Wednesday 19 August 2020

Al-Quran Mukjizat yang tak akan pernah pupus

🌹AL QURAN ADALAH MUKJIZAT🌹

Renungkan sejenak...

Kebiasaannya sesuatu benda itu jika tidak digunakan, lama kelamaan ianya akan pupus. Sampai masanya nanti akan dilupakan terus akan kewujudannya.

Al Quran?

Walaupun disudut pengamalan umat terhadap ajaran Al Quran semakin berkurangan, semakin lemah dan dilupakan, apa yang terjadi adalah sebaliknya pula. Bukan semakin pupus, bahkan semakin kuat pula disegi pemeliharaannya.

Al Quran boleh didapati dimana-mana sahaja. Di masjid-masjid dan surau-surau, di rumah, di pejabat,di gantung di merata-rata samada didinding dan kedai-kedai makan. Tumbuh pula pusat-pusat tahfiz di segenap ceruk negara bagaikan cendawan dikayu yang reput. Mampu dihafal oleh pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak yang umurnya baru setahun jagung.

Hairan? Kenapa bertentangan dengan fitrah dunia?

Tiada apa yang hendak dihairankan. Janji Allah itu pasti benar. Allah yang menurunkan Al Quran untuk manusia dan DIA yang akan menjaganya sehingga ke hari PEMBALASAN.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا ٱلذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Al Hijr,15:9)

Inilah salah satu dari banyaknya tanda-tanda Al Quran sebagai mukjizat.

Kredit 

#MhdNasserLong

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment