Wednesday 25 March 2020

Buatlah Semuanya Kerana Allah

Buatlah Semuanya Kerana Allah


Ingat lagi pesanan MMAY :

Jika kita memberi pertolongan/sumbangan kerana mengharapkan pujaan dan penghargaan makhluk, maka selamanya kita akan penat.

Lalu mulalah menghamburkan kata-kata ungkitan, kata-kata penuh hinaan dan kekecewaan atas ketidak-adilan yang dilakukan oleh manusia.

Lebih teruk lagi, sampai menghina dan meremehkan mereka yang pernah kita bantu dahulu. Langsung lupa akan pesanan al-Quran dan kalam nabawi.

Ingatlah! Pujian semuanya milik Allah SWT. Beribadah bukan kerana habuan dunia, tetapi kerana mencari redha Allah SWT.

Hati pasti akan lebih tenang dan damai.

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita

Kredit #Amir Fathy

No comments:

Post a Comment