Wednesday, 25 March 2020

Bos Pendapatan Lagi Tinggi Dari Pekerja, Kenapa?

Bos Pendapatan Lagi Tinggi Dari Pekerja, Kenapa? "JUALAN COMPANY BOSS AWAK LEBIH RM100,000, TAPI INCOME AWAK RM3000, JANGAN LAH SANGKA NEGATIF KAT BOSS AWAK... JANGAN KATA DIA MAKAN BESAR SORANG-SORANG..."

.

"Mak aih... jualan company boss aku lebih RM100,000... aku dapat RM3000 je... huhuhu.. tak adil betul la... aku yg penat-penat... boss aku yg sedap..."

.

Awak...

.

Jom saya bawa awak fikir...
Izikan saya wakili Boss awak..
Jadi suara Boss awak.
Yang saya tahu, Boss awak nak luahkan,
Tapi takut awak tak faham,
Takut awak salah faham.
sebab awak belum cukup matang dalam dunia bisnes yg sgt mencabar.

.

Ke mana RM100,000 tu?

.

RM100,000 tu, bukan masuk bulat-bulat dalam akaun Boss awak...

.

"Ehhh! apa pulak... bis tu duit2 tu pergi mana? hilang... Boss joli dgn family dia?..."

.

Tu lah... suruh belajar kewangan & akaun, tak nak belajar... kan dah buta angka... buta angka takpe lagi, jangan buta hati dah lah...

.

Takpe... takpe... meh saya story... awak chill je dulu kat situ... hati tu jernih kan sikit... nampak titik-titik hitam dah tu, haha... gurau je...

.

.

Gini...

.

RM100,000 tu Jualan...
Jualan ni maksudnya, jumlah transaksi yg masuk hasil pelanggan buat belian...

.

dalam tu ada macam-macam kos... meh nak tunjuk...

.

Pertama sekali, ada Kos Barangan yang dijual... dalam bahasa daerah Batang Berjuntai, diorang sebut "Cost Of Good Sold" atau COGS...

.

Andaikan COGS adalah 25% daripada hasil Jualan...

Bermaksud RM25,000 ni untuk rolling beli stok pula... Boss awak takleh belanja suka-suka duit ni... ada jualan je, kena simpan... kalau dia joli, alamat tutup la company, sebab tak leh beli stok dah...

.

"Tu ada lagi RM75,000 tu! joli la tu!"

.

Sabar... saya lempang kang tak reti sabar...

.

Tu baru Untung kasar... dalam untung kasar tu ada perbelanjaan-perbelanjaan lain.

.

Ada kos operasi
Ada kos gaji, komisyen & bonus awak dan staff-staff lain
Ada kos marketing
Ada nak kena bayar itu ini

.

Andaikan, untuk Boss awak nak buat jualan RM100,000 tu, dia perlu invest RM30,000 untuk buat marketing.

.

Andaikan kos operasi pula RM5,000

.

Andaikan untuk buat jualan RM100,000 tu dia kena ada 5 orang staf jualan... 1 orang staf buat ads... 2 orang staf latihan bahagian jualan... 1 orang staf latihan untuk buat ads... 2 orang staf bahagian operasi... 2 orang staf bahagian pentadbiran dan pengurusan.

.

Awak 5 orang dapat RM3000... RM15000 dah
Staf buat ads RM3000...
2 Orang staf latihan bahagian jualan... RM2200
2 orang staf operasi... RM2200
1 orang staf latihan bahagian ads... RM1100
2 orang staf bahagian pentadbiran... RM2200
...kat sini saja dah RM25,700...

.

Lain-lain perbelanjaan = RM4,300

Total perbelanjaan = RM65,000

.

Untung Kasar sebelum gaji boss, simpanan, peruntukan untuk upgrade ilmu bisnes, suntikan modal, cukai dan sebagainya = RM10,000

.

Jadi, berapa gaji Boss awak?

.

Silap-silap gaji+komisyen+bonus awak lagi tinggi daripada gaji boss awak.

Sebab tu, ramai yg business owner yg mengadu kat saya, hujung bulan makan maggie... janji gaji staf tak sangkut...

.

jadi jangan lah sangka buruk kat boss awak, walau jualan dia 6-7 angka... sebab visi dan misi boss awak besar... banyak sebenarnya bahagian untung company, boss awak simpan dalam tabung kemarau dan tabung peperangan... demi mengembangkan empayar bagi membantu lebih ramai orang... walau dalam akaun Boss awak mungkin ada ratus2 ribu... tapi Boss awak sanggup ikat perut untuk pastikan staf2 dapat teruskan cari makan kat company dia... dan nak bantu lebih ramai orang... awak tahu tak, kos modal yg perlu ada untuk ambil sorang staf, Boss awak kena peruntukkan lebih kurang RM5000-RM8000, sebelum awak pandai buat duit untuk company... Company perlu rugi dulu untuk develop awak... tp awak tak pernah nampak, tak pernah bersyukur, yang tahu, fikir negatif je kat boss awak.

.

Awak tau tak.
Kat tempat kerja, boss awak tu, ibarat ibubapa awak kat rumah... awak perlu patuh, selagi arahan Boss awak masih dijalan yang lurus.

.

.

Sebab tu tak kurang juga, ramai Boss-boss sekarang dah main game Ecommerce & Robot... diorang kata, tak makan hati dengan Robot.

.

Yg dah pandai urus staff,
Diorang teruskan dgn staff.

.

Apa pun sistem dan strategi.
Yg penting,
Majoriti happy.
Majoriti tenang.
Majoriti bahagia.
Majoriti berjaya.

.

Kalau ada segelintir yang asyik komplen dan sangka negatif,
Abaikan saja.
Sebab memang ada manusia yg hati hitam.

.

Kalau sekali sekala, boss awak pergi melancong...
...mungkin boss awak nak jaga hati family...
...mungkin nak pergi berehat rawat hati yang selalu terluka sendiri...
...kalau awak penat, boss awak dah lalui 100 kali ganda lebih penat...
...gelak tawa suka sedih menangis pedih terjatuh tersungkur...
...yg awak tak pernah lalui pun...

.

.

awak jangan komplen pula.
layak la boss awak bercuti sekejap...
...sebab dia dah bertahun-tahun bersusah payah dari bawah nak bangunkan company tempat awak cari makan sekarang...

.

Kalau awak nak komplen lagi.
Awak buka lah company sendiri.
Awak rasa sendiri apa yg boss awak rasa.

.

Tapi..
Ada juga Boss yg tak bawa family melancong.
Asyik bawa staf saja pergi melancong.
Nak jaga hati staf.

.

Balik melancong.
Ada juga yang masih membawang.
Itu tak kena.
Ini tak kena.

.

.

Dan... adakala... ada boss yg salah juga...
...salah strategi...
...salah sistem...
...salah buat marketing..
...salah itu dan ini...
...boss awak pun manusia...
...dalam proses pembelajaran & pembangunan...

.

Selagi dia tak berlaku zalim kat awak.
Awak patut sayang Boss awak...

.

Jangan lah kutuk boss yg buat salah...
... itu normal...
... itu proses untuk develop...
... awak sebagai staf pun banyak buat salah...
... Boss awak bimbing awak...
... Boss awak buat salah, sape nak bimbing dia? ...
... Kesian dia malam2 tak tido kadang2, fikir pasal staf yg mcm2 kerenah...

.
Apa kata, daripada awak komplen atau kutuk...
...awak bagi cadangan yg bernas kat Boss awak...
...Boss tak terima jangan komplen pula...
...Mungkin betul cadangan awak tu tak bernas...
...kalau Boss terima, Alhamdulillah...
...kalau Company maju, insyaAllah Boss nampak awak Ikhlas, awak naik pangkat... income awak insyaAllah bertambah...

.

.

ps - Hidup ini simbiosis... saling doa-mendoakan... saling bantu-membantu... saling sayang-menyayang... saling sangka positif... saling berpimpinan tangan masuk ke syurga firdaus tanpa hisab dan tanpa azab... InsyaAllah

.

Kredit - Hizami Aziz -

Zikir Apa Hilangkan Dosa Walau Sebanyak Buih Dilautan?

Zikir Apa Hilangkan Dosa Walau Sebanyak Buih Dilautan? Zikir yang boleh menghilangkan dosa-dosa kita walaupun sebanyak buih dilautan?

Dari Abu Hurairah dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Barangsiapa bertasbih (Subhanallah) kepada Allah selepas solat sebanyak 33 kali, dan bertahmid (Alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (Allahuakbar) kepada Allah 33 kali, hingga semuanya berjumlah 99, -dan baginda menambahkan- dan kesempurnaan 100 adalah membaca;

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maka kesalahan-kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan." [HR Muslim (597)]

Jom amalkan!!

Semoga bermanfaat bagi yang inginkan nasihat!

Kredit #UstazAhmadHasyimi

Cara Download playlist di YouTube

Cara Download playlist di YouTube

1) Buat / Cari Playlist di YouTube
2) Copy Link Playlist
3) Paste di aplikasi Videoder
4) Pilih Mp3/Mp4 ikut resolution / Format
5) Tekan download dan tunggu siap!

Keperluan = Android | Apps Videoder
Bermanfaat? 🎬 #adleazme

Buatlah Semuanya Kerana Allah

Buatlah Semuanya Kerana Allah


Ingat lagi pesanan MMAY :

Jika kita memberi pertolongan/sumbangan kerana mengharapkan pujaan dan penghargaan makhluk, maka selamanya kita akan penat.

Lalu mulalah menghamburkan kata-kata ungkitan, kata-kata penuh hinaan dan kekecewaan atas ketidak-adilan yang dilakukan oleh manusia.

