Sunday 18 August 2019

Apa Faktor Orang Melayu Anuti Fahaman Syiah?

Apa Faktor Orang Melayu Anuti Fahaman Syiah?

Antara faktor penyebab mengapa ada orang-orang Melayu yang menganuti fahaman Syiah ialah:

1) Kurang kefahaman dan kesedaran tentang ajaran Islam yang sebenar berdasarkan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Salafussoleh.

- Walaupun kefahaman tentang Islam yang sebenar belum mantap lagi dalam diri tetapi mereka dah mula mengkaji tentang fahaman lain yang diluar dari mazhab Ahli Sunnah. Hal itu menyebabkan mereka terpengaruh dengan ajaran Syiah ini. Admin sendiri pernah dimaklumkan oleh seorang syiah bahawa sebelum mengikuti Syiah mereka seorang yang malas bersolat dan leka dengan hal keduniaan tetapi setelah mendalami ajaran "ahlul bait" (baca: Syiah Sesat), kini mereka rajin menunaikan solat dan mendalami ajaran Islam (baca: Syiah Sesat).

2) Tawaran-tawaran yang menyeronokkan dan memudahkan dalam ajaran Syiah menyebabkan orang Melayu tertarik.

- Adanya Nikah Mutaah (kahwin kontrak) dalam ajaran Syiah yang mana menyebabkan orang lelaki dan perempuan boleh melakukan seks tanpa perlu bernikah dalam tempoh yang lama, telah menarik minat orang Melayu Islam lebih-lebih lagi golongan belia. Selain itu orang Melayu yang jahil juga tertarik dengan ajaran Syiah yang mengharuskan untuk menjamakkan solat setiap hari walaupun tanpa dalam keadaan Musafir atau hujan lebat.

3) Terpengaruh dengan revolusi Iran

Pada tahun 1979, Iran mengalami rovolusi dengan penukaran sistem monarki kepada republik Islam (baca: Republik Syiah). Orang-orang Melayu sekitar 80-an merasa kagum dengan revolusi tersebut dan menyangka ianya adalah satu revolusi Islam. Akhirnya mereka menghantar anak-anak untuk mengaji di Iran, maka jadilah pelajar-pelajar Melayu di sana bermazhabkan Syiah.

Apa yang admin ingin simpulkan ialah kejahilan masyarakat tentang Syiah dan manhaj Ahlussunnah wal jamaah yang menyebabkan adanya orang Melayu yang mengikuti fahaman Syiah ini. Oleh itu hendaklah setiap masyarakat Islam mendalami kefahaman Islam yang sebenar dan mengingatkan kepada orang-orang disekeliling kita tentang kesesatan Syiah. Wallahu a'lam,

-Bongkar Ajaran Sesat

No comments:

Post a Comment