Friday, 7 April 2023

Islam Adalah Agama Ilmu Dan Bukan Hanya Agama Sentimen Atau Semangat!


Islam Adalah Agama Ilmu Dan Bukan Hanya Agama Sentimen Atau Semangat!

BUANG DUNIA...CARI AKHIRAT SAHAJA?


Pernah anak saudara (Budak Sains) masuk Matrikulasi Sains lepas SPM. Semasa di sana dia mengikuti satu usrah dakwah. Lepas balik cuti dia jadi pening dan mahu meninggalkan dunia kerana abang2 usrah dakwahnya mengatakan YANG PENTING CUMA ILMU AGAMA. Ilmu dunia seperti SAINS, MATEMATIK tak penting. Saya andaikan beberapa perkara untuk berbaik sangka:


1) Abang usrahnya cakap benda benar, cuma cara penyampaiannya kurang tepat sehingga anak saudara saya silap faham. Atau anak saudara saya salah faham maksud abang2 usrahnya.


2) Abang usrahnya begitu bersemangat dengan penghayatan Islam tapi kurang bimbingan yang benar daripada ilmuwan Islam. Lalu dibakulkan semua ilmu selain ilmu agama sebagai sekular dan perlu dipinggirkan.


Apa jawapan saya pada anak saudara? Ini beberapa contohnya;

Pemuda Yang Mencari Erti Sebenar Kehidupan : Buku The Alchemist


Pemuda Yang Mencari Erti Sebenar Kehidupan : Buku The Alchemist 

Tidak ingat bila kali pertama membaca karya Paulo Coelho, tapi yang pastinya saya tidak memulakan bacaan karyanya dengan The Alchemist. 


Ternyata The Alchemist memberikan satu pengalaman yang cukup berbeza buat saya selaku pembaca yang jarang sekali membaca fiksyen bahasa Inggeris. 


Dan, saya berani mengatakan karya ini memberi tamparan yang hebat kepada saya dalam usaha mencari makna diri. 


Teringat pesan saudara Kiridaren Jayakumar apabila beliau mencadangkan buku ini untuk dibaca, 


“Baca The Alchemist akan membuatkan anda jatuh cinta untuk terus mencari dan membaca karya-karya Paulo Coelho.”


Saya mengaku. Saya tak sabar “bertemu” dengan karya Paulo Coelho yang lain. 


Baiklah, 


Karya ini menceritakan tentang perjalanan seorang pemuda yang sedang mencari erti sebenar kehidupan. 


Sepanjang perjalanannya, dia merasai pelbagai pengalaman seperti menjadi pengembala kambing, pembantu kedai kristal, pengembara dan sebagainya. 


Pengalaman yang dilaluinya ini tidaklah sekadar berjalan kosong saja, tetapi penuh dengan penaakulan mengenal diri dan alam. 


Santiago yang diceritakan oleh Paulo Coelho digambarkan sebagai seorang pemuda yang berfikir dan berani menempuh cabaran. 

Golongan Baik Dan Golongan Buruk


𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐑𝐔𝐊


𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚


Berkaitan amalan baik dan buruk, terdapat dua golongan manusia. Golongan pertama, mereka yang memenuhi kehidupan dengan perkara-perkara yang soleh. Mereka juga suka kepada kesolehan. Zahir pada cara hidup mereka ciri-ciri orang baik dan menyukai kebaikan. Zahir pada ucapan dan tindakan mereka kebaikan dan mencintai kebaikan. Golongan ini kita menilai sebagai golongan yang baik dan soleh. Ini tidaklah bererti tiada perkara negatif dan dosa dalam hidup mereka. Semua anak Adam itu pendosa. Namun, secara perbandingan yang zahir, kesolehan mendominasi hidup mereka dan mengatasi kejahatan. 


