Thursday, 4 February 2021

Kurangkan Kesedihan Dunia Dengan Ingat Kehidupan Akhirat


Kurangkan Kesedihan Dunia Dengan Ingat Kehidupan Akhirat

Untuk mengurangkan keterkesanan kita dengan kehidupan dunia, saat kita melihat keindahan dunia dan merasai kenikmatannya, ucapkanlah :

اللَّهُمَّ لاَ عَيْشَ إِلاَّ عَيْشُ الآخِرَةِ 

Maksudnya : Ya Allah, tidak ada kehidupan (yang sebenar) melainkan kehidupan akhirat.

Kata Faqīh Al-Zamān Al-Syeikh Muhammad bin Sōleh Al-‘Utsaimin - rahimahullāh- : Saat seseorang itu melihat sesuatu yang menakjubkan dari dunia ini, tenangkanlah dirinya dengan ucapan ini, kemudian hendaklah dia mengetahui : Kehidupan yang menakjubkan kamu ini, merupakan kehidupan yang akan berlalu pergi.

* Bahkan akhiratlah kehidupan yang lebih baik dan lebih kekal.

Kredit 

#UstazFahmiRusli

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Cegah Kemungkaran Lebih Berat Dari Suruh Buat Kebaikan


Cegah Kemungkaran Lebih Berat Dari Suruh Buat Kebaikan

MENCEGAH KEMUNGKARAN AMANAH YANG PERLU DITERUSKAN

Mencegah kemungkaran ini lebih berat berbanding menyuruh manusia kepada kebaikan. Ini kerana kita akan membantah akal, perasaan, dan perilaku manusia yang melakukan kesalahan. Usaha ini bahkan mengorbankan tenaga dan masa dengan begitu banyak. 

Memang ada kenalan yang saya kenal tak suka ke medan ini, serabut katanya. Kalau yang awam pula, dikatanya asyik bergaduh saja agamawan ini. 

Tetapi ingatlah, syubuhat sekecil apa pun jangan sesekali dipandang ringan. Cubalah kenangkan sosok manusia bernama Abdullah bin Saba‘. Bagaimana umat Islam pada zaman Sahabat lagi ada yang termakan hasutannya sehingga merebak ke kebanyakan wilayah dan mencetuskan persengketaan, peperangan, dan penyebab kewujudan agama baru Syiah. 

Apakah setelah kematiannya fitnah dan kemungkaran tersebut berhenti? Tidak! Ia adalah sebuah kerosakan yang tiada jalan untuk berpatah balik. 

Demikan itu, kita tidak boleh berhenti menyedarkan manusia agar kembali kepada kebenaran dan membantah ideologi perosak agama seperti fahaman Feminism, Liberal,Teori Konspirasi dan pemuja capal.  

Muhammad bin Bisyran Al-Jurjani berkata:

 قلت لأحمد بن حنبل: إنه ليشتد علي أن أقول: فلان ضعيف فلان كذاب؟ قال أحمد: إذا سكتَّ أنت وسكتُّ أنا فمتى يعرف الجاهل الصحيح من السقيم. [الجامع لأخلاق الراوي وآداب السامع: 2/202] 

“Aku pernah berkata kepada Ahmad bin Hanbal: “Sungguh aku sangat berasa berat untuk mengatakan “Si fulan seorang yang lemah si fulan seorang penipu“ Ahmad berkata: “Jika engkau hanya berdiam diri dan aku juga berdiam diri, maka sampai bila si  jahil akan mengetahui yang benar daripada yang salah“

Perkara mungkir mahu pun syubuhat sekecil apa pun perlu dirawat dan dicegah segera. Kalaupun fitnah tidak terkena pada batang hidung sendiri, tetapi jangan dilupakan anda mempunyai keluarga yang boleh terhasut fitnah begini pada masa hadapan. 

Sedihnya ada sebahagian golongan yang bukan sahaja tidak menyokong dakwah, malah ada yang mencemuh lagi apabila usaha mencegah mungkar dilakukan. Mereka ini hendak menyumbang jauh sekali, membaca buku pun malas! Golongan  ini juga patut dilontar ke kerak bumi yang paling dalam. 

Semoga Allah memberikan hidayah dan taufik kepada kita semua.

Kredit 

#YasirRamlee

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Kisah Helang Yang Fokus Dan Gagak Yang Menggangu


Kisah Helang Yang Fokus Dan Gagak Yang Menggangu

Ada benarnya ayat yg kawan saya kongsikan ini.

Satu-satunya burung yang berani bertenggek di atas burung helang sewaktu ia sedang terbang adalah burung gagak. 

Namun, burung helang tidak akan memberi sebarang reaksi atau berlaga dengan burung gagak tersebut. 

Burung helang tidak akan menghabiskan masa dan tenaga cuba bertarung dengan burung gagak. Sebaliknya, burung helang akan melebarkan sayapnya dan terbang mengharung awan ke paras yang lebih tinggi menuju keatas langit. 

Semakin tinggi burung helang menjulang ke atas langit, semakin sukar burung gagak untuk bernafas. 

Akhirnya, burung gagak itu akan jatuh dengan sendiri kerana kekurangan oksigen.

Seperti burung helang, janganlah kita membuang masa cuba bertikam dengan gagak yg menganggu hidup kita hari ini, terbang tinggi dan biarkan mereka melukut mendongak mengikuti perjalanan kita.

Terbang dan terus terbang ke atas langit yg lebih tinggi kerana akhirnya nanti mereka akan jatuh dan hilang sendiri.

Renung-renungkan...

#terbangtinggi

 #copypaste

Kredit 

#zamsaham

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Pengalaman Manfaatkan Database Guna WhatsApp Blast


Pengalaman Manfaatkan Database Guna WhatsApp Blast

Blast prospek melalui wassap sejak Jun 2018.

Database ada lebih 25k fon number. Kumpul dari fb ads. 

Drp 25k, yg beli pada kali pertama/kedua iklan fb ads lebih kurang 7k shj. Selebihnya perlu di convert dgn follow up.

Follow up untuk convert, sale dah lebih 6 angka sejak Jun 2018

Antara jenis2 blaster yang saya pernah guna:

Whatsapp pro (indon), rm200

Wasender (indon), rm200

Mailevo (malaysia), rm150

Whatsappro (malaysia), rm30

Auto wassap (malaysia), rm300 

Total kos untuk whatsapp blaster dalam 2 tahun ni adalah rm880. Kos rm880, sales lebih 6 angka..

Kira oklah..

bila kita blast ada etika dan akhlaknya..

Mesti softsell: Ayat masa blast kena lembut

1. Kenalkan diri siapa dan dari mana

2. Inform dari mana dapat no ni

3. Inform ada offer, kalau berminat boleh balas yes

Jangan terus bagi harga dan details menjela2

Jangan terus bagi sampai 10 gambar

Bila prospek balas yes, baru kita bagi details offer

Sebab prospek tak suka iklan.. hasilnya prospek akan klik button block.. Kita akan automatik dibanned..

Lepas kena banned nak dapat balik kena email whatsapp dan biasa 2-3 hari baru dapat kalau first warning..

Pengalaman saya utk dua tahun ni, dua kali di banned.

1st, sebab nak test ayat hardsell, bagi harga siap2, bagi details dan suruh beli terus

2nd, sebab blast non-stop selama 9jam, jadi wassap detect unusual activity

Kesimpulannya, blaster antara salah satu tools wajib untuk usahawan. Kos rendah, repeat sale tinggi dan profit tinggi. 

Boleh recycle untuk projek baru atau produk baru tapi perlu berhikmah..

Semoga bermanfaat

Kredit 

#MuhdIzaidiIshak

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Dalam Bisnes, Tinggalkan Yang Meragukan, Meskipun Buat Untung

 

Dalam Bisnes, Tinggalkan Yang Meragukan, Meskipun Buat Untung

Apabila ingin menceburi sesuatu perniagaan seperti saham, MLM, direct selling, unit trust, crowdfunding, insurans, forex, emas dan sebagainya maka pastikan ia patuh syariah atau halal dari segi produk, transaksi jualan, komisen, bonus, bisnes model dan sebagainya. Ini adalah tuntutan agama yang perlu dipatuhi.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran seperti berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya." (Surah Al-Baqarah: 172)

Kesilapan besar jika menggunakan kaedah menceburi dahulu perniagaan dan memperoleh keuntungan. Kemudian barulah mengambil tahu tentang status kepatuhan syariah perniagaan itu. 

Jika tiada jawapan pasti tentang perniagaan itu maka adalah lebih baik meninggalkannya dan mencari perniagaan yang mematuhi syariah. Perkara ini lebih melegakan jiwa. 

Perhatikan sabda Rasulullah SAW seperti berikut:

دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ

"Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu." (Riwayat Tirmizi)

Wallahu A'lam.

Dr. Abdél Rahmanov 

19 Nov 2020

Kredit 

#AbdelRahmanov

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Kerana Terlalu Akrab, Kita Jadi Terlalu Berharap..


Kerana terlalu akrab, kita jadi terlalu berharap.
.
Keakraban menawar perihnya sendiri. Semakin kita akrab dengan seseorang, semakin kita bergantung, dan semakin kita percaya terlengkapnya hidup kita atas sebab kehadirannya.
.
Justeru tidak semua perhubungan perlu dicipta keakraban. Kadang cukup sahaja sampai satu fasa; sampai kita sedia berpindah menjadi lebih dewasa.
.
Kredit 
#HafizulFaiz 
#NotaIlmuPilihan 
#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Kenapa Perintah "Membaca" Yang Pertama pada Nabi? Bukan Solat, Puasa, Sedekah


Kenapa Perintah "Membaca" Yang Pertama pada Nabi? Bukan Solat, Puasa, Sedekah

Bacalah.

Perintah bacalah merupakan perintah pertama yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Jibril alahissalam.

Mengapakah dalam banyak-banyak perintah, Tuhan menyuruh Nabi yang ‘ummi’ (buta huruf) dan seluruh manusia membaca? 

Kenapa bukan solat?

Kenapa bukan berpuasa?

Kenapa bukan bersedekah?

Pertama, untuk berilmu. Kesesatan yang berlaku dahulu sehingga kini adalah kerana kurangnya membaca. Sesuatu perkara yang disampaikan kepada orang lain tanpa ilmu yang betul (melalui pembacaan) maka akhirnya akan membawa kepada kesesatan. Nak-nak lagi dalam bidang ilmu agama.

Kedua, untuk berfikir. Melalui pembacaan, kosa kata yang diketahui akan bertambah. Otak akan semakin ligat berfikir dan mencerna perkara yang didengar atau dibaca. Sudah pasti, segala yang terbuku dalam hati juga dapat dizahirkan dengan lebih baik apabila perbendaharaan kata luas.

Begitulah besarnya impak membaca (dan perkataan) dalam hidup manusia.

“Allah membezakan manusia dalam penciptaannya berbanding dengan makhluk yang lain pada akal dan upaya fikir manusia. 

Tanpa membaca, manusia hilang upaya fikir. Tanpa upaya fikir, apa lagi yang tersisa pada kemanusiaan manusia?” (Setia dengan Kebenaran, halaman 9)

Bacalah, supaya jadi hamba, bukan jadi Tuhan.

Kredit 

#JejakTarbiah 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme