Friday, 7 April 2023

Tips Dari Nabi Bagaimana Cara Ketua Memberi Arahan


Tips Dari Nabi Bagaimana Cara Ketua Memberi Arahan 

Hadis dan Bagaimana Ketua Memberi Arahan 


Kita semua sebagai ketua kecuali orang yang masih belum mumayyiz. Jika ada dalam kalangan tuan puan yang belum mumayyiz, jangan baca nota ini.


Sebagai majikan, ketua jabatan, guru, ibu bapa dan sebagainya. Kita memang memberi arahan setiap hari kepada orang bawah kita.


Majikan kepada staf, guru kepada pelajar, ibu bapa kepada anak dan seterusnya. Bagaimanakah cara kita memberi arahan kepada orang bawahan kita?


Lazimnya, ada ajaran atau rasional kita sendiri yang menganggap arahan mestilah dalam keadaan lembut dan santun. Barulah orang bawahan rasa senang hati dan rasa tidak tertekan.


Maka kita akan letak perkataan yang dikatakan 'pelembut arahan' seperti 'tolong', 'mohon', 'please' dan seumpamanya.


Nabi Muhammad Sollallahu 'Alayhi wa Sallam sentiasa memberi arahan. Bagaimana Nabi memberi arahan?


Abu Hurairah melaporkan, pada suatu hari, terdapat seorang lelaki peminum arak dibawa ke hadapan Nabi Muhammad Sollahu ‘Alayhi wa Sallam. Baginda berkata, “Pukul dia.” 


Abu Hurairah melaporkan lagi, ada sebahagian orang yang berada di situ memukul lelaki itu dengan tangan, ada yang memukul dengan selipar, dan ada yang memukul dengan baju. 


Apabila hukuman selesai dijalankan, ada seorang berkata, “Semoga Allah merendahkan kamu!” 


Mendengar kata-kata itu, Nabi Muhammad berkata, “Jangan kata begitu, kerana kamu menolong syaitan menguasai dirinya.” – Sahih al-Bukhari


Apabila memberi arahan, baginda hanya menyebut 'Pukul dia.' Bukan 'mohon pukul dia', 'tolong pukul dia'.


Apabila memberi supaya mengikuti cara baginda menunaikan solat. Baginda berkata, "Tunaikan solat sebagai mana saudara semua lihat saya melaksanakan solat."


Nabi tidak kata, "Mohon tunaikan solat sebagai mana saudara semua lihat saya melaksanakan solat, tolong ya."


Hadis lain pula, "Kamu jaga Allah, Dia akan jaga kamu..." 


Bukannya, "Tolong jaga Allah,nanti Dia akan jaga kamu..."


Apa yang perlu dijaga adalah intonasi arahan itu supaya tidak menjadi kasar. Arahan tetap akan kasar walaupun diletakkan 'pelembut arahan' tadi.


'Tolong ya, saya mahu awak kemas stor ini hari ini juga.'


Pelembut arahan ini hanya sesuai apabila melibat orang yang setaraf atau orang bawahan kepada orang atasan.


Skrip arahan yang menepati cara Nabi Muhammad itu ialah;


"Along, apabila selesai basuh pinggan, buang sampah ya."


"Tuan Salman, kira stok hari ini, kemudian hantar laporannya di meja saya."


"Kelas! Semak kerja sekolah yang cikgu bagi minggu lepas."


Bersambung...


Saifuddin Yusof 

Dari kanan! Lurus!


Kredit 

#AhmadSaifuddinYusof 

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment