Tuesday, 8 March 2016

Risiko Menggunakan Lesen "Enterprise"

Apabila kita berniaga dengan menggunakan lesen-niaga 'enterprise', risikonya banyak.

Yang paling penting adalah, seluruh kekuatan bisnes kita melekat di badan kita. Apa-apa sahaja yang berlaku ke atas diri kita, kesannya adalah ke atas lesen 'enterprise' itu.

Akibatnya adalah:

+ Apabila kita meninggal, lesen 'enterprise' itu pun mati. Tidak dapat diwariskan.

+ Jika lesen 'enterprise' itu mempunyai sijil-sijil seperti sijil halal, sijil KKM, PBT dll, permit Kastam, Polis dll, ataupun mempunyai tender dan kontrak kerja, semuanya ikut 'mati'. Tidak dapat diwariskan.

+ Bank akan bekukan akaun yang dibuka atas nama 'enterprise' itu. Sebagaimana bank juga akan bekukan akaun bank yang atas nama peribadi kita.

-Puan Ainon Mohd


No comments:

Post a Comment