Thursday 4 February 2021

Kenapa Perintah "Membaca" Yang Pertama pada Nabi? Bukan Solat, Puasa, Sedekah


Kenapa Perintah "Membaca" Yang Pertama pada Nabi? Bukan Solat, Puasa, Sedekah

Bacalah.

Perintah bacalah merupakan perintah pertama yang diberikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Jibril alahissalam.

Mengapakah dalam banyak-banyak perintah, Tuhan menyuruh Nabi yang ‘ummi’ (buta huruf) dan seluruh manusia membaca? 

Kenapa bukan solat?

Kenapa bukan berpuasa?

Kenapa bukan bersedekah?

Pertama, untuk berilmu. Kesesatan yang berlaku dahulu sehingga kini adalah kerana kurangnya membaca. Sesuatu perkara yang disampaikan kepada orang lain tanpa ilmu yang betul (melalui pembacaan) maka akhirnya akan membawa kepada kesesatan. Nak-nak lagi dalam bidang ilmu agama.

Kedua, untuk berfikir. Melalui pembacaan, kosa kata yang diketahui akan bertambah. Otak akan semakin ligat berfikir dan mencerna perkara yang didengar atau dibaca. Sudah pasti, segala yang terbuku dalam hati juga dapat dizahirkan dengan lebih baik apabila perbendaharaan kata luas.

Begitulah besarnya impak membaca (dan perkataan) dalam hidup manusia.

“Allah membezakan manusia dalam penciptaannya berbanding dengan makhluk yang lain pada akal dan upaya fikir manusia. 

Tanpa membaca, manusia hilang upaya fikir. Tanpa upaya fikir, apa lagi yang tersisa pada kemanusiaan manusia?” (Setia dengan Kebenaran, halaman 9)

Bacalah, supaya jadi hamba, bukan jadi Tuhan.

Kredit 

#JejakTarbiah 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment