Saturday, 9 January 2021

Kenapa Sayyidul Istighfar Lafaz Istighfar Yang Paling Utama?


Kenapa Sayyidul Istighfar Lafaz Istighfar Yang Paling Utama?

Dzikir Pagi  (Sayyidul Istighfar)

Dibaca 1x

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ، لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ، وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ لَكَ بِذَنْبِيْ، فَاغْفِرْ لِيْ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.

HR. Al Bukhari no. 5522, 6306 dan 6323, at-Tirmidzi no. 3393, an-Nasa'i no. 5522 dan lain-lain.

Keutamaan:

Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa salam bersabda, “Sayyidul Istighfar adalah bacaan: (doa di atas).” Kemudian beliau menyebutkan keutamaannya, “Barangsiapa yang membaca doa ini dengan penuh keyakinan di petang hari, kemudian dia mati pada malam harinya (sebelum pagi) maka dia termasuk ahli surga. Dan barangsiapa yang membacanya dengan penuh keyakinan di pagi hari, kemudian dia mati pada siang harinya (sebelum petang) maka dia termasuk ahli surga.”

Keterangan:

Dinamakan Sayyidul Istighfar, karena bacaan istighfar di atas adalah lafaz istighfar yang paling utama dibandingkan lafaz istighfar yg lain. Dalam lafaz istighfar ini, terdapat 8 aspek yang menjadikan istighfar ini memiliki keutamaan yang besar:

1. Dimulai dengan pujian kepada Allah.

2. Adanya pengakuan bahwa dirinya adalah hamba Allah, makhluk Allah yang berusaha menghambakan diri kepada Allah.

3. Mengimani adanya janji Allah, sehingga hamba bersungguh-sungguh untuk meraih janji Tuhannya.

4. Pengakuan akan kekurangan dirinya, dan sekaligus memohon perlindungan kepada Tuhannya dari keburukan dirinya.

5. Pengakuan terhadap banyaknya nikmat yang telah Allah kurniakan kepada dirinya, serta selaku hamba sepatutnya menzahirkan rasa syukur.

6. Pengakuan terhadap banyaknya dosa dan kesalahan yang dilakukan , yang ini merupakan bentuk taubatnya.

7. Diakhiri dengan permohonan ampunan yang setulusnya kepada Allah.

8. Dengan keyakinan, tidak ada zat yang mampu mengampuni dosa-dosa hamba kecuali Allah.

Kredit 

#UstazAminIsmail 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Tips Hafal Quran: “No Music”!


TIPS HAFAL QURAN: “NO MUSIC”!

Ramai yang nak hafal al-Quran atau mahukan anak-anak mereka hafal al-Quran, tapi tak ambil berat soal ini.

Tahukah kita al-Quran itu merupakan kalam Allah? Sedangkan kebanyakan lagu-lagu dan muzik itu mengandungi bisikan syaitan yang menggalakkan maksiat, cinta yang tidak halal, ayat-ayat lucah, dan seumpamanya?

Sebab itu ramai ulama seperti ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, imam Ahmad dan lain-lain, menyebut “Muzik itu menumbuhkan sifat munafiq dalam hati”.

How kalam yang suci dan kalam yang tidak suci boleh berhimpun dalam 1 hati kan?? 

Memang just like oil and water la!

Percayalah…

💔 Hati yang cenderung untuk mendengar muzik tidak akan tertarik untuk mendengar al-Quran.

👅 Lisan yang suka mendendangkan nyanyian akan kurang mengalunkan ayat-ayat Tuhan.

🖤 Jantung yang berjetak-jetak tatkala terdengar muzik, akan keras ketika mendengar seruan al-Rahman.

🕺 Jasad yang terkinja-kinja dengan irama muzik, pasti liat dan kaku untuk membelek helaian al-Quran.

💡💡💡💡💡💡💡

Buat ibu-bapa yang ingin anak mereka mudah hafal al-Quran:

1.    Didik anak-anak supaya tidak mencintai “dunia hiburan” yang penuh godaan.

2.    Kreatifkan diri untuk hiburkan anak-anak dengan al-Quran.

3.    Kawal penggunaan gajet atau TV anak-anak jika melihat mereka leka dan lalai.

4.    Tukarkan dari mendengar radio di kenderaan kepada mendengar bacaan al-Quran.

5.    Jangan benarkan anak-anak dengar lagu, apatah lagi membuka radio atau muzik secara “open” di bilik atau di rumah.

Percayalah…

Anak-anak yang terpelihara dari muzik akan lebih menyerap al-Quran!

Dan percayalah...

Kalau hati-hati kita sendiri dah penuh atau suka dan cenderung pada muzik, memang akan susah nak amalkan tips-tips di atas 😉

-Dr. Kamilin Jamilin-

(Mudir Home Tahfiz Darul Siddir)

Kredit 

#DrKamilinJamilin 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

5 Tips Untuk Menanam Sikap Suka Membaca


5 Tips Untuk Menanam Sikap Suka Membaca 

Saya kongsikan di sini 5 tips untuk menanam sikap suka membaca :

1- Cuba kenal dengan ulat buku, penjual buku, penulis buku

Bila kita ada kawan-kawan yang minat buku, satu kelebihan untuk mendengar celoteh mereka berbicara tentang buku-buku yang dibaca, boleh pinjam buku-buku daripada mereka. Buat-buat dengar pun tidak mengapa, lama-lama kena tempiasnya juga. Kenal dengan penjual buku memudahkan akses kita untuk mendapatkan buku-buku secara online mahupun bersemuka. Musim wabak sekarang, peranan penjual buku ataupun dropship sangatlah ditagih. Boleh jadi, dengan mengenal siapa itu penulis buku akan membuatkan hati kita terdetik membeli buku-buku penulisan mereka.

2- Cuba pergi ke perpustakaan.

Seandainya kita ingin berjimat-cermat, maka rajin-rajinkanlah diri untuk datang ke perpustakaan, buat kad keahlian dan pinjam mana-mana buku di sini. Kelebihan lain, suasana di perpustakaan sangatlah sesuai untuk lebih fokus dalam pembacaan.

3- Cuba pergi ke kedai buku

Kita berpeluang untuk memilih buku secara sendiri. Membaca isi-isi kandungan, sinopsis sebelum membeli buku tersebut. Ada orang yang lebih suka membeli buku secara fizikal berbanding online, maka ini adalah pilihan terbaik. Melihat susunan buku, menyentuh semua buku, menghidu bau buku malah berjumpa dengan para pencinta buku yang lain. Sekalipun pada waktu itu, anda tidak punya wang tetapi sebagai kepuasan ia memadai dengan hanya pergi ke kedai buku. Kinokuniya, Jejak Tarbiah, Imanshoppe atau mana-mana MPH antara kedai buku yang dicadangkan.

4- Cuba untuk memilih buku yang laris di pasaran

Buku yang laris di pasaran selalunya mendapat ulasan yang baik dari segi kandungan dan bahasanya. Tidak salah untuk kita cuba membacanya. Seandainya kita suka maka itu adalah hal yang positif untuk kita terus membaca, sekiranya tidak suka maka boleh dikritik atau paling mudah, tinggalkan sahaja dan baca buku lain pula. Antara buku yang menarik adalah  karya-karya Pak Hamka, Sasterawan Negara (SN),  Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Tere Liye, Andrea Hirata, The Patriot, dan semua buku Jejak Tarbiah.

5- Cuba membaca dengan kadar yang perlahan.

Ada dua maksud di sini, buat pemula dan tidak tergesa-gesa. Bagi individu yang baru mula membaca, maka bacalah dengan kadar yang perlahan. Sekalipun begitu, bagi yang sudah terbiasa dengan rutin pembacaan, tetap ada masanya tidak perlu tergesa-gesa dengan kuantiti bacaan. Tujuannya agar lebih memahami kandungan buku yang dibaca, seterusnya menjadi pembaca yang lebih kritis. 

Bahkan, inputnya akan lebih difahami dengan cara mencatat, menulis isi-isi penting atau quotes yang menarik.

Semoga bermanfaat.

Kredit 

#AdaApaDenganBuku

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Ulama Kesal Bazirkan Masa Selain Dari Makna Al-Quran, Kita?


Ulama Kesal Bazirkan Masa Selain Dari Makna Al-Quran, Kita?

Antara petikan dari kata-kata ulama yang cukup memberi kesan terhadap diri saya ialah ungkapan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah pada akhir hayatnya: 

“Aku sungguh kesal kerana telah membazirkan kebanyakan masaku pada selain dari makna al-Quran” [Dzayl Tabaqat al-Hanabilah].

Sedangkan kehidupan ilmuwan tersohor ini sentiasa dipenuhi ilmu, penulisan, nasihat, jihad dan amal.

Bagaimana pula dengan harian kita yang lebih sibuk dengan urusan atau perbahasan yang kurang memberi manfaat kepada kehidupan akhirat kita?

Sangat benar apa yang telah disebutkan oleh al-Imam al-Syafi’i: 

“Ilmu selain dari al-Quran sentiasa menyibukkan” [al-Diwan].

Ya, bila kita tidak penuhi masa kita dengan ilmu-ilmu al-Quran, kita akan disibukkan dengan pengetahuan atau urusan yang tidak mendekatkan diri kita kepada Allah, mahupun bermanfaat buat kita di hari akhirat kelak.

-Dr. Kamilin Jamilin

Kredit 

#DrKamilinJamilin 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Pahala Wanita Cantik Bersuara Merdu Yang Enggan Menjadi Model Dan Jadi Penyanyi


Pahala Wanita Cantik Bersuara Merdu Yang Enggan Menjadi Model Dan Jadi Penyanyi

Wanita cantik yang enggan menjadi model dan wanita bersuara merdu tetapi enggan menjadi penyanyi mendapat pahala yang istimewa berbanding wanita-wanita lain.

Mereka mengorbankan peluang berharga yang dimiliki demi kehormatan diri dan mendapat reda Ilahi. Kalau diikutkan kemampuan, boleh sahaja mereka menjadi seperti wanita-wanita lain yang mengekspoitasi segala anugerah yang diberi untuk kepentingan diri. Tetapi, mereka memilih bersabar dan bertahan, menolak godaan dunia untuk menjaga agama.

Lebih hebat daripada itu ialah wanita-wanita yang terlanjur menjadi artis dan berada di puncak kerjaya, tetapi sanggup melepaskan segala-galanya untuk berubah dan berhijrah. Hijrah mereka lebih jauh. Pengorbanan mereka lebih besar.

Dan kerana bertahan di atas hijrah itu terlalu berat bagi mereka - sehingga ramai artis yang berhijrah akhirnya ditarik semula oleh rakan-rakan ke dunia lama - maka begitu jugalah istiqamah mereka, lebih bernilai dan berharga.

Kredit

#MuhammadIzzatAlKutawi 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Ujian Setiap Orang Berbeza, Semakin Besar Pengorbanan, Semakin Besar Ganjaran

Ujian Setiap Orang Berbeza, Semakin Besar Pengorbanan, Semakin Besar Ganjaran

Lelaki soleh di ceruk kampung yang damai, tidak sama dengan lelaki soleh di ibu kota metropolitan. Perempuan solehah dalam keluarga yang beragama tidak sama dengan perempuan solehah dalam keluarga yang penuh dengan masalah.

Hal ini demikian kerana orang yang baik di tempat yang baik, tidak semestinya mampu istiqamah dengan kebaikan di tempat yang mencabar. Berbeza dengan orang yang baik di tempat yang mencabar, mereka telah diuji, dan kesolehan mereka terbukti.

Semakin besar cabaran, semakin teruk persekitaran; semakin besar pengorbanan, semakin besar ganjaran. Dan sebab itulah dikatakan, "akan datang kepada manusia satu zaman, orang yang bersabar dengan agamanya seperti orang yang menggenggam bara api" yakni oleh kerana getirnya cabaran yang dihadapi oleh orang-orang pada zaman tersebut.

Kredit 

#MuhammadIzzatAlKutawi

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Bangkit


Kita dapat apa yang kita mahu. Ia bermula dengan mengenal pasti apakah yang kita mahu dalam hidup ini. 

Semasa saya duduk dalam fasa kejatuhan dahulu, seperti orang lain, saya juga banyak habiskan masa menangis di bucu katil. 

Banyak merenung kembali masa-masa silam semasa di ambang kejayaan.

Banyak menyesali keputusan-keputusan salah yang diambil hingga menyebabkan terduduk kerugian. 

Banyak melihat orang sekeliling yang berjaya,  kaya-raya dan bertanya diri sendiri apa rahsia mereka? Kenapa takdir kita tidak secantik takdir mereka? Alangkah seronoknya jika berada di tempat mereka. Tiada masalah. Tiada tekanan hidup. Setiap malam tidur lena.

Memanglah saya tahu, setiap kejayaan diperolehi dengan usaha dan kerja keras. Namun masih ada rasa tersisa, sedih kerana bekerja keras pun, tetap alami kegagalan juga.

Satu pagi, saya terfikir, buat apa mahu menyesali perkara silam. Sesal bagaimanapun, tetap tidak boleh kembalikan masa tersebut. 

Yang ada hanya masa hadapan. Menunggu untuk dicorakkan. 

Maka saya letakkan redha atas apa yang berlaku. Melihat semua kerosakkan dan berdamai dengan diri. 

Apa yang berlaku, telah berlaku. 

Ambil pengajaran, dan jadikan pengalaman.

Tutup pintu masa lalu. 

Dan mulakan hari baru. 

Usah lagi memikir, merenung, menangismeratap hiba, apatah lagi asyik berulang ulang bercerita mengenai kekesalan yang tidak sudah sudah. 

Kita kena dapatkan apa yang kita mahu.

Maka ambil pen, tulis di kertas, impian apakah yang mahu capai. Kenapa mahu mencapai impian tersebut. Letakkan ruang masa mahu mencapainya. 

Kemudian mula susun cara dan bagaimana mahu mencapai impian itu. Di setiap persoalan, segera rujuk mereka yang pernah melakukannya. 

Selepas jelas, ambil tanggungjawab untuk melakukannya. Jika tidak ia hanyalah satu angan-angan mat jenin sahaja. 

Fokus kepada apa yang mahu di capai. Setiap kali datang krik krik dalam diri meragui bakat dan kebolehan, segera tarik nafas panjang. Pusatkan semula fokus mahu berjaya, dan hembus nafas keluar perlahan-lahan. 

Kata pada diri sendiri, Allah sentiasa ada di sisi untuk bantu kita.Doa dilorongkan ilham untuk melakukannya. 

Sentiasa ingatkan diri sendiri. Setiap perbuatan ada kesannya. Duduk termenung sahaja, kesannya hanya membuang masa. Asyik meragui diri sendiri, kesannya kita tenggelam kelemasan menjadi mangsa dalam dalam  pusaran energy negatif yang dicipta sendiri. 

Setiap perbuatan ada kesannya. Mahu capai apa pagi ini? Nah, bangun dan buat. Laksanakan segera apa yang telah dirancang semalam. Kesannya kita akan bekerja, dan dapat hasilkan apa yang kita mahu. 

Mahu sihat, jaga makan dan buat gerakan badan. Mahu rasa cantik, senyum sentiasa. Mahu kaya, usaha dan bekerja. 

Buatlah, kerana dengan buat baru kita dapat hasilnya. 

Usah di renung renung pintu yang telah tertutup. Kerana di hadapan masih banyak pintu menanti untuk dibuka.

Kita dapat apa yang kita mahu. 

Kita hanya perlu bangun, usaha tanpa henti, buat tanpa nanti. 

🖋

Mahanom Mohammad

Kredit 

#MahanomMohammad 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme