Hamba Yang Bersyukur Tidak Ramai
Monday, 23 October 2023
Motivasi Terbaik Istiqamah Menuntut Ilmu Ialah Menghayati Ianya Sebuah Ibadah
Motivasi Terbaik Istiqamah Menuntut Ilmu Ialah Menghayati Ianya Sebuah Ibadah
Motivasi terbaik untuk istiqamah di atas jalan menuntut ilmu ialah menghayati bahawa ianya sebuah ibadah.
Belajar itu sendiri, baca buku itu sendiri, menghafal itu sendiri, menulis itu sendiri kesemuanya adalah ibadah.
Kalau kita belajar ilmu agama dengan harapan ingin mengajar, ingin membuka kuliah dan kelas, ingin dijadikan rujukan di dalam masyarakat, ingin memberi manfaat ilmu kepada komuniti, ingin melihat kesan baik ilmu kita dimanfaatkan, maka ini semua adalah pendorong semangat yang lemah.
Kerana kita akan sedar juga satu hari nanti, hanyasanya yang betul-betul ambil manfaat dari ilmu kita ialah diri kita sendiri. Adapun orang lain, jika Allah takdirkan kita mendapat penerimaan di kalangan masyarakat atau ummat maka itu ialah rezeki yang Allah berikan kepada siapa yang Dia kehendaki.
Dan jika Allah takdirkan yang kewujudan kita di dalam masyarakat sebagai pelajar ilmu agama itu tidak diambil endah dan tidak dihiraukan, maka itu juga Qadar Allah yang Allah tentukan kerana hikmah-hikmah tertentu.
Friday, 23 June 2023
Jangan Berhenti Membaca Al-Quran
Jangan berhenti membaca al-Quran hanya kerana tidak pandai hukum-hakam tajwid. Teruskan membaca dan tingkatkan ilmu. Mudah-mudahan satu hari kita boleh mencapai darjat mahir dalam al-Quran.
Rasulullah bersabda:
الماهِرُ بالقرآن مع السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ، والذي يقرأ القرآن ويَتَتَعْتَعُ فيه وهو عليه شاق، له أجران
"Orang yang mahir membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan berbakti. Orang yang membaca al-Quran dengan bacaan yang terputus-putus dan mengalami kesusahan, dia akan mendapat dua pahala." al-Bukhari dan Muslim.
Kredit
#DrUmarMuhammadNoor
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
28 Nasihat Adab Kepada Ibu Bapa
28 Nasihat Adab Kepada Ibu Bapa
28 Nasihat Syeikh Muhammad Said Ruslan
Ini adalah Nasihat untuk anak-anak, jika mereka istiqamah mengamalkannya, mereka berada di daerah keselamatan di dunia dan di akhirat:
1. Taatlah ibu dan ayah pada semua perintahnya, selagi mereka tak menyuruh melakukan maksiat.
2. Berbicaralah dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
3. Bangun dan sambut mereka apabila mereka datang.
4. Jagalah maruah, kemuliaan, harta serta pandangan manusia terhadap mereka.
5. Muliakan serta Bersifat pemurah pada mereka, berikan apa yang mereka minta.
6. Berbincanglah dan mintalah pendapat mereka tentang urusan kehidupanmu.
7. Perbanyakkan doa dan memohon ampun bagi mereka.
8. Apabila ada tetamu datang, duduk dekat dengan pintu, dan perhatikan mata mereka, kemungkinan ada perkara yang mereka ingin perintahkan secara tersembunyi.
9. Lakukanlah perkara yang menggembirakan mereka tanpa perlu mereka menyuruh kamu dahulu. Kerana apabila disuruh,maka kuranglah nilai kegembiraan.
10. Jangan tinggikan suaramu dihadapan mereka, dan jangan potong ucapan mereka.
Mudahkan Urusan Dengan Membaca Al-Quran
Dalam kehidupan dunia ini, sekiranya ada banyak perkara yang kita hajati, dan kita ingin dipermudahkan untuk mendapatkannya, maka hendaklah kita membaca Al-Quran Al-Karim.
Al-Syaikh Dhiyā Al-Maqdisi berkata : Al Syeikh ‘Imād Al-Maqdisi berpesan kepadaku :
أَكْثِر من قراءة الْقُرْآن، ولا تتركه فَإِنَّهُ يتيسر لَك الَّذِي تطلبه عَلَى قدر مَا تقرأ،
Perbanyakkanlah membaca Al-Quran. Jangan sesekali kamu meninggalkan pembacaannya. Ini kerana, akan menjadi mudah apa yang kamu hajati bergantung kepada berapa banyak yang kamu baca daripada Al-Quran.
Lalu kata Al-Dhiyā’ Al-Maqdisi ;