Lebih teruk lagi, sampai menghina dan meremehkan mereka yang pernah kita bantu dahulu. Langsung lupa akan pesanan al-Quran dan kalam nabawi.

Ingatlah! Pujian semuanya milik Allah SWT. Beribadah bukan kerana habuan dunia, tetapi kerana mencari redha Allah SWT.

Hati pasti akan lebih tenang dan damai.

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita

Kredit #Amir Fathy

Banyak Dosa Tetapi Selalu Hadir Majlis Ilmu

::- BANYAK DOSA TETAPI SELALU HADIR MAJLIS ILMU ::-

Biar tulisan ini menjadi pengubat hati mereka yang berkali-kali melakukan dosa. Walau sudah puas menahan diri, namun tetap tersungkur lagi.

Jangan bimbang, kerana rahmat Allah SWT itu mengatasi segala-galanya. Saya bawakan potongan hadith dibawah ini :

قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ فَأَعْطَيْتُهُمْ مَا سَأَلُوا ، وَأَجَرْتُهُمْ مِمَّا اسْتَجَارُوا . قَالَ : فَيَقُولُونَ : رَبِّ فِيهِمْ فُلَانٌ عَبْدٌ خَطَّاءٌ إِنَّمَا مَرَّ فَجَلَسَ مَعَهُمْ . فَيَقُولُ : وَلَهُ غَفَرْتُ ، هُمْ الْقَوْمُ لَا يَشْقَى بِهِمْ جَلِيسُهُمْ

“ Sungguh Aku telah mengampunkan mereka, Aku akan berikan apa yang mereka minta selama ini, dan Aku bebaskan mereka dari api neraka Aku. Malaikat langsung bertanya : Wahai Tuhan, bagaimana jika ada kalangan mereka yang banyak dosa tetapi dia selalu datang ke majlis ilmu ? Lalu Allah SWT menjawab : Aku telah ampunkan dia, dia pasti tidak akan dihampakan “

Lihat ! Ganjaran yang besar menanti mereka yang selalu melazimi majlis ilmu. Walaupun diri terkadang terpalit dengan dosa, namun kerana keberkatan majlis ilmu, mereka ini juga mendapat keampunan Allah SWT.

Hadirilah majlis-majlis ilmu kerana disitu terdapat keampunan.

A.Fathy

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita

Kredit #Amir Fathy

Tuesday, 24 March 2020

Dell Mobile Connect Sokong Peranti iOS

Dell Mobile Connect Kini Hadir Dengan Sokongan Untuk Peranti iOS

Diterbitkan pada 2 jam lepas oleh Nazrin.
Jika anda memiliki sebuah komputer desktop atau komputer riba Dell yang dibeli pada tahun 2018 keatas dan sebuah iPhone, perisian dan aplikasi Dell Mobile Connect kini membolehkan anda menghantar gambar dan video dari dan kepada kedua-dua peranti itu secara nirwayar.

Kemaskini terbaru perisian tersebut, iaitu Dell Mobile Connect 3.0 kini membolehkan pengguna iPhone dengan sistem operasi iOS 11 dan keatas kebolehan untuk bukan sahaja menghantar gambar dan video, tetapi juga mencerminkan skrin (screen casting) ke komputer Dell anda.

Jika anda memiliki komputer Dell yang layak, anda boleh memuat-turun aplikasi tersebut ke komputer dan peranti anda secara percuma melalui Microsoft Store dan juga Apple App Store.

Teknologi penghantaran data ini memiripi ciri penghantaran data Air Drop oleh Apple sendiri, tetapi dengan perisian ini, anda boleh melakukan perkara yang hampir sama dengan kedua-dua peranti Apple dan juga Android.

Sayangnya, aplikasi ini hanya boleh digunakan secara rasmi oleh pemilik komputer Dell buat masa ini.

-

Description

Dell Mobile Connect minimizes distractions by allowing you to make calls, send texts, get notifications, transfer files and control your phone conveniently from your Dell computer. Put your phone away and use it through your computer's screen, touch, mouse or keyboard! Instructions: ' Download and install the main Dell Mobile Connect application on your Windows 10 Dell PC (if not already installed. available on the Microsoft Store). ' Download the Dell Mobile Connect companion app from either the Android store or the Apple App store. ' Launch Dell Mobile Connect and follow the on-screen prompts. It's that easy! System Requirements: ' A 2018 or newer Dell system with Windows 10. ' Android 6 and above, iOS 11 and above. ' The Dell Mobile Connect phone app (available on the Android Store and Apple app store). NOTE: We're continuously adding support for additional Android phones. Upgrade Dell Mobile Connect to get the latest capabilities on your device. Support: For installation or other questions, please contact Dell support at www.dell.com/support Support: For installation or other questions, please contact Dell support at www.dell.com/support

Sumber : Amanz
Microsoft