ALKAHFI
# AYAT105 : ITULAH SYIRIK KUFUR
TERJEMAHAN DAN TAFSIR
ﺃُﻭ۟ﻟَٰٓﺌِﻚَ
Mereka itulah
ﭐﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻛَﻔَﺮُﻭﺍ۟ ﺑِـَٔﺎﻳَٰﺖِ ﺭَﺑِّﻬِﻢْ
orang-orang yang ingkar (kufur) terhadap ayat-ayat Tuhan mereka (akan bukti-bukti tauhid di atas keEsaan Tuhan mereka).
ﺑِـَٔﺎﻳَٰﺖِ ﺭَﺑِّﻬِﻢْ Dengan mukaddar ﺑِـَٔﺎﻳَٰﺘِﺮَﺏِﺕَﺩَّﺩَﺎْﻠُﻤِﻫِّ ﺍَﻷﺗَﻮْﻫِﺪْ
Mengikut tafsir Qurtubi, ia bermaksud, “ayat-ayat Tuhan ini adalah ayat-ayat dan bukti-bukti yang menunjuk dan mengajar hambaNya untuk mentauhidkan Allah”.
Pengertian inilah yang mereka tidak terima. Mereka masih teguh memakai amalan syirik mereka.
ﻭَﻟِﻘَﺎٓﺋِﻪِۦ
dan mengkufuri perjumpaan semula dengan Tuhan mereka (nanti di akhirat).
Mereka tidak menerima dan tidak mempercayai pertemuan itu.
ﻓَﺤَﺒِﻄَﺖْ ﺃَﻋْﻤَٰﻠُﻬُﻢْ
gugur lenyaplah amalan baik mereka itu.
Ini termasuk sedekah dan harta benda yang mereka labor hilang lenyap, satu pun tidak bernilai. ‘Amalan baik’ itu tidak sah dan tidak diterima Allah. Tiada pulangan untuk dibalas di akhirat.
ﻓَﻠَﺎ ﻧُﻘِﻴﻢُ ﻟَﻬُﻢْ ﻳَﻮْﻡَ ﭐﻟْﻘِﻴَٰﻤَﺔِ
Dan Kami tidak akan adakan bagi mereka di Hari Kiamat,
ﻭَﺯْﻧًﺎ
nilaian.
Di akhirat nanti, setiap ‘amalan baik’ mereka itu tidak bernilai lansung. ‘Amalan baik’ yang mereka ‘rasa’ soleh itu (dari golongan ini) tidak dapat ditimbang lansung sekiranya amalan itu tidak menepati apa yang Allah kehendaki.
Bila ditegur and diajarpun, mereka akan memekakkan telinga. Mereka tinggal syok sendiri, tanpa ingin mengaji dan mendalami ilmu ugama. Bagi mereka, amalan yang mereka lakukan itu, yang ada unsur-unsur syirik itu adalah betul dan benar. Mereka tidak pernah mahu membandingkan dan merujuk dengan apa yang mereka rasa betul itu dengan kitab Allah. orang begini akan jatuh rebah keseorangan. Membuat amal dengan tidak mencari ketepatan dan kesahihan, padahnya nanti bila tiba akhirat adalah neraka buat mereka.
Kita tidak boleh meletak ugama itu mudah, dengan menganggap ‘rasa betul’ tanpa mempelajarinya. Dengan ‘rasa betul’ inilah boleh membawa kita ke neraka kerana mengamalkan ugama tanpa dalil dan bukti dari kitab Allah yang ternyata sahih dan benar.
Kalau ada perasaan ‘rasa betul’, orang kafir pun beranggapan begitu, malah ada setengah dari mereka sanggup meninggalkan kemewahan dan kenikmatan dunia semata-mata untuk beribadah. Kita dapat lihat betapa sami Buddha, pendita Hindu, rahib dan paderi Kristian, mereka sanggup mengorbankan zaman muda dan harta benda dengan tidak berkahwin, berpakaian sederhana dan mengabdikan diri mereka di dalam kuil-kuil, gereja dan rumah ibadat mereka demi ugama mereka.
Allah turunkan 30 juzuk al Quran supaya hambaNya itu mempelajari isinya. Pastikan kebenarannya dengan mempelajari kitab al Quran. Dengan ‘rasa betul’ itulah menyebabkan orang kafir tidak mahu ikut ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, sedangkan mereka tiada dalil dan bukti yang sah tentang kebenaran ugama mereka.
Perkara ini pun terjadi kepada kita umat Islam. Tanpa mengauditkan amalan kita dengan dalil dan bukti yang di bawa oleh Rasulullah, iaitu dengan kitab suci al Quran dan kitab-kitab hadis sohihnya, maka belum tentu kebenaran dan kesahihan ‘amalan baik’ yang dibuatnya itu. Jika ‘amalan baik’ itu menepati apa yang diajar oleh Rasulullah melalui al Quran dan hadis-hadis baginda, maka sahihlah amalannya itu baik dan benar serta diterima Allah. Sekiranya berlaku sebaliknya, maka salahlah ‘amalan baik’nya itu.
Perkara ini tidak mengira samada kita ini keturunan tok guru, alim ulamak atau dilahirkan Islam, apabila bercanggah dengan kitab Allah, maka tidak betullah amalannya. Sebenarnya mudah sekali cara untuk memperbetulkan fahaman atau amalan seseorang itu, iaitu dengan mempelajari dan merujuk kepada kitab Allah yang merupakan wahyu dariNya. Hadis Rasulullah yang baginda ajar kepada umatnya itu juga merupakan wahyu dari Allah, kerana setiap tuturkata dan amalan Rasulullah adalah merupakan sunnah Allah. Daripada hadis Rasulullah itu dapatlah kita tahu samada amalan yang dibuat itu betul atau salah, dan berpandukan kitab al Quran ini dapat kita pastikan aqidah kita betul atau salah.
Janganlah kita menjadi manusia yang menganggap dirinya Islam, tetapi sekadar itu sahaja ugama yang dituntutnya dan ber’amal baik’ mengikut ‘rasa betul’ tanpa merujuk kepada kitab Allah dan Sunnah Allah kerana bila pulang menemui Allah, kita tidak akan dapat kembali semula ke dunia. Rugikan.
-Maulana Hadi
Sunday, 22 May 2016
Itulah Syirik Kufur (Tafsir Kuliah Maulana Hadi)
Location:
Kota Bharu, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment