalah dan mahu tahu apakah kita ada penyelesaiannya.

Ini yang buat produk RM50 nampak nilainya macam RM500.

MOHD NOOR AZAM ATEH.

#psikologidigital

Kredit 

#MohdNoorAzamTuan

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme