Sunday 18 August 2019

Dr Zakir Naik: Bagaimana Sepatutnya Kita?

Dr Zakir Naik: Bagaimana sepatutnya kita?

Sebahagian orang terus menerus mahukan agar Dr. Zakir Naik diusir dari negara ini walau pun Perdana Menteri kita bertegas bahawa dia boleh kekal di sini, dan tidak akan menyerahkannya kepada kerajaan India, antara sebabnya ialah faktor keselamatan Dr Zakir Naik jika dihantar pulang.

Mereka jua menuduh Dr. Zakir Naik sebagai teroris, penyebar ideologi teroris. Alasan paling kelakar mereka beri misalnya, ialah kes pengeboman di Dhaka. Mereka kaitkan Dr. Zakir Naik semata-mata pengebom itu dikatakan suka tonton video Dr. Zakir Naik.

Mereka yang menuduh sedemikian wajar menonton video ini untuk melihat pandangan Dr. Zakir Naik tentang IS dan apa yang mereka lakukan.

https://m.youtube.com/watch?feature=share&v=_1H0XVjH0jo

Pelbagai isu dikenakan ke atas Dr. Zakir Naik. Daripada isu keganasan sehinggalah penggubahan wang haram/money laundering, sehingga ke tahap menggunakan Interpol. Akan tetapi pihak Interpol sendiri telah menolak kerana melihat ia tidak berasas. Boleh lihat dokumennya di sini --> https://www.facebook.com/CikguAzmiAbdHamid/posts/2249288998512886

Bukanlah Dr. Zakir Naik itu maksum. Kenyataannya baru-baru ini yang menyentuh tentang isu kesetiaan bangsa lain di Malaysia, tentang bangsa Cina di Malaysia adalah sesuatu yang tidak patut beliau lakukan. Kita sebagai seorang Muslim yang jua rakyat Malaysia perlu jelas hal ini. Apa yang kita perlu sokong, dan apa yang kita jangan panaskan lagi keadaan.

Dr. Zakir Naik pun sudah membuat penjelasan tentang kenyataan beliau bahawa Hindu di Malaysia lebih percaya Modi berbanding Tun Mahathir. Boleh baca di sini --> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10157486684594299&set=a.10150656655394299&type=3

Saya fikir, kita sebagai yang mahukan Dr. Zakir Naik di sini, tidak perlu lagi memanaskan suasana yang memang sudah panas.

Penjelasan beliau sudah cukup, dan kita jangan curah petrol lagi, kerana nak tak nak, perkataan beliau memang telah mengguris hati sebahagian rakyat Malaysia, termasuk mereka yang selama ini mungkin buat tak kisah pun pasal kehadiran beliau di Malaysia.

Saya berharap agar mereka yang rapat dengan Dr. Zakir Naik boleh sampaikan kepada beliau hal ini. Agar berhati-hati dengan kata-kata beliau. Bab Hindraf ke, apa ke, Tun M dah janji beliau boleh duduk sini. Orang Islam Malaysia pun ramai akan lawan Hindraf dan lain-lain yang asyik nak halau beliau. Jadi beliau tak perlu nak ulas hal tersebut.

Dalam masa yang sama, kita tidak perlu menumpang sekaki bersama sebahagian menteri-menteri bukan Muslim yang mendesak. Agak pelik dengan sebahagian umat Islam yang ketika Dr. Zakir Naik difitnah, ditekan, mereka tidak berbunyi. Semua krik, krik, krik je. Tiba-tiba bila Dr. Zakir Naik terlanjur cakap sesuatu yang mengguris hati bangsa Cina dan India yang bukan Islam, ada pula orang Islam, Melayu yang nak jadi hero, tumpang sekaki nak halau Dr. Zakir Naik.

Dr. Zakir Naik adalah pendakwah Islam. Beliau adalah saudara seagama kita. Hendaklah kita bersama-sama mempertahankan beliau daripada tangan-tangan kelompok kafir dan sekutu mereka yang cuba menzaliminya. Kita boleh tidak bersetuju dengan sebahagian pandangan Dr. Zakir Naik. Akan tetapi menyerahkan beliau kepada pihak yang mahu menzaliminya adalah tidak sama sekali. Kesakitan yang cuba ditimpakan oleh pihak musuh kepadanya turut menyakiti kita.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

: " الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ ،
Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya, dan tidak menyerahkannya (kepada pihak musuh). [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Mazholim, no: 2442]

عَنْ أَنَسٍ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا ‏"‏‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا، فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ ‏"‏ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ ‏"‏‏.‏
Anas radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tolonglah saudara mu yang zalim atau yang dizalimi. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, kami membantu orang yang dizalimi. Bagaimana kami boleh membantu orang yang zalim? Baginda berkata: Dengan menghalangnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Mazolim, hadis no: 2444]

Daripada An-Nu'man bin Bashir radiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى ‏"‏‏.‏
Engkau akan melihat orang-orang beriman dalam saling berkasih sayang, mencintai, dan berlaku baik antara satu sama lain seperti satu tubuh. Apabila satu bahagian tubuh sakit, maka keseluruhan tubuh akan merasai susahnya tidur dan demam.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, no: 6011].

Saya jua menyeru agar saudara seIslam saya tidak berlebihan sehingga menghina agama-agama lain dalam kuatnya semangat kita mempertahankan Dr. Zakir Naik.

وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
108. dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.
[Al-An'am:108].

Semoga kita semua dapat bersama mempertahankan saudara seIslam kita.

#MMMR - Masri Ramli

No comments:

Post a Comment