Golongan ini, jika kita ketahui atau berpengalaman dengan kesalahan dan sifat negatif mereka, maka anggap itu kekurangan yang ada pada setiap insan. Diri kita juga sama, bahkan mungkin lebih buruk. Maka, ruang untuk bersangka baik dan memaafkan kesilapan mereka itu hendaklah begitu luas dan mudah. Ini kerana kita tahu, dosa bukanlah kecenderungan mereka. Janganlah kita besar-besarkan kesilapan yang jarang berlaku itu seakan mereka itu golongan yang jahat.


𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚


Golongan kedua pula merupakan golongan yang telah menghiasi kehidupan mereka dengan keburukan dan kezaliman. Perkara-perkara negatif itu membanjiri kehidupan mereka dan mengatasi nilai-nilai baik seorang insan. Golongan ini merupakan golongan fussaq atau orang yang jahat. Ini tidak menafikan untuk kadang-kala terjadi perkara positif yang bukan hasrat asal mereka. Golongan ini kita perlu berhati-hati dan berwaspada terhadap mereka. Ruang kemaafan atas kesalahan jika diberikan, hendaklah juga dinilai dengan hukuman pengajaran agar tidak berulang. Janganlah kita biarkan orangramai tertipu dengan kebaikan yang janggal itu sehingga ada yang menjadi mangsa kezaliman yang sering menguasai mereka.


Pun begitu, kita hendaklah sentiasa sedar bahawa rahmat ALLAH itu sentiasa luas. Pintu taubat dan kembali kepada keampunanNYA sentiasa terbuka untuk semua. Boleh jadi orang yang buruk semalam baik pada hari ini. Boleh jadi juga sebaliknya. Namun, ketika berurusan sesama manusia di dunia ini, faktor dominasi baik dan buruk dan realiti yang disaksikan hendaklah diambil kira sebagai langkah berjaga-jaga.


Kredit 

#drmaza

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Friday, 24 March 2023

Siang Menolakmu Kepada Malam, Malam Pula Menolakmu Kepada Siang Sehinggalah Engkau Bertemu Dengan Kematian


Siang Menolakmu Kepada Malam, Malam Pula Menolakmu Kepada Siang Sehinggalah Engkau Bertemu Dengan Kematian

Kita hamba perlu ada satu ibadah khusus yang tidak diketahui oleh sesiapapun kecuali kita dan Tuhan.

Sebagai persediaan kalau-kalau diakhirat kelak, semua amalan kita tidak diterima kerana riak dan sombong ( Nauzubillah ). Dan kemungkinan ibadah khusus itulah yang akan menyelamatkan kita dari api neraka Allah.


Kredit 

#AmirFathy 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Ajaran Sesat Sama Ada Klasik @ Moden Semuanya ANTI SUNNAH/HADIS


Ajaran Sesat Sama Ada Klasik @ Moden Semuanya ANTI SUNNAH/HADIS

Ajaran sesat


1. Isu yang evergreen sentiasa tenggelam  timbul dlm media


2. Berdasarkan kajian & sedikit pengalaman,  teras semua ajaran sesat adalah ANTI SUNNAH/HADIS tapi KONONNYA terima al-Quran


3. Ajaran sesat sama ada klasik @ moden semuanya ANTI SUNNAH/HADIS


4. Drpd Ayah pin, Kahar Ahmad, Kasim Ahmad, Qadiyani,  Ahmad laksamana, Taslim, Crypto, Lepat, Syiah, Ibu yati, Irsyad Manji, Islam liberal dll semuanya menolak SUNNAH/HADIS sebagai sumber hukum


5. Faktor utama mereka menolak SUNNAH/HADIS adalah supaya ruang diberikan seluas-luasnya kpd akal & nafsu utk mentakwil al-Quran & ajaran Islam sesuka hati mereka


6. Kalaupun kadangkala mereka tidak menafikan Rasulullah, tetapi fungsi SUNNAH/HADIS sebagai penjelas, penerang, pentafsir, pentakhsis yg umum, pengikat yg mutlaq dll dinafikan


7. Jika sumber hukum tertinggi selepas al-Quran iaitu SUNNAH/HADIS pun ditolak, apatah lagi sumber-sumber hukum lain & segala disiplinnya spt Ulum Quran, Ulum Hadith, Usul Fiqh dll, semuanya ditolak mentah-mentah tanpa ragu


8. Kerana itu golongan yang haq & benar itu disebutkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Iaitu mereka yg berpegang teguh dengan SUNNAH/HADIS Rasulullah SAW, para sahabat & mereka yg mengikut mereka drpd kalangan salaf & khalaf dgn disiplin ilmu hingga ke hari qiyamah. 


Wallahu a’lam.


Kredit

#UstazAizamMasud

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Bagaimana Nak Tambah Iman Kepada Allah?


Bagaimana nak tambah Iman kepada Allah?

Ini bab aqidah


Disampaikan dalam bentuk yang mudah...


Perkara begini patut ada dalam silibus pengajian anak-anak kita!


Kredit

#UstazEmranAhmad

#MfrstudioIbnmukhtar

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

Perkahwinan, Kunci Kebahagiaan Ialah Iman Dan Taqwa Kepada Allah


Perkahwinan, Kunci Kebahagiaan Ialah Iman Dan Taqwa Kepada Allah

Perkahwinan


Poligami atau tidak, gagal atau berjaya perkahwinan ialah rezeki daripada Allah.


Penjahat dan pemakan rasuah yang paling keji pun silap-silap boleh kekal perkahwinan mereka.


Ustaz dan agamawan yang paling baik pula boleh bercerai berai...


Tetapi Allah Maha Adil, Dia sediakan panduan untuk kita mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, bukan kahwin sekadar untuk hidup bersama.


Bahagia bukan gembira.


Gembira tidak semestinya bahagia.


Gembira maksudnya seronok. 


Bahagia ialah ketenangan hati dan jiwa.


Kunci seronok dan gembira ialah duit dan kekayaan.


Ada duit dan kaya barulah seronok dan gembira.


Tetapi kunci kebahagiaan bukan duit dan kekayaan.


Kunci kebahagiaan ialah Iman dan taqwa kepada Allah.


Sebab itu rumahtangga Nabi salallahualaihiwassalam miskin, tidak kaya tetapi bahagia.


Realiti rumahtangga hari ini berkisar soal gembira atau tidak, seronok atau sedih, duit tidak cukup, nafkah tidak diberi, nafkah tidak cukup, duit itu dan duit ini.


Sejak daripada mula berkahwin, kena keluar duit biayai hantaran, mas kahwin, belanja itu ini sehinggalah selepas bercerai kena tanggung harta sepencarian, nafkah tertunggak, tuntutan belanja itu ini.


Kiranya perkahwinan adalah soal duit dan biaya.


Jangan bernikah jika tiada duit.


Ianya bukan lagi ibadah yang mahu didirikan secara kerjasama oleh seorang lelaki dan wanita yang beriman. 


Disaksikan oleh orang yang beriman.


Ianya bukan lagi akad orang beriman untuk menghalalkan hubungan agar tidak berzina, supaya masing-masing dapat memainkan peranan sebagai suami dan isteri, bapa dan ibu bagi melahirkan generasi orang beriman.


Ianya adalah kini adalah akad syarikat perniagaan yang mementingkan untung dan rugi. Jika untung dan mengembirakan maka perkahwinan diteruskan dan jika rugi dan tidak gembira maka perkahwinan ditamatkan.


Orang tidak lagi berkata saya perlu ilmu dan Iman untuk membina rumahtangga tetapi saya perlu wang dan harta untuk berkahwin.


Ramai orang masuk ke dalam rumahtangga mencari seronok.


Namun mereka kerap keluar kerana tidak menemuinya atau apabila sudah kehilangannya.


Lahirlah generasi 'masuk, cari, selak sana sini, tidak jumpa, lalu keluar.'


Hilang sudah generasi, 'Masuk, tanam, siram, tunggu, tuai dan menjadi teladan buat yang kemudian.'


Kredit

#UstazEmranAhmad

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme