BOLEHKAH SEBAR HADIS YANG TIDAK DIKETAHUI SAHIH ATAU TIDAK?
Apa hukumnya klu kita sebarkan hadith ini dgn kepercayaan yg kuat???
Dan apa hukumnya klu kita sebarkan sesuatu hadith yg kita sendiri tak pasti samada sahih atau tidak???... Berdosakan kita ustaz???
Jawapan:
Assalamualaikum.
Berdosa jika sebar sesuatu yang tidak diketahui sahih atau tidak.
Imam Muslim dalam Muqadimah Sahih Muslim membawakan beberapa hadis yang mengajar kita untuk berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
ﻻَ ﺗَﻜْﺬِﺑُﻮﺍ ﻋَﻠَﻰَّ ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﻣَﻦْ ﻳَﻜْﺬِﺏْ ﻋَﻠَﻰَّ ﻳَﻠِﺞِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭَ
Janganlah berdusta menggunakan diri ku, sesungguhnya sesiapa yang berdusta menggunakan diri ku nescaya akan masuk neraka [hadis no:2]
ﻣَﻦْ ﻛَﺬَﺏَ ﻋَﻠَﻰَّ ﻣُﺘَﻌَﻤِّﺪًﺍ ﻓَﻠْﻴَﺘَﺒَﻮَّﺃْ ﻣَﻘْﻌَﺪَﻩُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ
Sesiapa yang dengan sengaja berdusta menggunakan diri ku, maka dia menempah tempat duduk dalam neraka [hadis no: 4]
ﻛَﻔَﻰ ﺑِﺎﻟْﻤَﺮْﺀِ ﻛَﺬِﺑًﺎ ﺃَﻥْ ﻳُﺤَﺪِّﺙَ ﺑِﻜُﻞِّ ﻣَﺎ ﺳَﻤِﻊَ
Cukuplah seseorang dianggap berdusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang dia dengar [hadis no: 7]
Terdapat banyak lagi riwayat yang disebutkan oleh Imam Muslim dalam Muqadimah Sahihnya. Ini hanyalah sebahagian kecil sahaja.
-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
pada 27hb Ogos jam 9.56
Tuesday, 30 August 2016
Bolehkah sebar hadis yang kita tak tahu status
Location:
Kota Bharu, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment