Friday, 5 February 2016

Kisah Tukang Gunting Yg Ragu dengan Kewujudan Allah

Seorang lelaki datang ke kedai gunting untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus

LELAKI TU
RAMBUTNYA PANJANG
NAMPAK TAK SENONOH
PAKCIK TU PULA
MISAINYA TAK TERURUS

Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita Macam macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian

Tiba tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat
“Tuhan ni wujud ke?”

Tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara?

Manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita di sana berperang di sini berperang Asyik bergaduh saja di mana mana”

Adu si penggunting rambut.

"Lihat di negara kita Sana sini buang bayi, Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar
Masalah sosial lagi Rasuah lagi. Teruklah”
Sambungnya lagi dengan menyatakan kekesalan

“Tuhan tu ada”

Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman saja?

Kan senang”

Ujar si penggunting rambut yang umurnya 40an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki lelaki remaja di sana, Dan pakcik tua di seberang jalan yang sedang duduk tu?”

Tanya lelaki itu

“Ya, saya nampak Kenapa?”

Si penggunting rambut bertanya kembali
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya nampak macam tak terurus. Setuju tak?”

Lelaki itu meminta pandangan

“Ya, betul. Saya setuju” Si penggunting rambut mengiakan sambil mengangguk
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting tiada kah?”

Tiba tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak.. Bukan sebab tu ni saya ada ni” Si penggunting rambut menafikan
“Habis tu kenapa lelaki lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?”

Lelaki tersebut bertanya kembali

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut mereka tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.”

Jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan kita Allah tetap ada.

Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada.

Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan”

Kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Merekalah yang telah mengabaikan perintah Allah, Allah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga kitabNYA al-Quran

Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera.

Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe.”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi?”
Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti tak pasal pasal saya kena nant. hehe..
Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya”

Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga..
SESUNGGUHNYA

ALLAH MAHA MELIHAT
MAHA MENDENGAR LAGI
MAHA MENGETAHUI

Apa yang kita dengar dapat kita amalkan kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar


No comments:

Post a Comment