Wednesday 19 August 2020

9 Idea Bisnes Wajib Tahu dalam Musim Ekonomi Gawat!

 Tahu tak ada banyak cara kita boleh tambah pendapatan dalam kehidupan seharian kita . Dan sekarang pun kebanyakan rakyat Malaysia ramai yang dah sedar tentang kelebihan cari pendapatan tambahan ni . 

Ada yang mencari pendapatan tambahan ni bertujuan menampung kelangsungan hidup , ada yang ingin memberi keselesaan untuk anak dan keluarga , dan ada yang mungkin buat secara suka suka . 

Jom sis share  antara cara bagaimana kita boleh dapat pendapatan sampingan . 

1. Buat bisnes online 

🌹Contohnya menjual tudung , jual kek , dan jual baju . 

2.Menjual perkhidmatan atau kemahiran

🌹Contohnya anda seorang yang pandai dalam mengambil gambar. Anda boleh menawarkan pekhidmatan part time photographer perkahwinan  , majlis sambutan istimewa dan lain lain.

3.Buat sublet 

🌹Sublet ni adalah sewa atas sewa. Maksudnya anda menyewa sebuah rumah dan kemudian sewa kan ke atas orang lain pula. Tapi anda perlu dapatkan kebenaran dari tuan rumah dulu ya. Dan yang penting kena ada ilmu . Baru lah menjadi . 

4. Mengajar tuisyen

🌹Yang ni sis pernah buat dulu . Masa kerja makan gaji. Selepas waktu kerja sis pernah berpengalaman mengajar tuisyen di pusat tuisyen kanak kanak . Masa tu sis Dapat lah pendapatan yang boleh tanggung kos makan minum sebulan tau  . best ke best . 

5. Jadi agen jualan / dropship 

🌹Yang ni biasanya memerlukan modal yang rendah . Ada juga yang tidak memerlukan modal . Contohnya jadi agen atau dropship kuih raya , tudung , jubah dan perfume . 

6. Uber / Grab 

🌹Kalau kita rajin , Jangan terkejut anda boleh sehingga tahap tak perlu usik duit gaji hakiki untuk tampung kehidupan. 

7. Jadi agen Unit Amanah / Takaful / Hartanah 

🌹Yang ni memerlukan ilmu .  Pekerjaan ini juga boleh dijadikan sebagai kerjaya sepenuh masa . Dan pendapatan melalui kerjaya ini juga boleh tahan lumayan sekiranya betul betul fokus . 

8.Jadi runner 

🌹Contohnya runner Food Panda , Grabfood ataupun mengambil upah sebagai runner untuk menghantar bungkusan atau parcel , dokumen dan sebagainya . 

9.Menjual barang terpakai

🌹Yang ni biasa kita dengar sebagi preloved item . Contoh pakaian lama yang masih dalam keadaan cantik dan elok , jangan buang . Anda boleh menjul melalui online seperti Facebook, Instagram dan Shopee

Ini adalah antara pilihan . Kalau diikutkan banyak lagi .

Semoga bermanfaat . Di izinkan SHARE .

#kongsirezekibersama

Kredit

#DiyanaPuteri

#NotaIlmuPilihan

#MalaysiaMembaca

Join Channel Telegram 👇

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment