Awas! 3 Sebab Iman Akan Menjadi Lusuh Sepertimana Lusuhnya Baju
MAULANA MUHAMMAD ASRI YUSOFF ( MMAY ) حفظه الله SELALU MENGINGATKAN :
Dalam menjalani hari-hari dalam kehidupan ini, orang Mukmin kena selalu waspada. Kerana iman akan menjadi lusuh sepertimana lusuhnya baju. Sabda Nabi SAW :
إن الإيمان ليخلق في جوف أحدكم كما يخلق الثوب، فاسألوا الله أن يجدد الإيمان في قلوبكم
“ Sesungguhnya keimanan dalam hati akan menjadi lusuh sepertimana lusunya baju, maka mintalah kepada Allah SWT supaya diperkuatkan iman di dalam hati-hati kalian “
————————
Ya, sepatutnya kata-kata Rasulullah SAW ini membuatkan orang Mukmin tidak berdiam diri dari menuntut ilmu agama.
Jangan sekali-kali merasa cukup dan berpada dengan ilmu yang dimiliki hari ini. Baju akan lusuh jika selalu dipakai dan digunakan. Begitulah juga keimanan akan lusuh, kata nabi SAW.
Keimanan menjadi lusuh kerana beberapa sebab :
1- Lusuh kerana meninggalkan ilmu agama. Belajarlah akidah-akidah yang sahih juga amalan-amalan yang sahih sepertimana yang diajarkan oleh Baginda nabi SAW. Gilaplah diri dengan ilmu agama agar diri sentiasa bersinar dengan cahaya Allah SWT.
2- Lusuh kerana dosa maksiat. Selagimana bernama manusia, selagi itulah tidak akan terlepas dari kesalahan dan kesilapan. Dan manusia yang berterusan di dalam maksiat, keimanannya akan melusuh sehingga lama-kelamaan tiada lagi keimanan di dalam hatinya.
3- Lusuh kerana menjauhi para alim ulamak dan orang soleh. Menjauhi orang alim beerti menjauhi nasihat-nasihat mereka. Majlis-majlis ilmu tidak dilazimi malah menghalang dan memarahi mereka yang mengajarkan agama di dalam masjid dan lain-lain tempat. Maka dengan sebab inilah juga keimanan akan menjadi semakin lusuh.
———————
Oleh itu, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah SWT supaya dikuatkan keimanan sepertimana doa yang selalu dibacakan oleh Baginda nabi SAW :
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“ Wahai Tuhan yang Maha Membolak-Balikkan Hati, Teguhkanlah hati ini atas agamaMu “
Kredit
#AmirFathy
#NotaIlmuPilihan
#MalaysiaMembaca
Join Channel Telegram 👇
t.me/NotaIlmuPilihanAdleazme
t.me/NotaIlmuBisnesPilihanAdleazme
No comments:
Post a Comment