Thursday 31 August 2017

Kenali Brelwi : Kelompok Sufi Melampau

[Admin]

Kenali kumpulan Brelwi dan ciri-cirinya. Kumpulan ini (berserban hijau seperti dalam gambar) telah difatwakan sesat dan menyimpang dari jalan ASWJ oleh ulama Deobandi dan juga Ahli Hadith di India/Pakistan. Mereka dikenali sebagai Kuburiyyun di sana. Rujuk kepada fatwa yg dikeluarkan oleh ulama Deoband ini:

http://wirapendang.blogspot.my/2013/11/fatwa-fatwa-ulama-mengenai-ajaran-brelwi.html?m=1

Juga satu artikel yang baik tentang latarbelakang golongan ini dan aqidah mereka.
===============================
Apakah akidah puak Barelwi?

Tarikh terbitan: 03.09.2012

Segala puji bagi Allah.

Puak Barelwi ialah kelompok Sufi yang melampau. Muncul di benua kecil Indo-Pakistan di bandar Bareilly, negeri India di Uttar Pradesh pada zaman kolonial British.

Prinsip asas kesesatan mereka adalah dengan mengagungkan Rasulullah dan kerabatnya secara melampau. Menokok tambah amalan, permusuhan terhadap Ahli Sunnah, dan menyimpangkan masyarakat daripada berjihad kerana Allah.

Pengasas puak ini ialah Ahmad Reza Khan Taqiy Ali Khan, ia menggelarkan dirinya sebagai Abdul Mustafa.

Dia merupakan salah satu ekstrimis yang sesat dan sering mengatakan, "Apabila kamu buntu, mintalah bantuan penghuni kubur".

Perbuatan melampaunya berkenaan Rasulullah SAW, dia pernah berkata, "Rasulullah SAW mengawal segenap penjuru, bagindalah Raja Bumi dan Manusia".

Dan dia juga berkata, "Ya Muhammad, aku tidak mengatakan bahawa kau ialah Allah, dan aku tidak dapat membezakan antara kau dan Dia (Allah). Dialah yang mengadili urusanmu, dan Dia sajalah yang mengetahui dirimu yang sebenar".

Dan dia juga berkata, "Rasulullah ialah cahaya daripada Cahaya Allah, dan semua makhluk tercipta daripada cahayanya".

Salah seorang pemimpin mereka iaitu Amjad Ali berkata, "Nabi SAW ialah khalifah Allah dengan hak yang sempurna, dan seluruh alam semesta adalah di bawah kekuasaannya (Nabi). Maka, baginda melakukan apa saja yang ia suka, mengambil apa yang ia mahu, dan tiada sesiapa di alam ini yang mampu mengubah pemerintahan baginda. Bagindalah raja sekalian manusia, dan mereka yang tidak mendaulatkan baginda akan dihalang daripada kemanisan sunnah".

Dan katanya lagi, "Mereka yang menafikan tawasul terhadap para Nabi dan wali dari kubur, maka mereka adalah pembidaah".

Ahmad Yar Khan (salah seorang syeikh mereka) berkata, "Syariat bermaksud seseorang yang hadir serta melihat (hal ini ditujukan kpd Rasulullah), yang dikuatkan dengan kuasa suci, yang mampu melihat dunia seperti melihat tapak tangannya, yang mampu mendengar suara dari jauh mahupun dekat. Yang mampu keliling dunia dengan sekejap. Yang menolong kepada mereka yang meminta, dan menyahut seruan penyeru".

Mereka sering membina binaan atas kubur, memasang lilin dan lampu di dalamnya. Menyediakan korban bagi memenuhi nazar, mencari berkat daripada mereka (penghuni kubur), menyambut perayaan untuk mereka, menebarkan bungaan, ros, dan kain ke atas mereka (kubur). Serta memasang langsir disekelilingnya, dan menyuruh pengikutnya bertawaf keliling batu nisan untuk mengambil berkat".

