Saturday 28 May 2016

Mentaliti Masyarakat Melayu Tentang Anjing

Mindset Masyarakat melayu about DOG...

{Pegang anjing boleh jadi kafir}

{Bela anjing boleh jadi kafir}

Kisah Ustaz Rasul Dahri Dilabel Kafir

"Saya bela anjing untuk menjaga rumah kerana banyak sangat pencuri"
"Saya ambil daripada kecil bila dah besar dia jinak"
"Anjing ni suka menjilat (muka) , mengampu makanya kata orang indonesia pengampu tu penjilat...Dium
pamakan seperti anjing sebab anjing suka menjilat"
"Bila saya tak balik lama lagi anjing tu jilat sbb lama xjumpa"
"Takkanlah saya nak ambil air tanah siram muka saya (sambil senyum) "
"Satu hari anak saya ambil anjing tu dipeluk-peluknya anjing tu"
"Kemudian jiran (pekerja2 seberang) mengatakan HARAM,NAJIS "
"Saya katakan kepada mereka,tak,tak haram tak najis"
"Esok pagi dia tulis besar depan rumah saya 'KAFIR' "
"Sensitifnya orang kita dengan anjing"

Perkara yang perlu diperbaiki dan diperjelaskan

1.Pegang anjing tanpa bersuci dikira kafir
Tidak ada sebarang dalil dari quran da hadis pun yg mengatakan sentuh anjing tanpa samak / sertu boleh jadi kafir.Maka jaga2 dengan hukuman seperti kerana hukuman kafir kepada org yg belum kafir maka kekafiran itu akan terpantul semula.

Jika anjing dikatakan juga oleh masyarakat sebagai najis pun begitu sentuhnya tidak menjadikan kafir.Kalau sentuh anjing boleh jadi kafir sebab ianya najis pasti anda semua tidak boleh istinjak kerana apabila proses pembuangan berlaku pasti akan tersentuh juga najis untuk disucikan.

2.Bab memelihara anjing

a.Anjing boleh dipelihara untuk memelihara harta,menjaga rumah,dan berburu

ﺃَﻥَّ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺃَﻣَﺮَ ﺑِﻘَﺘْﻞِ ﺍﻟْﻜِﻠَﺎﺏِ ﺇِﻟَّﺎ ﻛَﻠْﺐَ ﺻَﻴْﺪٍ ﺃَﻭْ ﻛَﻠْﺐَ ﻏَﻨَﻢٍ ﺃَﻭْ ﻣَﺎﺷِﻴَﺔٍ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga hewan ternak.”
(HR. Muslim no. 1571)

Dari Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma dia berkata: Aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ﻣَﻦْ ﺍﻗْﺘَﻨَﻰ ﻛَﻠْﺒًﺎ ﺇِﻟَّﺎ ﻛَﻠْﺒًﺎ ﺿَﺎﺭِﻳًﺎ ﻟِﺼَﻴْﺪٍ ﺃَﻭْ ﻛَﻠْﺐَ ﻣَﺎﺷِﻴَﺔٍ ﻓَﺈِﻧَّﻪُ ﻳَﻨْﻘُﺺُ ﻣِﻦْ ﺃَﺟْﺮِﻩِ ﻛُﻞَّ ﻳَﻮْﻡٍ ﻗِﻴﺮَﺍﻃَﺎﻥِ
“Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.”
(HR. Al-Bukhari no. 5059 dan Muslim no. 2940)

Imam Nawawi berkata, "Diperselisihkan dalam hal memelihara anjing selain untuk tujuan yang tiga di atas, seperti untuk menjaga rumah, jalanan. Pendapat yang lebih kuat adalah dibolehkan, sebagai qiyas dari ketiga hal tersebut, karena adanya illat (alasan) yang dapat disimpulkan dalam hadits, yaitu: Keperluan
syarh Muslim, 10/236.

b.Anjing tidak boleh dibawa masuk ke dalam rumah
Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing, juga tidak memasuki rumah yang didalamnya terdapat gambar (patung)” [Hadits sahih ditakhrij oleh Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah yang semuanya dari Abu Thalhah Radhiyallahu 'anhu. Lihat Shahihul-Jami' No. 7262]
Memelihara anjing dengan tujuan untuk menjaga harta dan rumah adalah dibolehkan namun untuk membawa masuk ke dalam rumah adalah dilarang sama sekali.

3.Anjing bukan najis
ﻋَﻦْ ﺍﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﻗَﺎﻝَ ﻛَﺎﻧَﺖْ ﺍﻟْﻜِﻠَﺎﺏُ ﺗَﺒُﻮﻝُ ﻭَﺗُﻘْﺒِﻞُ ﻭَﺗُﺪْﺑِﺮُ ﻓِﻲ ﺍﻟْﻤَﺴْﺠِﺪِ ﻓِﻲ ﺯَﻣَﺎﻥِ ﺭَﺳُﻮﻝِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻓَﻠَﻢْ ﻳَﻜُﻮﻧُﻮﺍ ﻳَﺮُﺷُّﻮﻥَ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻣِﻦْ ﺫَﻟِﻚَ . ‏( ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ )
Dari Ibnu Umar, berkata: Adalah anjing-anjing kencing, datang dan pergi dalam masjid di zaman Nabi saw tetapi sahabat-sahabat tidak menyiram sedikitpun dari yang demikian itu. (HR Al-Bukhariy)

Daripada Anas bin Malik, katanya: seorang Arab badwi telah datang lalu dia kencing di satu penjuru masjid. Orang ramai menyergahnya lalu Rasulullah s.a.w melarang mereka berbuat demikian. Apabila dia selesai kencing, baginda menyuruh supaya dituangkan satu timba air di atas tempat itu. (Muttafaq ‘alayh)

Kencing siapa yang lebih najis ????
Dari Abu Hurairah: Rasulullah saw ditanya tentang telaga-telaga yang ada di antara makkah dan madinah. Ada orang berkata: sesungguhnya anjing-anjing dan binatang buas minum dari telaga itu. Sabda Nabi: bagi binatang-binatang itu apa-apa yang telah diambilnya dalam perut-perutnya, dan bagi kita apa-apa yang tersisa sebagai minuman yang suci. (HR Ad-Daraquthiy)

ﻋَﻦْ ﻋَﺪِﻱِّ ﺑْﻦِ ﺣَﺎﺗِﻢٍ ﻗَﺎﻝَ ﺳَﺄَﻟْﺖُ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲَّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗُﻠْﺖُ ﺃُﺭْﺳِﻞُ ﻛِﻠَﺎﺑِﻲ ﺍﻟْﻤُﻌَﻠَّﻤَﺔَ ﻗَﺎﻝَ ﺇِﺫَﺍ ﺃَﺭْﺳَﻠْﺖَ ﻛِﻠَﺎﺑَﻚَ ﺍﻟْﻤُﻌَﻠَّﻤَﺔَ ﻭَﺫَﻛَﺮْﺕَ ﺍﺳْﻢَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓَﺄَﻣْﺴَﻜْﻦَ ﻓَﻜُﻞْ . ‏( ﺻﺤﻴﺢ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ – ‏( ﺝ 22 / ﺹ 399 )
Dari Adi bin Hatim, ia berkata : saya bertanya kepada Nabi saw mengenai anjing-anjing yang saya pakai untuk berburu. Beliau menjawab : Apabila kamu melepaskan anjing berburumu sambil menyebut nama Allah, lalu dia mendapatkan buruan, maka makanlah. (HR Al-Bukhariy)

4.Tidak ada dalil jelas sentuh anjing kena samak/sertu badan.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

( ﻃُﻬُﻮﺭُ ﺇِﻧَﺎﺀِ ﺃﺣَﺪِﻛُﻢْ ﺇِﺫَﺍ ﻭَﻟَﻎَ ﻓِﻴﻪِ ﺍﻟﻜَﻠْﺐُ ﺃﻥْ ﻳَﻐْﺴِﻠَﻪُ ﺳَﺒْﻊَ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ ﺃُﻭﻻَﻫُﻦَّ ﺑِﺎﻟﺘُّﺮَﺍﺏِ ‏) ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ ‏( 279 (
"Sucinya bekas/bejana kalian apabila dijilat anjing, adalah dengan dibasuh sebanyak tujuh kali, basuhan pertama dengan debu." (HR. Muslim, no. 279)

Di dalam hadis ini menyebutkan bekas bukannya orang untuk disertu atau disamak.

Point 1.
Jika apa sahaja yg perlu disamak /sertu apabila dijilat anjing maka kenapa nabi s.a.w xsebutkan supaya lebih jami' dan mani' iaitu apabila anjing jilat sesuatu maka sertu/sucilah 7 kali.Nabi s.a.w hanya sebutkan bekas sahaja.

Point 2.
Nabi s.a.w sebutkan jilatan anjing,bukannya sentuhan anjing.Jilatan itu berbeza dengan sentuhan.Maka tidak ada pun larangan sentuhan nabi kepada anjing bahkan jilatan itu pula fokus nabi pada bekas bukan pada manusia.

Point 3.
Nabi s.a.w menyuruh untuk sucikan bekas itu tiada pula nabi s.a.w sebutkan kena sucikan/sertu tubuh badan orang yg kena jilatan ataupun sentuhan pada anjing.

ﻋَﻦْ ﻋَﺪِﻱِّ ﺑْﻦِ ﺣَﺎﺗِﻢٍ ﻗَﺎﻝَ ﺳَﺄَﻟْﺖُ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲَّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗُﻠْﺖُ ﺃُﺭْﺳِﻞُ ﻛِﻠَﺎﺑِﻲ ﺍﻟْﻤُﻌَﻠَّﻤَﺔَ ﻗَﺎﻝَ ﺇِﺫَﺍ ﺃَﺭْﺳَﻠْﺖَ ﻛِﻠَﺎﺑَﻚَ ﺍﻟْﻤُﻌَﻠَّﻤَﺔَ ﻭَﺫَﻛَﺮْﺕَ ﺍﺳْﻢَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓَﺄَﻣْﺴَﻜْﻦَ ﻓَﻜُﻞْ . ‏( ﺻﺤﻴﺢ ﺍﻟﺒﺨﺎﺭﻱ – ‏( ﺝ 22 / ﺹ 399 )
Dari Adi bin Hatim, ia berkata : saya bertanya kepada Nabi saw mengenai anjing-anjing yang saya pakai untuk berburu. Beliau menjawab : Apabila kamu melepaskan anjing berburumu sambil menyebut nama Allah, lalu dia mendapatkan buruan, maka makanlah. (HR Al-Bukhariy)
Kalau kamu melepas anjingmu, maka sebutlah asma' Allah atasnya, maka jika anjing itu menangkap untuk kamu dan kamu dapati dia masih hidup, maka sembelihlah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

a.Dalam hadis ini jika tidak boleh sentuh / pegang anjing kenapa nabi s.a.w sebutkan kalau kamu melepaskan anjingmu ?
Bagaimana nak lepas kalau xpegang/sentuh ? Dalam hadis ni tiada pula sebut nabi suruh sahabat pakai sarung tangan dan sebagainya.

b.Nabi s.a.w sebutkan jika ANJING itu menangkap untk kamu maka makanlah ia.
Dapatkah kita bayangkan bagaimana cara anjing itu mendapatkan mangsanya ?
Adakah dengan mendokongnya utk bawa kepada tuannya ?
Adakah dengan memeloknya ?
Adakah dengan menggendongnya ?
Jawapannya anjing akan membawa mangsa buruan dengan menggonggol atau bahasa mudahnya dengan menggunakan giginya dan mulutnya utk bawa kepada tuannya.

Di sini jelas apabila dia gonggol dgn giginya maka pasti sebarang jilatan dan air liurnya akan melekat pada haiwan yg dibawanya itu,tetapi nabi s.a.w tidak pula suruh sertu/samak haiwan tersebut malah nabi s.a.w benarkan untuk dimakan dengan syarat baca bismillah sebelum lepaskannya.
PENDAPAT IMAM MAZHAB TENTANG KENAJISAN ANJING ...

Serba sedikit tentang pendapat imam mazhab tentang anjing ini sama ada najis atau tidak?

1. Mazhab Al-Hanafiyah
Dalam mazhab ini, yang najis dari anjing hanyalah air liurnya, mulutnya dan kotorannya. Sedangkan tubuh dan bagian lainnya tidak dapat diqiyaskan (dianalogikan) sehingga tidak dapat dianggap najis. Kedudukannya sebagaimana hewan yang lainnya, bahkan umumnya anjing bermanfaat banyak buat manusia. Misalnya sebagai hewan penjaga atau pun hewan untuk berburu. Sebab dalam hadits tentang najisnya anjing, yang ditetapkan sebagai najis hanya bila anjing itu minum di suatu wadah air. Maka hanya bagian mulut dan air liurnya saja (termasuk kotorannya) yang dianggap najis.

2. Mazhab As-Syafi`iyah dan Al-Hanabilah
Kedua mazhab ini sepakat mengatakan bahwa bukan hanya air liurnya saja yang najis, tetapi seluruh tubuh anjing itu hukumnya najis berat, termasuk keringatnya. Bahkan hewan lain yang kawin dengan anjing pun ikut hukum yang sama pula. Dan untuk mensucikannya harus dengan mencucinya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah. Pendapat ini berdasarkan beberapa dalil,

Dalil pertama adalah berdasarkan kaidah qiyas:

Sabda Rasulullah S.A.W untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing. Memperhatikan lidah dan mulut merupakan anggota utama hewan dan dikategorikan sebagai najis maka sudah barang tentu anggota tubuh yang lainnya, yakni seluruh badannya – adalah najis juga. Sebab sumber air liur itu dari badannya. Maka badannya itu juga merupakan sumber najis. Termasuk air yang keluar dari tubuh itu juga, baik kencing, kotoran dan juga keringatnya.
Dalil kedua adalah berdasarkan sebuah hadis:

ﺃَﻧَّﻪ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺩُﻋِﻲَ ﺇِﻟَﻰ ﺩَﺍﺭِ ﻗَﻮْﻡٍ ﻓَﺄَﺟَﺎﺏَ ﺛُﻢَّ ﺩُﻋِﻲَ ﺇِﻟَﻰ ﺩَﺍﺭٍ ﺃُﺧْﺮَﻯ ﻓَﻠَﻢْ ﻳُﺠِﺐْ ﻓَﻘِﻴْﻞَ ﻟَﻪُ ﻓِﻰ ﺫَﻟِﻚَ ﻓَﻘَﺎﻝَ : ﺇِﻥَّ ﻓِﻰ ﺩَﺍﺭِ ﻓُﻼَﻥٍ ﻛَﻠْﺒًﺎ ﻗِﻴْﻞَ ﻟَﻪُ : ﻭَ ﺇِﻥَّ ﻓِﻰ ﺩَﺍﺭِ ﻓُﻼَﻥٍ ﻫِﺮَّﺓً , ﻓَﻘﺎَﻝَ : ﺇِﻥَّ ﺍْﻟﻬِﺮَّﺓَ ﻟَﻴْﺴَﺖْ ﺑِﻨَﺠَﺴَﺔٍ . ‏( ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺪﺍﺭﻗﻄﻨﻰ ﻭ ﺍﻟﺤﺎﻛﻢ )
Bahwa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di kala lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda, “Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu itu tidak najis.” (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny )

Dari hadits ini dapat dipahami bahwa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu najis.

3. Mazhab Al-Malikiyah
Madzhab ini menyatakan bahwa anjing tidak najis keseluruhannya. Sedangkan perintah Rasulullah S.A.W untuk membasuh bekas bejana yang diminum oleh anjing bukanlah disebabkan oleh kenajisan mulut, lidah dan air liur anjing tersebut, tetapi disebabkan ketaatan kepada Allah semata-mata (ta’abudi).

Mereka berpendapat demikian dengan merujuk kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. lainnya yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu dan tidak ada seekor anjing pemburu pun yang membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. Hewan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta`ala:

ﻳَﺴْﺄَﻟُﻮﻧَﻚَ ﻣَﺎﺫَﺍ ﺃُﺣِﻞَّ ﻟَﻬُﻢْ ﻗُﻞْ ﺃُﺣِﻞَّ ﻟَﻜُﻢُ ﺍﻟﻄَّﻴِّﺒَﺎﺕُ ﻭَﻣَﺎ ﻋَﻠَّﻤْﺘُﻢْ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﺠَﻮَﺍﺭِﺡِ ﻣُﻜَﻠِّﺒِﻴﻦَ ﺗُﻌَﻠِّﻤُﻮﻧَﻬُﻦَّ ﻣِﻤَّﺎ ﻋَﻠَّﻤَﻜُﻢُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓَﻜُﻠُﻮﺍ ﻣِﻤَّﺎ ﺃَﻣْﺴَﻜْﻦَ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺍﺫْﻛُﺮُﻭﺍ ﺍﺳْﻢَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺍﺗَّﻘُﻮﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺳَﺮِﻳﻊُ ﺍﻟْﺤِﺴَﺎﺏِ
Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?” Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu, kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu, Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepasnya). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya”. )QS. Al-Maidah: 4)

Kesimpulan :
Maka di sini jelas pendapat mazhab malik ternyata kuat dengan hujah2 nya.

Saya memberikan komentar dan penjelasan ini tanpa ada sebarang niat untuk memperkecilkan dan memperlekehkan pendapat imam syafie yg menggunakan qiyasnya itu namun ianya tertolak.Bukan beerti sy menghina dia ini kerana setiap manusia tidak boleh lari dari salah dan silapnya.

Pun begitu masyarakat kita lebih ekstreme menghukum kafir bg orang yg memelihara anjing untuk tujuan menjaga harta.Sedangkan imam syafie dan ulama syafiiyah tidak pernah menghukum kafir bagi orang yg membela anjing mahupun yg menyentuh anjing.

Diharap Mindset kita berubah selepas ini kerana saya dulunya dijajah pemikiran seperti ini kerana tidak diberikan pelaran melalui pendalilan hanya mendengar momokan so called ustaz sahaja.

January 16 at 1:21pm · Public

-Nur Puteri Dayana


3 comments:

  1. Siapa kata pegang anjing jadi kafir.jgn buat fitnah.

    ReplyDelete
  2. "Saya memberikan komentar dan penjelasan ini tanpa ada sebarang niat untuk memperkecilkan dan memperlekehkan pendapat imam syafie yg menggunakan qiyasnya itu namun ianya tertolak.Bukan beerti sy menghina dia ini kerana setiap manusia tidak boleh lari dari salah dan silapnya." Dr sini nampak bahawa you menolak ilmu imam shafie Dan mengatakan bahawa you lebih tinggi ilmu drpd imam shafie. Maaf tetapi sebelom2 imam shafie mengeluarakan hukum dia sudah kaji dgn pelbagai ilmu untuk permudah umat manusia. Ilmu Masih cetek tetapi bercakap seperti dah hafal semua kitab Islam. Nak guna mazhab Maliki silakan tetapi hormat imam shafie. Tak pernah imam shafie suruh Hina pembela anjing, itu semua umat manusia yang akal pendek Dan tidak belajar penuh. Saya pengikut imam shafie dan saya percaya anjing itu najis tetapi tidak pula saya membenci anjing.

    ReplyDelete