Friday, 20 January 2023

Apa Itu Compounding? Perkara Kecil Yang Hasilkan Impak Besar



Apa Itu Compounding? Perkara Kecil Yang Kita Buat Konsisten Setiap Hari, Akan Hasilkan Impak Besar Dalam Jangka Masa Panjang

Dulu saya dengar sahaja orang bercerita tentang COMPOUNDING. Masa itu rasa macam faham tapi sebenarnya tak faham pun.


Sehinggalah saya sendiri secara tidak sengaja buat perkara-perkara yang compounding ini.


Apakah maksud compounding?


Perkara-perkara kecil yang kita buat secara konsisten setiap hari, akan menghasilkan satu IMPAK besar dalam jangka masa panjang.


Bukan jangka masa pendek ya. Ini bermakna ia perlukan keSABARan yang tinggi.


Mengambil contoh diri sendiri, saya mengambil masa selama 2 TAHUN lebih untuk menggantikan habit menonton video mukbang dengan membaca buku.


Ingat lagi sebelum ini, pantang ada sengga masa sedikit, pantas sahaja jari saya menekan aplikasi Youtube dan menonton seberapa banyak video mukbang.


Sehinggakan sebelum tidur juga saya wajib tonton baru boleh tidur!


Untuk ubah habit tersebut, saya mulakan dengan SATU LANGKAH KECIL iaitu membuang aplikasi Youtube dari telefon pintar.


Sebenarnya boleh sahaja jika menggunakan browser tetapi otak perlu bekerja lebih kuat untuk memproses tingkahlaku itu.


Mahu tidak mahu, masa untuk tonton mukbang saya tukar kepada membaca buku. Saya teruskan sahaja walaupun kadang kala ada juga waktu tidak konsisten.


Itu perkara normal, kita manusia biasa pasti ada waktu mood sedikit ke laut orang kata. Cuma pastikan masuk kembali dalam track secepat mungkin.


Perkara ini berlanjutan tanpa saya sedar.


Hanya beberapa hari ini, baru saya perasan yang saya sudah lama tidak layan video mukbang. Kesedaran itu datang apabila suami saya bertanya sesuatu tentang video mukbang yang sedang ditontonnya tanpa sengaja.


Kejadian ini buat saya terus terfikir tentang apa yang telah berlaku sejak tahun 2018 di mana itulah tahun di mana saya mula membaca dan menulis secara serius.


Yaaa..


Inilah THE POWER OF HABIT bak kata Charles Duhigg.


Mulakan dengan langkah-langkah kecil secara konsisten dan jangan mengalah untuk nikmati ganjarannya.


Ajaibnya, sekarang saya sikit pun tak ada hati nak tengok video mukbang lagi. Kerana habit itu telah diganti dengan rutin membaca.


"Habits often appear to make no difference until you cross a critical threshold and unlock a new level of performance." - James Clear -


Sekian perkongsian saya diharapkan memberi satu input baru kepada sahabat yang sudi membaca.


Kakchik,

Bukan Bookworm 📚 🐛


P/S : Video Mukbang yang saya tahu perintisnya dari Korea Selatan, adalah video di mana orang makan secara LIVE di hadapan kamera dengan kuantiti makanan yang banyak. Kadang disertai dengan ASMR iaitu penghasilan sejenis bunyi yang menyenangkan, dan menambahkan addiction untuk tengok lagi dan lagi dan lagi!😂


Kredit 

#AshaRashidKakchik

#NotaIlmuPilihan 

#MalaysiaMembaca 


Join Channel Telegram 👇 

t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme

t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme

No comments:

Post a Comment