Lelaki yang membunuh 99 manusia.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ
Daripada Abu Sa'id al-Khudri radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
" كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا
Pada zaman sebelum kamu terdapat seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang.
فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَاهِبٍ
Beliau bertanya tentang manusia yang paling berilmu di dunia ini, lalu beliau diberitahu tentang seorang rahib.
فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَهَلْ لَهُ مِنَ تَوْبَةٍ
Lelaki itu pergi kepada rahib tersebut lalu menyatakan bahawa dia telah membunuh 99 orang. Adakah masih wujud taubat untuknya?
فَقَالَ لاَ . فَقَتَلَهُ فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً
Rahib itu menjawab: Tidak. Lalu lelaki itu membunuh rahib tersebut dan menggenapkan mangsanya menjadi 100 orang.
ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ عَالِمٍ
Kemudia beliau bertanya lagi tentang manusia yang paling berilmu di dunia ini, lalu beliau diberitahu tentang seorang yang alim.
فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ مِائَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ
Beliau menyatakan kepada alim tadi bahawa dia telah membunuh 100 orang. Adakah masih wujud taubat untuknya?
فَقَالَ نَعَمْ وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ انْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا وَكَذَا
Lelaki alim itu menjawab: Ya. Apa yang dapat menghalang antara engkau dan taubat? Pergilah ke tempat tertentu.
فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا يَعْبُدُونَ اللَّهَ فَاعْبُدِ اللَّهَ مَعَهُمْ وَلاَ تَرْجِعْ إِلَى أَرْضِكَ فَإِنَّهَا أَرْضُ سَوْءٍ .
Sesungguhnya penduduk di sana menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama-sama mereka. Jangan kau pulang ke tempat engkau. Sesungguhnya ia tempat yang tidak elok.
فَانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ
Lelaki itu pun bertolak sehingga separuh perjalanan, lalu dia meninggal dunia. Malaikat rahmat dan malaikat azab bertengkar tentang lelaki ini.
فَقَالَتْ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلاً بِقَلْبِهِ إِلَى اللَّهِ . وَقَالَتْ مَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْ خَيْرًا قَطُّ .
Malaikat rahmat berkata: Lelaki ini telah datang dalam keadaan benar-benar bertaubat kepada Allah di dalam hatinya. Malaikat azab pula berkata: Sesungguhnya dia tidak pernah langsung melakukan kebaikan.
فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ فِي صُورَةِ آدَمِيٍّ فَجَعَلُوهُ بَيْنَهُمْ فَقَالَ قِيسُوا مَا بَيْنَ الأَرْضَيْنِ فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ أَدْنَى فَهُوَ لَهُ .
Lalu datang kepada mereka satu malaikat dalam bentuk manusia untuk memutuskan hal tersebut. Dia berkata: Ukurlah antara dua tempat ini. Mana satu yang dia lebih dekat kepadanya, maka dia adalah milik tempat tersebut.
فَقَاسُوهُ فَوَجَدُوهُ أَدْنَى إِلَى الأَرْضِ الَّتِي أَرَادَ فَقَبَضَتْهُ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ "
Lalu mereka mengukur jarak dan mendapati dia lebih dekat ke tempat yang ingin dituju. Lalu malaikat rahmat mengambil lelaki itu.
[Sahih Muslim, Kitab at-Taubah, hadis no: 2766]
Faedah hadis:
1- Wajibnya bertaubat daripada segala dosa.
2- Allah menerima taubat walau sebesar manapun dosa tersebut.
3- Hendaklah mencari persekitaran yang bagus agar memudahkan bertaubat. Ini kerana persekitaran yang mempunyai masyarakat yang rosak akan memberatkan seseorang untuk bertaubat.
4- Orang yang berilmu akan memberi manfaat kepada orang lain, berbanding orang yang tidak berilmu yang akan menyebabkan kerosakan.
Wallahua'lam.
| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my | www.telegram.me/AlkahfiServices |
Sunday, 21 February 2016
Kisah Lelaki yang membunuh 99 manusia
Location:
Ketereh, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment