Tuesday 1 March 2016

Tips Keluar Shopping Bersama Isteri

Tips Keluar Shopping Bersama Isteri.

Apabila isteri tanya, “Cantik tak bang?"

Jangan cakap, 'Tak cantik', 'Hodoh', 'Buruk' dan seumpamanya.

Kata-kata itu boleh mengguris hati isteri. Ada kemungkinan langsung dia letak dan berkata, “Lain kalilah kita datang."

Jangan pula respon, “Ikut awaklah yang mana berkenan."

Isteri mahu komen suami yang mahu dilihat cantik di mata suami. Dia mahu pendapat suaminya.

Jawab begini,

“Warna itu mungkin kurang sesuai. Nanti susah nak matching dengan tudung."

"Kain itu nampak nipis, kurang elok."

"Kalau awak pakai, nanti nampak seperti Mak Teh di kampung. Warna orang-orang tua." (nada bergurau).

"Warna ini sesuai untuk saya. Bukan untuk awak." (nada bergurau)

Nabi Muhammad kata wanita itu ibarat botol kaca. Hati-hati, nanti mudah pecah.

- Ust Saifuddin Yusof


No comments:

Post a Comment