Sunday 12 February 2017

Sunnah Berdoa Sebelum Memberi Salam (Selepas Tahiyyat Akhir)


SETIAP KALI SEBELUM MEMBERI SALAM DI DALAM SOLATMU, BERDOALAH DENGAN DOA YANG DIAJAR OLEH RASULULLAH SOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM.

Daripada Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata :

Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda :

"Apabila salah seorang di antara kalian selesai bertasyahhud (membaca Tahiyyat Akhir), maka mohonlah perlindungan kepada Allah daripada empat perkara dengan membaca :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
 
وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ 

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ 

وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

(Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada :

1. Siksa neraka jahannam, 
2. Siksa kubur, 
3. Fitnah kehidupan dan kematian,
4. Kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal).

Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim rahimahumallah.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

1) Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menghafaz doa yang sahih ini.

2) Istiqamahlah membacanya setiap kali selesai membaca Tasyahhud dan sebelum memberi salam di dalam solat fardhu dan sunat.

3) Ajarkan dan kongsikan amalan ini kepada isteri/suami, anak-anak, adik beradik dan rakan-rakan.

BACA, HAFAZ, AMAL DAN SEBARKAN.

Semoga semakin ramai di kalangan masyarakat kita yang beramal dengan amalan Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam yang sahih ini.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk berpegang teguh dengan amalan yang diajar oleh Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam kepada kami".

الفقير إلى عفو ربه،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Semenyih, Selangor.
Ahad, 15 Jamadil Awwal 1438H - 12 Februari 2016.

- Salehuddin Bin Abu Samah

1 comment: