Thursday, 4 February 2021

Cegah Kemungkaran Lebih Berat Dari Suruh Buat Kebaikan


Cegah Kemungkaran Lebih Berat Dari Suruh Buat Kebaikan

MENCEGAH KEMUNGKARAN AMANAH YANG PERLU DITERUSKAN

Mencegah kemungkaran ini lebih berat berbanding menyuruh manusia kepada kebaikan. Ini kerana kita akan membantah akal, perasaan, dan perilaku manusia yang melakukan kesalahan. Usaha ini bahkan mengorbankan tenaga dan masa dengan begitu banyak. 

Memang ada kenalan yang saya kenal tak suka ke medan ini, serabut katanya. Kalau yang awam pula, dikatanya asyik bergaduh saja agamawan ini. 

Tetapi ingatlah, syubuhat sekecil apa pun jangan sesekali dipandang ringan. Cubalah kenangkan sosok manusia bernama Abdullah bin Saba‘. Bagaimana umat Islam pada zaman Sahabat lagi ada yang termakan hasutannya sehingga merebak ke kebanyakan wilayah dan mencetuskan persengketaan, peperangan, dan penyebab kewujudan agama baru Syiah. 

Apakah setelah kematiannya fitnah dan kemungkaran tersebut berhenti? Tidak! Ia adalah sebuah kerosakan yang tiada jalan untuk berpatah balik. 

Demikan itu, kita tidak boleh berhenti menyedarkan manusia agar kembali kepada kebenaran dan membantah ideologi perosak agama seperti fahaman Feminism, Liberal,Teori Konspirasi dan pemuja capal.  

Muhammad bin Bisyran Al-Jurjani berkata:

 قلت لأحمد بن حنبل: إنه ليشتد علي أن أقول: فلان ضعيف فلان كذاب؟ قال أحمد: إذا سكتَّ أنت وسكتُّ أنا فمتى يعرف الجاهل الصحيح من السقيم. [الجامع لأخلاق الراوي وآداب السامع: 2/202] 

“Aku pernah berkata kepada Ahmad bin Hanbal: “Sungguh aku sangat berasa berat untuk mengatakan “Si fulan seorang yang lemah si fulan seorang penipu“ Ahmad berkata: “Jika engkau hanya berdiam diri dan aku juga berdiam diri, maka sampai bila si  jahil akan mengetahui yang benar daripada yang salah“

Perkara mungkir mahu pun syubuhat sekecil apa pun perlu dirawat dan dicegah segera. Kalaupun fitnah tidak terkena pada batang hidung sendiri, tetapi jangan dilupakan anda mempunyai keluarga yang boleh terhasut fitnah begini pada masa hadapan. 

Sedihnya ada sebahagian golongan yang bukan sahaja tidak menyokong dakwah, malah ada yang mencemuh lagi apabila usaha mencegah mungkar dilakukan. Mereka ini hendak menyumbang jauh sekali, membaca buku pun malas! Golongan  ini juga patut dilontar ke kerak bumi yang paling dalam. 

Semoga Allah memberikan hidayah dan taufik kepada kita semua.

Kredit 

#YasirRamlee

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment