Rahmat disebalik kesedihan dan kesusahan..melihat semua ini dengan hati...
Siapa tahu?
Setelah kita banyak menangis depan Allah di waktu malam hari. Allah akan hadiahkan kita kebaikan dan rahmat yang mencurah-curah keesokan hari..
Siapa tahu?
Anak paling nakal rupanya Allah nak dia mendapat didikan dan doa dan tangisan dari ibubapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya. Bila besar dia yang paling kuat menjaga makayah. Paling banyak buat kebaikan.Paling banyak mendoakannya dan hadiahkan pahala buat ibubapanya.
Siapa tahu?
Lambat kahwin rupanya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenarnya..
Siapa tahu?
Lambat dapat anak rupanya bakal Daie besar..
Siapa sedar?
Ada orang ditakdirkan tiada anak tapi seperti ada ribuan anak dalam dunia ini...mereka suami isteri menjadi sibuk membangunkan manusia seluruh dunia..
Siapa sangka?
Gagal dalam peperiksaan banyak kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat..
Siapa sangka?
Setiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti..
Siapa sedar?
Dalam kemiskinan dan kesusahan mereka menikmati nikmat tidur yang lena dan menikmati walau nasi dengan kuah sahaja.
Siapa perasan?
Orang yang tidak dipandang dan dihina. Tak kawan dengan raja atau orang besar. Tak pandai hidup berkabel dan meminta. Hidupnya lebih mudah untuk ikhlas dan berjaya kemudian hari. Kerana hidupnya hanya untuk Allah. Benar-benar berjaya kerana hatinya hanya bergantung pada Allah dan kuat berusaha.
Siapa sangka?
Kehilangan orang tersayang membuat kita belajar rindu kehidupan syurga dan menghargai keluarga yang berada disisi. Kerana manusia akan lebih menghargai saat kita kehilangan..
Paling mulia?
Tidak dikenali didunia, tidak dipandang didunia, orang biasa sahaja tapi dikenali disisi penghuni langit. Amat disayangi Allah. Tanah merinduinya. Dia orang baik jujur amanah dalam hidup. Syurga Firdaus menantinya..dia siapkan syurga buat ibubapanya dan keluarganya. Dia bawa ramai manusia untuk masuk syurga..
Bersyukurlah itulah rahsia bahagia dalam hidup ini. Ya Allah terima kasih atas segala nikmatmu dalam hidup ini yang tidak pernah berhenti-henti-
-Ustaz Ebit Lew
Wednesday, 24 February 2016
Rahmat Disebalik Kesedihan & Kesusahan
Location:
Kota Bharu, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment