Friday, 20 January 2023

Jangan Ceritakan Kesilapan, Keburukan Dan Kelemahan Kita Kepada Orang Lain


Jangan ceritakan kesilapan, keburukan dan kelemahan kita kepada orang lain.
  

Kalau nak luahkan sebagai tanda penyesalan, luahkan sahaja kepada ALLAH.  DIA memang tahu dah.  Kerana DIA Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.  Memang patut kita menghina diri kepada ALLAH.  Sebab kita ini adalah hamba.  Setiap hamba ada tuannya.  Dan tuan kita ialah ALLAH.  ALLAH adalah tuan dan tuhan kita.  Dengan mengakui kesilapan, kelemahan dan keburukan kita kepada ALLAH akan membuatkan kita berasa makin hina kepadaNYA.  Lalu menjadilah kita hamba yang sedar diri yang kita ini mesti tunduk berserah diri kepada ALLAH.  Rahsia diri kita memang sudah diketahui ALLAH walau kita tak menceritakannya.  Akui dan minta ampunlah dengan ALLAH.  ALLAH itu Maha Pengampun, Maha Menerima Taubat, Maha Pengasih dan Maha Menutup rahsia kita.


Adapun jika kita ceritakan rahsia kesilapan kita, keburukan kita dan dosa-dosa lampau kita kepada manusia; itu adalah perbuatan yang merbahaya.  Walaupun kita rasakan dia seseorang yang baik dan dipercayai boleh menyimpan rahsia, elakkanlah.  Kerana manusia mempunyai banyak kelemahan.  Kalau dia bukan dengan sengaja dedah rahsia kita, dia mungkin tercerita secara tak sengaja kepada orang lain.  Kadang-kadang rahsia kita boleh dijadikan senjata atau hujah untuk menjatuhkan kita.  Buat apa cerita hal peribadi kelemahan, kesilapan dan dosa kita kepada orang lain?  Bukan sahaja sia-sia, bahkan boleh mengundang rasa tak hormat orang lain kepada kita dan malah merbahaya boleh menjejaskan maruah kita.


Dalam doa dan munajat kita, adukanlah segala kelemahan kita kepada ALLAH.  Hanya kita dengan ALLAH.  Rahsia kita hanya dengan ALLAH.  Sangat melegakan dan sangat seronok kerana kita mengadu kepada yang berhak diadu dan diminta pertolongan, iaitu ALLAH Tuhan Yang Memiliki Seluruh Alam.


Setiap kita ada dosa dan salah.  Mintalah ampun kepada ALLAH.  Bertaubatlah kepadaNYA.  Azamlah nak jadi manusia yang baik dan hamba yang taat kepadaNYA.


Jangan dosa-dosa lepas menyekat kita dari melangkah ke hadapan menjadi seseorang yang lebih baik.  Jangan dikenang dosa lama.  Jangan diceritakan kepada orang lain.  Minta ampun kepada ALLAH.  Taubat.  Dan jalan terus dengan bersemangat menuju redho, kasih sayang dan perhatian ALLAH.


Ingat!  Kita ada ALLAH!


KepadaNYA kita mengadu dan harap.


Kredit 

#ShahmuzirNordzahir

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Monday, 27 June 2022

Dunia Ini Sekadar Permainan


Dunia ia sekadar permainan. 
.
Orang yang kita lihat pada hari ini tengah di atas, esok mungkin berada di bawah. Orang kita tengok hari ini di bawah, esok mungkin telah berada di atas. Justeru, sukar apapun keadaan kita, jangan pernah ragu dengan pertolongan Allah. 
.
Buatlah usaha dan tawakkal seperti yang Allah suruh, Allah akan curahkan rezeki seperti yang Dia janjikan. 
.
Ini sifat Abu Bakar Siddiq radiyallahu 'anh. Ibn Syihab al-Zuhri berkata: "Salah satu kelebihan Abu Bakar adalah beliau tidak pernah ragu kepada Allah sedikitpun." (Tarikh al-Khulafa ms. 141)
.
Kredit 
#DrUmarMuhammadNoor
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 
.
Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme



'Menang Tanpa Perang' Taktik Seni Peperangan Sun Tzu

 


'Menang Tanpa Perang' Taktik Seni Peperangan Sun Tzu 

Bukan biasa-biasa!

Seni Peperangan Sun Tzu merupakan buku strategi ketenteraan terpenting dan teragung dalam sejarah China. Ia merupakan salah satu daripada tujuh kitab klasik ketenteraan. Pegawai-pegawai ketenteraan China zaman imperial wajib membaca buku tersebut.

Maknanya, seni peperangan Sun Tzu sangat berpengaruh. 

Taktik seni perang Sun Tzu menekankan aspek 'menang tanpa perang' itu sangat mengagumkan ramai pemikir strategi ketenteraan di Eropah. Penekanannya kepada penggunaan kekuatan yang minima tersebut membezakan dengan pemikir strategi ketenteraan di Eropah.

Sun Tzu sentiasa menganggap kemenangan terbaik adalah kemenangan yang dicapai tanpa perang. Sekiranya berperang, Sun Tzu ingin memastikan perang itu tidak berlarutan lama.

Dalam buku ni, penulis menceritakan kenapa Sun Tzu berpemikiran sedemikian. Mesti ada alasan tertentu dan itu yang kita nak tahu supaya boleh kita kaitkan dengan kehidupan harian kita.

Antara alasannya:

1. Jika perang berlanjutan, maka sumber negara tidak lagi mampu menampung.

2. Tidak ada negara dalam sejarah yang memperoleh manfaat dalam peperangan yang berlanjutan.

Sun Tzu pernah berkata, " dalam sebuah peperangan, puncak keunggulan tertinggi adalah menawan keseluruhan negara tanpa merosakkannya dan menghancurkan negara musuh yang ditawan bukanlah suatu hal yang terpuji.

Ha! Menarik 'kan?

Secara keseluruhannya, buku berbentuk fakta ini menarik untuk dibaca kerana ia tidak seperti penulisan fakta yang berbentuk karangan panjang dan sukar difahami. Penulisan yang sederhana dan mempunyai 'point' lebih meningkatkan kefahaman dalam kalangan pembaca. 'Font text' yang digunakan jelas dan tidak terlalu kecil.

Dari segi gaya bahasa pula, bahasa yang digunakan mudah difahami dan kurang terdapatnya istilah-istilah ketenteraan yang mengelirukan pemahaman dalam kalangan pembaca baru. Pelajar-pelajar sangat digalakkan untuk memiliki buku ini. 

Walaupun kita tidak terlibat secara langsung dalam peperangan, atau bahasa lain, kita bukan lah tentera. 

Sebenarnya, banyak pengisian yang boleh diambil daripada buku ini seperti kita seharusnya menjadi manusia yang cinta akan keamanaan, manusia yang menyelesaikan masalah dengan 
menggunakan kebijaksaan bukan tergantung kepada emosi semata-mata.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk ambil tahu tentang Seni Peperangan Sun Tzu ni. 

😊
.
.
.

Buku : Seni Dalam Peperangan Sun Tzu
Terjemahan:  Fahami Mustaffa & Lee Zi Yang
Ulasan/Ringkasan : Cikgu Wanny

Kredit 
#JejakTarbiah 
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Saturday, 25 December 2021

Kelebihan "Google Keep Notes" Tulis Nota Anda Disini


Kelebihan "Google Keep Notes" Tulis Nota Anda Disini 
.
“Alamak. Aku lupa lah apa idea aku tefikir haritu. Power dah idea tu. Rugi betul tak ingat.”

.

Masalah yang biasa sangat jadi. Kadang-kadang nak tulis di kertas atau buku tapi tengah ada kat luar, pen pun tak bawa, nak buat macam mana?

.

Meh saya share satu apps kegemaran yang saya guna tiap-tiap hari untuk tulis draf nota ringkas.

.

Antara apps yang paling banyak saya guna untuk capture idea dengan cepat. Google Keep Notes.

.

3 sebab saya guna apps ni sejak tahun 2015 sampai sekarang:

.

1. Cepat nak buka.


Kalau apps lain, kadang-kadang nak kena tekan apps tu, kemudian cari folder, baru dapat mula tulis. By the time kau nak tulis tu dah hilang idea atau semangat nak tulis apa.


Guna Google Keep mudah je. Bukak apps dan terus mula tulis. Kalau pandai setting, satu klik je pun dah boleh mula capture apa-apa yang kita nak tulis.


Senang kan?


2. Boleh buka di pelbagai device.


Saya ni jenis guna banyak device. Kadang tu nak buka guna phone je. Ada masa buka guna laptop atau tablet.


Best guna apps ni, boleh buka guna semua platform. Tak kiralah kita guna Android ke, Apple ke, komputer ke. Dua-dua pun boleh.


Guna di phone boleh tulis tanpa Internet connection. Bila dah ada Internet, dia akan sync supaya data kita selamat disimpan. Tak lah hilang data-data lama kita pernah tulis dulu.


3. Ada fungsi ‘labels’ untuk tag.


Yang ni beza banyak dengan apps nota yang lain. Mudah untuk kita refer semula by kategori tertentu yang kita dah tetapkan.


Boleh juga kita kategorikan dengan menggunakan hashtag.


Untuk kalian yang tengah cari apps apa sesuai untuk tulis draf idea atau just nak simpan nota simple, saya cadangkan install apps ni dah cuba sendiri.


#appsreview #google #keepnotes #ajwadshafie #productivitytips


Kredit

#AjwadShafie

#NotaIlmuPilihan

#MalaysiaMembaca


Join Channel Telegram 👇

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Friday, 18 June 2021

"Menyukai" Puisi Sasterawan Hasyuda Abadi

"Menyukai" Puisi Sasterawan Hasyuda Abadi

MENYUKAIMU

Aku menyukaimu ketika zaman lahir, 

dari kayuhan waktu, memeriksa di manakah engkau, 

menunggumu dari teras rumah diriku. Tak ada. 

Tak ada jelingan ketika kau lalui jalan rumahku.


Aku tetap menyukaimu seperti perjuangan, 

seperti perjalanan kehidupan. Aku menyukaimu 

kedewasaan yang kukejar, meski tak kulihat 

sebarang pelarian. Kau cantik diam dalam segala

cabaran dari ketika kecil memadankan nama 

dan usia juga tinggi kita. 


Aku sentiasa menyukaimu kerana demikian Tuhan 

mempertemukan, zahir dan batin kita melaluinya.

Aku menyukaimu sehingga kita berpisah 

dan bertemu nanti dalam sukma yang berbeza.

😍

                                                   Kota Kinabalu, 2018


Tersiar di NST-6.12.2020

Kredit 

#HasyudaAbadi

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Ciri-Ciri Alasan Dan Jawapan Golongan Menyimpang Dan Sesat


Ciri-Ciri Alasan Dan Jawapan Golongan Menyimpang Dan Sesat

Sepanjang saya berinteraksi dengan golongan menyimpang, biasanya mereka ada tiga ciri-ciri ini:


(1) Takut ditanya dalil, sebab ia akan buat tembelangnya terbongkar, bahawa dia tiada dalil ataupun takut diketahui dia keliru memahami dalil. Termasuk yang takut ditanya status hadis atau tafsir mana dia rujuk.


(2) Suka beralasan dengan "Ilmu Allah itu luas."  sedangkan apa yang dia bawa adalah rekaan dia sendiri, bukan daripada Al-Quran dan hadis.


(3) Saya tambah lagi satu, suka guna ayat "Kita tidak layak menghukum." Supaya tiada orang berani tegur dan kata dia salah, jadi dia reka apa dia mahu dalam agama ini.


Nampak tiga ciri ini pada diri seseorang yang nampak beragama, berhati-hatilah...

Kredit 

#SuhiliNain

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Usaha Dan Doa Moga Anak Celik Dan Kasih Pada Al-Quran


Usaha Dan Doa Moga Anak Celik Dan Kasih Pada Al-Quran

Selepas pulang dr kuliah semalam .Isteri maklum anak sy yg sulong 7 tahun dah mula masuk Al quran. Dan mlm ni dia minta nak baca (bersemangat)

Tiadalah rezeki dan nikmat yg lbh besar nilainya di hati seorang ayah atau ibu .

Selain dr di kurniakan zuriat yg celik dan kasih pada Al quran.

Semasa saya mencari isteri saya telah letakkan syarat.perkara paling wajib mesti boleh baca Al quran dengan baik.

Kerana ibu adalah madrasah utama anak2

Alhamdulillah

Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya(muslim)

Hari ini kita susah hati anak lemah dlm pelajaran .Tak fasih berbahasa inggeris

Kita risau masa depan mereka

Apakah kita jgk risau dan bimbang jika anak2 kita BUTA AL QURAN

Kredit 

#AbuUmair 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme