Kejayaan wanita bukanlah isteri solehah tetapi WANITA SOLEHAH.
Tidak semestinya menjadi isteri atau pernah menjadi isteri (janda dan balu) untuk menuju kejayaan. Wanita tidak berkahwin juga boleh menjadi wanita yang berjaya di sisi Allah.
Lihatlah ibu Nabi Isa as. Ibu Nabi Isa as adalah antara 4 wanita terbaik dan berjaya di seluruh alam semesta.
p/s : Wanita terbaik seluruh alam semesta (dunia dan akhirat) berdasarkan ujian masing-masing;
1. Asiyah binti Muzahim, isteri Firaun.
2. Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa as yang melahirkan TANPA SUAMI.
3. Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasul Allah.
4. Fatimah binti Muhammad صلى الله عليه و سلم. Anak Rasul Allah.
Antara pengajaran simple;
1. Jika anda rasa suami anda zalim, garang atau susah nak suruh solat, sesungguhnya Asiyah binti Muzahim bersabar dengan suaminya Firaun yang mengaku sebagai tuhan.
2. Jika anda rasa kecewa kerana suami tidak berada di sisi anda saat bersalin atau ketika mengandung atau lunch bersama, sesungguhnya Maryam binti Imran bersabar mengandung TANPA SUAMI.
3. Jika anda rasa suami anda asyik tiada duit dan kerja tidak 'glamour', maka sesungguhnya Khadijah binti Khuwailid bersabar dan bersama dengan suaminya susah dan senang; bahkan membantu suaminya.
Ini bukanlah membanding-bandingkan, tetapi ujian Allah terhadap mereka sangat besar.
- Saif Al-Nur
Saturday, 26 March 2016
Kejayaan Wanita bukanlah Isteri Solehah tetapi WANITA SOLEHAH
Location:
Kota Bharu, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment