DOSA SYIRIK HANYA TERHAPUS DENGAN TAUBAT NASUHA.
Firman Allah:
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa menyekutukannya, dan mengampuni dosa-dosa selain itu untuk sesiapa yang Dia Kehendaki. (An-Nisa’ : 48)
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (53)
Katakanlah wahai hambaku yang telah melampau batas ke atas diri mereka sendiri. Janganlah kalian berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni kesemua dosa. (Az-Zumar : 53).
1- Ayat an-Nisa 48 berkaitan orang yang mati tidak bertaubat sama ada daripada dosa syirik dan selain syirik
2- Jika seseorang tidak bertaubat daripada syirik lalu mati, maka dosa syirik itu kekal dan tempatnya neraka.
3- Jika tidak bertaubat daripada dosa selain syirik, ia bergantung kepada rahmat dan kehendak Allah. Jika Allah mahu, Allah akan mengampunkan dengan rahmatNya, jika tidak, dia tetap akan dihukum.
3- Ayat az-Zumar 53 berkaitan orang yang bertaubat termasuk taubat daripada dosa syirik. Semua taubat daripada apa pun jenis dosa akan diterima oleh Allah.
Wallahua'lam.
| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |
Sunday, 27 March 2016
Taubat Nasuha Penghapus Dosa Syirik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment