KITA JURUJUAL atau PAKAR?
Situasi 1:
Prospek : Hai Puan, saya nak tahu tentang promosi kasut tu.
Kita : Kasut ini paling terbaru. Desain terkini buatan Itali. Tuan tidak akan dapat di mana-mana kerana kami pengedar tunggal. Harganya RM100. Jika beli sekarang harganya RM50 saja.
** Tuan & Puan adalah JURUJUAL.
Situasi 2:
Prospek : Hai Puan, saya nak tahu tentang promosi kasut tu.
Kita : Terima kasih Tuan kerana berminat dengan promosi kasut terbaru kami. Boleh saya tahu apa keinginan dan keperluan Tuan dalam mencari kasut yang sesuai?
*** Tuan & Puan adalah Pakar/Konsultan.
Orang takut dengan jurujual. Bila kita tanya, mereka takut nak dedah rahsia sebab tahu akhirnya kena beli.
Lain pula dengan konsultan/pakar. Mereka menyelesaikan masalah. Prospek lebih terbuka beritau masalah dan mahu tahu apakah kita ada penyelesaiannya.
Ini yang buat produk RM50 nampak nilainya macam RM500.
MOHD NOOR AZAM ATEH.
#psikologidigital
Kredit
#MohdNoorAzamTuan
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
No comments:
Post a Comment