Lihat: al-Kashf'an Haqeeqat as-Sufiyyah (1/350); as-Sufiyah: Nash'atuha wa Tatawwuruha (ms. 62); al-Mawsoo'ah al-Muyassarah fi'l-Adyaan wa'l-Madhaaib wa'l-Ahzaab al-Mu'aasirah (ms. 302-306)

Lihat juga jawapan bagi soalan no. 1487

Ulama Ahli Jawatankuasa Fatwa pernah ditanya:

Terdapat beberapa puak di Pakistan yang digelar Barelwi atau Nawari, dinamakan sempena ketua terkini mereka iaitu Nawari. Saya ingin bertanya perihal hukum syariat terhadap kepercayaan mereka, dan hukum solat berimamkan mereka, agar fikiran saya tenang serta orang awam mengetahui diri mereka yang sebenarya. Tambahan lagi, saya ingin bertanyakan sesetengah kepercayaan mistik mereka yang mula tersebar:

1. Mempercayai bahawa Rasulullah masih hidup.

2. Mempercayai bahawa Rasulullah hadir dan mampu melihat perkara yang sedang berlaku, terutama sekali selepas solat Jumaat.

3. Mempercayai bahawa Rasulullah mesti akan memberikan mereka syafaat.

4. Mereka mempercayai para wali dan penghuni kubur, dan bersolat di sisi kubur lalu meminta pertolongan pada mereka.

5. Mereka membina kubah atas kubur serta memasang lampu padanya.

6. Mereka sering mengucapkan, "Ya Rasul, Ya Muhammad!"

7. Mereka memarahi orang yang mengucapkan amin secara kuat sambil mengangkat tangan semasa berdoa, dan mereka akan melabelkannya sebagai Wahabi.

8. Mereka akan berasa pelik apabila kayu sugi digunakan sebelum solat.

9. Mereka mencium jari mereka semasa berwuduk, ketika azan, dan selepas solat.

10. Imam mereka sering membaca ayat berikut selepas solat:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ

"Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi..." [al-Ahzab(33): 56]

Kemudian mereka berselawat kepada Nabi secara kuat dan serentak.

11. Selepas solat Jumaat mereka berkumpul secara bulatan, berdiri sambil melantunkan syair pujian Nabi secara kuat.

12. Selepas habis bacaan Quran dalam solat Tarawih semasa Ramadan, mereka akan menjamu makanan yang banyak serta mengedarkan makanan dan gula-gula di hadapan masjid.

13. Mereka membina masjid dan menghiasnya secara berlebihan, dan menulis pada mihrab "Ya Muhammad".

14. Mereka menyangka mereka Ahli Sunnah, dan menyesatkan orang yang tidak sehaluan.

Jadi, apakah hukum solat di belakang (berimamkan) mereka?

Mereka (ahli fatwa) membalas:

Adalah tidak dibenarkan untuk solat di belakang orang seperti itu. Mereka yang mengetahui statusnya tetapi masih solat di belakangnya, maka solat tidak sah. Hal ini kerana ciri-ciri mereka adalah sama seperti orang kafir dan ahli bidaah, dan bertentangan dengan Tauhid yang diajarkannya melalui Rasul dan Kitab. Hal ini juga bertentangan dengan firman Allah:

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ

"Sesungguhnya kau (Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati". [az-Zumar(39): 30]

وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

"Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah untuk Allah, maka janganlah seru (sembah) sesuatu bersama-sama Allah". [al-Jin(71): 18]

Bidaah yang mereka lakukan perlulah dikecam dengam cara yang lembut. Jika mereka menerimanya, maka bersyukurlah kepada Allah. Jika mereka menolaknya, maka jauhilah mereka dan bersolatlah di masjid Ahli Sunnah. Kita memiliki contoh Khalil ar-Rahman (Nabi Ibrahim), seperti firman-Nya:

وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُو رَبِّي عَسَىٰ أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّا

" Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan beribadat kepada Tuhanku, mudah-mudahan doaku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa". [Maryam(19): 48]

Tamat sudah daripada Fataawa al-Lajnah ad-Daa'imah, 2/396-398

Syeikh Ibn Utsaimin rahimahullah pernah ditanya: Apakah hukum bersolat di belakang imam yang berfahaman Barelwi, yang mempercayai bahawa Rasulullah SAW masih hidup dan boleh melihat kita?

Beliau (Ibn Utsaimin) menjawab: Jika mereka berfahaman sebegitu, maka mereka telah terkeluar daripada ijmak, dan jika mereka meminta tolong kepadanya (Rasulullah), maka ia telah syirik. Oleh itu, tidak dibenarkan untuk solat di belakang mereka. Tamat kalam.

Thamaraat at-Tadween, ms. 8

Allahu'alam

Sumber: https://islamqa.info/en/150265

Kredit terjemahan : Saudara Nazmi

Kredit : Page Maulana Asri Yusoff


No comments:

Post a Comment