Sunday 18 August 2019

Kesungguhan Para Salaf Menuntut Ilmu

Kesungguhan Para Salaf Menuntut Ilmu

Perihal kesungguhan para salaf menuntut ilmu tidak dapat dinafikan memang tersangatlah jauh dari kita penuntut ilmu di zaman ini. Sangatlah jauh.

Namun kita ini hanya mampu berdoa dan bersangka baik, moga-moga Allah SWT menerima kita sebagai penuntut ilmu yang sejati. Ameen.

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah menceritakan didalam karyanya قيمة الزمن عند العلماء :

Al-Allamah Abu al-Ma’aliy al-Alusiy al-Baghdadi r.h, meninggal dunia tahun 1342 H, seorang yang sangat menjaga waktunya. Beliau tidak akan meninggalkan kelas pengajiannya walau dibakar oleh kepanasan musim panas mahupun kesejukan musim sejuk.

Anak muridnya Al-Allamah Bahjah al-Athariy menceritakan perihal gurunya itu :

“ Dulu aku pernah ponteng kelas pengajian guruku kerana cuaca yang sangat getir, anginnya kencang, hujannya sangat lebat serta jalan pula berselut. Aku menyangka guruku itu tidak hadir kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Rupanya pada keesokan hari, guruku menyindir. Katanya :

" Tidak ada kebaikan bagi orang yang dilenakan oleh musim panas dan musim sejuk “

#ApaYangAdaIniSudahHarapanKita

-Amir Fathy

No comments:

Post a Comment