Thursday 4 February 2021

Syurga Dimasuki Oleh Orang Berhati Burung


Syurga Dimasuki Oleh Orang Berhati Burung

 حديث أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي ﷺ قال: يدخل الجنةَ أقوامٌ أفئدتهم مثل أفئدة الطير ( رواه مسلم) 

" Akan masuk ke dalam Syurga, orang-orang yang hatinya bagaikan hati burung “ 

Apa yang dimaksudkan dengan orang yang hatinya bagaikan hati burung ? 

1- Jika diperhatikan, antara haiwan yang paling penakut adalah burung. Pantang sahaja melihat kelibat manusia, ataupun dihugah oleh manusia, burung pasti akan lari dan terbang pergi. 

Manusia pula yang mempunyai sifat takut sebegitu, takut bila mendengar azab-azab Allah SWT, mereka langsung menjauh dan lari dari melakukan dosa yang mengundang kemarahan Allah SWT. 

Imam Nawawi di dalam Syarh-nya menyebutkan : 

“ Seperti ketakutan para salafus soleh, apabila disebut sahaja nama Allah SWT, terus pengsan kerana takut. Disebut sahaja tentang azab Allah SWT, rebah dan mati “ . Allahuakbar. 

2- Pendapat yang kedua pula mengatakan tawakkal sebagaimana tawakkalnya burung. Seekor burung berpagian keluar dari sarangnya berusaha mencari rezeki. 

Maka begitulah hati orang mukmin yang dijanjikan Syurga, mereka selalu berusaha mencari rezeki yang telah dihidangkan oleh Allah SWT di alam ini. Tidak mereka berputus asa, tidak pula mereka merasa malas untuk bekerja. 

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua dalam kehidupan ini dan jadikan kita termasuk dalam kalangan mereka yang berhati bagaikan hati burung. Ameeen. 

- Sahih Muslim, Bab : Berkekalannya Nikmat Ahli Syurga.

Kredit 

#AmirFathy

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 

Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment