Wednesday, 25 March 2020

Banyak Dosa Tetapi Selalu Hadir Majlis Ilmu

::- BANYAK DOSA TETAPI SELALU HADIR MAJLIS ILMU ::-

Biar tulisan ini menjadi pengubat hati mereka yang berkali-kali melakukan dosa. Walau sudah puas menahan diri, namun tetap tersungkur lagi.

Jangan bimbang, kerana rahmat Allah SWT itu mengatasi segala-galanya. Saya bawakan potongan hadith dibawah ini :

قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ فَأَعْطَيْتُهُمْ مَا سَأَلُوا ، وَأَجَرْتُهُمْ مِمَّا اسْتَجَارُوا . قَالَ : فَيَقُولُونَ : رَبِّ فِيهِمْ فُلَانٌ عَبْدٌ خَطَّاءٌ إِنَّمَا مَرَّ فَجَلَسَ مَعَهُمْ . فَيَقُولُ : وَلَهُ غَفَرْتُ ، هُمْ الْقَوْمُ لَا يَشْقَى بِهِمْ جَلِيسُهُمْ

“ Sungguh Aku telah mengampunkan mereka, Aku akan berikan apa yang mereka minta selama ini, dan Aku bebaskan mereka dari api neraka Aku. Malaikat langsung bertanya : Wahai Tuhan, bagaimana jika ada kalangan mereka yang banyak dosa tetapi dia selalu datang ke majlis ilmu ? Lalu Allah SWT menjawab : Aku telah ampunkan dia, dia pasti tidak akan dihampakan “

Lihat ! Ganjaran yang besar menanti mereka yang selalu melazimi majlis ilmu. Walaupun diri terkadang terpalit dengan dosa, namun kerana keberkatan majlis ilmu, mereka ini juga mendapat keampunan Allah SWT.

Hadirilah majlis-majlis ilmu kerana disitu terdapat keampunan.

A.Fathy

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita

Kredit #Amir Fathy

No comments:

Post a Comment